Wednesday, July 22, 2009

Asakan bertali arus akhirnya PM arah tubuh Suruhanjaya Di Raja

Asakan demi asakan oleh Rakyat berbilang kaum dan Majlis Presiden Pakatan Rakyat supaya Suruhanjaya Di Raja ditubuhkan bagi menyiasat punca kematian mendiang Teoh Beng Hock akhirnya di persetujui oleh PM DS Najib.

Sebentar tadi DS Najib mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Di Raja dengan terma-terma tertentu untuk mengkaji peraturan soal siasat yang digunapakai oleh SPRM semasa melakukan soal siasat terhadap mendiang Teoh Beng Hock.

Najib juga mengarahkan supaya inkues terhahadap kematian Teoh dimulakan minggu depan untuk menentukan punca sebenar kematian mendiang.

Semoga rakyat dapat bertenang disamping melihat berkembangan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts