Wednesday, October 27, 2010

Galas untuk Dr. Zul


Kehadiran lebih 10,000 orang  penyokong Pakatan Rakyat hari ini memberi petanda cerah kerusi Pas bakal dipertahankan oleh Dr Zulkefli Mohamad.


Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas perkara ini berkata, "Kedatangan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat begitu menggembirakan dan menaikkan semangat jentera dan calon."


Beliau menambah, "Di dalam Islam ada cara untuk menaikkan semangat orang sebagaimana di dalam haji iaitu ittibagh dengan membuka bahu bagi menguatkan keyakinan bahawa kita masih kuat dan mampu beribadah dengan sempurna. 


Begitu juga dengan aktiviti ramal (berlari-lari anak) selepas saie, supaya kita merasa gagah. Maksudnya ada masa dalam Islam yang Islam suruh kita tunjuk gagah supaya lawan merasa gerun dan tidak sombong serta angkuh dengan kita." 

Upacara penyerahan nama calon yang diiringi oleh beribu-ribu penyokong, tidak kira yang tua atau muda, Islam ataupun bukan memberi janji kejayaan Pakatan dalam pilihanraya umum ke-13 nanti.


Tuan Guru Nik Aziz yang turut hadir pada sesi penamaan calon kelihatan begitu gembira dengan jubah putih yang dipakai beliau. Pada malam sebelumnya beliau dikatakan tidak sihat dan diminta berehat. Namun beliau tetap memberikan komitmen di atas kerja-kerja memenangkan calon. 


Antara pimpinan-pimpinan tertinggi PAS Pusat yang hadir adalah Presiden PAS, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Naib Presiden Dato Paduka Husam Musa, pemimpin muslimat PAS seperti YB Siti Zailah, YB Senator Mumtaz md Nawi, YB Dr Siti Mariah Mahmud dan beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat seperti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha DAP Perak Ngeh Kor Ham,  Sivarasa, Setiausaha Agung Saifuddin Nasution dan daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS.

1 comment:

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts