Tuesday, November 19, 2013

Menjelang Pemilihan Pimpinan Dewan Muslimat

Saya tak menjangka kempen utk pimpinan tertinggi DMP panas. Saya juga tak menjangka yang kami bertiga akan dicabar kerana baru satu penggal iaitu dua tahun diberi mandat.

Dua tahun yang kami pegang sibuk dengan persiapan PRU13. Walaubagaimanapun saya terima hakikat demokrasi dan parti mengizinkan berkempen kali ini.

Sebelum ini saya sendiri setia denga DMPP semenjak menjadi AJK DMPP dari tahun 2000. Saya setakat bertanding AJK walaupun saya pernah dicalonkan ke ketiga tiga jawatan tertinggi DMPP setiap kali musim pemilihan. 

Saya menolak kerana saya merasakan ada orang lain yang lebih layak. Saya diajak masuk DMP untuk membantu muslimat dan tiada niat untuk menjadi pemimpin besar.

Kedua dua sahabat saya, YB Zailah dan YB Mumtaz telah masing2 memegang jawatan timbalan dan naib ketua sebelum ini. Cuma dalam pemilihan yang lepas YB Zailah dipilih menjadi ketua. Saya pula jadi Timbalan.

Saya menerima pencalonan  dalam pemilihan lepas  setelah menjadi wakil rakyat. Tujuannya adalah untuk bersama manaikkan martabat DMPP dan imej muslimat PAS di pesada politik Malaysia.

Membina imej adalah sebahagian dari strategi untuk mengarusperdanakan PAS itu sendiri. Sebelum 2004, PAS sering dituduh meminggirkan wanita dan tiada pimpinan wanita yang boleh dikedepankan.

Selepas 2004 apabila DMP berjaya menampilkan muslimat sebagai calon dan ada dikalangan muslimat ditakdirkan menang dan berperanan dalam kerajaan, muslimat boleh merasai usaha pengupayaan pimpinan muslimat terdahulu sudah berhasil.

Muslimat juga tidak lagi merasa rendah diri apabila ketiga jawatan tertinggi dipegang oleh YB. Kami bertiga bukan orang terhebat tetapi keperluan politik untuk kami menerajui DMP.

Muslimat perlu berganding bahu kerana tiada seorang pun pimpinan muslimat yang sempurna disegi kemampuan dan kelayakan. Kami cuba merealisasikan gandingan ini dengan mendelegasi tugas kpd mereka yang layak. Tidak mencantas sesiapa jika mereka sudi duduk dalam jawatankuasa muslimat.

Ada dari kalangan muslimat yang enggan menerima perlantikan kerana tidak boleh menerima kami bertiga sebagai pemimpin. Namun mereka menjadi ajk dalam lajnah2 yang mereka minati.

Kebebasan telah diberikan kepada semua lajnah untuk melaksankan visi dan misi DMP dan parti.

Malah lajnah terpenting, Lajnah Tarbiyyah dan Perkaderan tidak dipegang oleh Ketua atau Timbalan kerana kami mahu ianya dipegang oleh golongan aalimat atau asatizah yang ada pendidikan formal dalam bidang agama.

Lajnah ini diberi kebebasan penuh untuk menganjur sebarang aktiviti untuk memperkukuhkan jati diri muslimah dan terus istiqamah dengan perjuangan Islam.

Apa apa pencapaian DMP sehingga kini bukan hasil kerja seorang pimpinan  muslimat tetapi hasil pemikiran, perbincangan dan keputusan jamaie. Kesemua pimpinan adalah mata rantai perjuangan, insyaallah sampai hari akhirat.

Idea asal mungkin dari salah seorang saf pimpinan muslimat, namun apabila diluluskan oleh saf pimpinan kita semua bertanggung jawab untuk melaksanakannya bersama.

Cuma bila mana tidak semua orang boleh terlibat dan mempunyai minat dankemampuan dalam semua perkara, maka berlakulah apa yang kita terpaksa terima ialah pengkhususan kerja.

Berlaku penambahbaikan semua gerak kerja semakin DMP semakin berusiandan matang. Ini adalah sunnatullah. Sekiranya semua saf pimpinan yang terpilih memahami peranan maka tidak timbul tidak puas hati bila pimpinan bertukar ganti.

Saya menulis ni bukan nak kempen cuma nak kongsi rasa.

Dr. Siti Mariah Mahmud
19hb Nov. 2013

Monday, November 18, 2013

Haram ikut paluan gendang musuh

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan haram bagi ahli PAS  mengikut permainan media luar kononnya berlaku pertembungan  antara golongan ulama dengan profesional dalam PAS. 

Katanya, dakwaan kononnya wujud pertembungan antara  golongan ulama dan profesional dalam PAS adalah permainan media musuh dan tidak seharusnya mempengaruhi ahli PAS. 

"Ini mainan media, gendang yang dipalu oleh mereka tidak seharusnya diikuti.

Haram bagi kita menari mengikut gendang itu," katanya ketika menutup perasmian Ijtimak PAS Selangor di Dewan Sivik, dekat sini, semalam. 

Beliau menegaskan tanggung jawab semua ahli dan pimpinan PAS mesti menyatukan semua pendokong parti dan bukan memecahbelahkan mereka. 

Katanya, PAS kini bukan sahaja berjaya menarik sokongan golongan muda malah telah berjaya memecahkan paradigma kalangan orang bukan Islam yang menjadi sebahagian masyarakat majmuk untuk memberi sokongan kepada PAS. 

"Kita berjaya memecahkan benteng yang memisahkan PAS dengan orang bukan Islam," tegasnya. 

Menurut beliau, orang bukan Islam mahu menjadi ahli PAS walaupun mereka sedar PAS adalah parti Islam setelah mereka mengkaji dan memahami perjuangan PAS. 

Sehubungan itu, beliau menyarankan ahli PAS agar menunjukkan akhlak Islam walaupun PAS tidak berupaya melaksanakan pemerintahan Islam kerana sistem federalisme yang tidak berakhlak. 

Tahalluf Siyasi, ujarnya membenarkan PAS menjalin hubungan dengan DAP dan bukannya dengan Umno apatah lagi PAS telah menghadapi pengalaman dikhianati Umno ketika menyertai kerajaan campuran dan bekerjasama dengan BN pada 1973. 

Namun katanya, semasa menyertai BN, Umno berusaha meilemahkan PAS dengan menghalang PAS masuk ke kubu Umno seperti Johor serta menentang syariat Islam yang mahu dilaksanakan oleh PAS. 

Katanya, kerajaan BN telah melaksanakan sistem pemerintahan yang tidak berakhlak berbanding PAS dan Pakatan Rakyat.

Pada akhir ucapan, beliau mengingatkan seluruh ahli dan pimpinan PAS Selangor supaya menjadikan ijtimak sebagai medan muhasabah untuk merangka kerja selepas Muktamar Tahunan nanti.

Muslimat PAS Melaka benarkn Poligami serta penuhi kouta

Ketua Dewan Muslimat PAS Melaka, Kintan Man menarik perhatian para peserta konvensyen apabila menyatakan pihaknya membenarkan ‘poligami’.

Katanya, walaupun perkataan itu tidak disenangi oleh muslimat, namun Muslimat PAS negeri membenarkan ‘poligami’ sehingga memenuhi kuota.

Justeru, katanya setiap PAS cawangan perlu ‘berpoligami’ untuk menubuhkan cawangan baru bagi mengukuhkan PAS di negeri ini.

Maksud beliau, memenuhi kuota itu 'mempoligamikan' PAS cawangan dengan mewujudkan empat cawangan PAS dalam setiap unit peti undi (UPU).

Ini, katanya untuk menjadikan Muslimat PAS cawangan bertambah aktif.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada forum bertajuk ‘PAS Melaka Menghadapi Cabaran Masa Depan’ yang diadakan sempena Konvensyen PAS Melaka kali kedua di Bukit katil, dekat sini hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Sofi Wahab turut menggesa supaya cawangan PAS di negeri ditambah di samping mewujudkan lebih banyak Pasti untuk menarik sokongan masyarakat. 

Saranan supaya cawangan PAS ditambah setiap tahun turut disentuh oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Pesuruhjaya negeri, Adly Zahari ketika berucap pada majlis perasmian sebelum itu.

Wednesday, October 30, 2013

GST bagai pukat tunda

Bajet 2014 yang dibentangkan baru-baru ini tidak memperlihatkan satu komitmen kerajaan untuk mengatasi masalah defisit yang dialami negara.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud,  berkata masalah defisit yang dialami negara sejak 16 tahun lalu berikutan perbelanjaan melebihi pendapatan yang diamalkan kerajaan.

"Namun, kita lihat kerajaan tidak cuba untuk mengatasi masalah perbelanjaan yang berlebihan, sedangkan ia secara jelasnya sudah didedahkan melalui Laporan Audit Negara setiap tahun, tapi tidak diambil perhatian," tegas beliau.

Membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014, di Dewan Rakyat, hari ini Dr Mariah berkata pendedahan laporan audit berkenaan tu jelas menunjukkan berlakunya ketirisan dan pembaziran yang menyebabkan perbelanjaan berlebihan.

Malangnya, tegas Dr Mariah, dalam usaha kerajaan untuk 'menutup lubang' tersebut, kerajaan mengalihkan beban itu ke atas rakyat, khususnya kepada rakyat berpendapatan sederhana dan rendah.

Dalam pada itu, beliau turut menyifatkan GST sebagai 'pukat tunda', di mana semua rakyat terkena dengan cukai tersebut bermula 2015 nanti.

Dr Mariah berkata hutang isi rumah yang kini menjangkau sehingga 700 bilion sudah tentu akan memberi kesan ke atas pembayaran pinjaman yang akan meningkat dengan adanya GST.

Sebelum itu, Dr Mariah turut menegur kerajaan yang bertindak membentangkan bajet pada Jumaat lalu, tanpa memikirkan waktu solat Asar.

Beliau mencadangkan  agar perkara tersebut tidak berulang pada tahun hadapan, sebaliknya meminta agar kerajaan memilih hari dan waktu yang benar-benar sesuai untu pembentangan bajet.

Makan umpan jangan joran : TGHH

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu pengundi Dun Sungai Limau menjadi pengundi bijak berdepan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun itu 4 November ini.

Menurutnya, pengundi harus menjadi "ikan yang cerdik" berdepan pelbagai "umpan pancing" yang dihidangkan kepada mereka.Kata Tuan Guru Abdul Hadi, ikan yang cerdik adalah ikan yang hanya makan umpan dan bukan memakan jorannya sekali.

"Jangan gadai prinsip kita hanya kerana wang RM50 atau RM100.”"Kena jadi ikan yang cerdik, jangan jadi ikan bodoh seperti ikan Belukang, ada misai nampak gah, tapi semua dia telan termasuk najis pun dia makan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di Kampung Sedaka di sini malam tadi.Mengulas soal calon, beliau berkata PAS menawarkan calon terbaik, Ustaz Mohd Azam Abd Samat untuk mewakili mereka di Dun Sungai Limau ini.

Bukan sahaja mampu meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan, Ustaz Azam juga diyakini mampu meneruskan perjuangan Islam PAS dengan baik.

"Kita undi Ustaz Azam. Apa yang dia buat baik kita sokong, apa yang tak betul kita akan lawan.”

"Kalau Umno apa yang bos dia kata, betul ke tak betul ke semua kena sokong. Itu beza PAS dengan Umno," katanya.

Monday, October 21, 2013

PR cadang RM30 billion untuk caruman wanita Nasional

Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 memperuntukan sejumlah RM1,200 setahun bagi setiap ibu bekerja untuk membiayai caj perkhidmatan penjagaan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Perkara tersebut dinyatakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu mengumumkan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 di Bangunan Parlimen hari ini.

"PR amat menghargai sumbangan wanita untuk pembangunan negara. Kaum wanita akan diberikan insentif berikut untuk menggalakkan mereka terus menyumbang kepada ekonomi negara," katanya.

Pakatan juga memperuntukkan sebanyak RM3 billion setahun kepada Skim Caruman Wanita Nasional (SCWN) iaitu suatu bentuk jaringan keselamatan sosial komprehensif bagi isteri terutamanya suri rumah-suri rumah.

Kerajaan PR akan menyumbang RM600 setahun tanpa mengira tahap sumbangan suami (suami mencarum bagi pihak isteri pada kadar minimum RM120 hingga RM1,200 setahun) dan SCWN ini boleh dikeluarkan apabila berlaku kematian pasangan, perceraian, hilang upaya kekal dan hilang kekal pendapatan," katanya.

Selain itu, sebagai mengiktiraf peglibatan wanita dalam pembuat dasar, Pakatan akan mengekalkan polisi untuk meningkatkan pimpinan wanita hingga pada tahap sekurang-kurangnya 30 peratus pada tahun 2017.

"Pimpinan wanita di Parlimen, pengurusan korporat dan kepimpinan nasional dalam sektor awam dan swasta akan menjadi tumpuan utama," katanya.

Wednesday, October 16, 2013

PAS lancar jentera operasi PRK Sg Limau esok


 PAS akan melancarkan Jentera Operasi Induk bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau malam esok.

Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Sg Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, pelancaran tersebut akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan akan disertai beberapa pemimpinan dari PKR dan DAP.

"Selain dari pimpinan PAS, rakan-rakan kita dalam Pakatan Rakyat juga turut hadir antaranya Pengerusi PKR Kedah Datuk Johari Abdul, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Rashid Hasnon dan Pengerusi Interim DAP Kedah, Zairil Khir Johari.

"Pelancaran penuh jentera Pakatan Rakyat untuk pilihan raya kecil ini pula akan diadakan di Dataran Surau Al Fatah, Pulau Nyior, Bukit Besar," jelasnya.

Katanya lagi sebelum pelancaran jentera dilakukan, satu majlis solat hajat dan tahlil akan diadakan yang diketuai Tuan Guru Haji Salleh bin Musa, Mudir Madrasah Ar Rahmaniah, Sik.

"Sebelum program malam, Jawatankuasa induk akan bertemu dengan wakil seluruh Dun Sungai Limau dan Unit Peti Undi (UPU).

"Selain itu satu majlis ramah mesra dan menyuarat akan diadakah, taklimat akan diberikan oleh pimpinan PAS Pusat," sambungnya.

Beliau yang juga Naib Presiden PAS turut memberitahu ke semua jentera-jentera dari negeri-negeri yang membantu akan mula berada di Dun sungai Limau pada 19 Oktober.

Ketika ditanya mengenai nama-nama calon, beliau menjelaskan ke semua nama-nama tersebut telah siap diteliti dan akan diserahkan kepada Presiden PAS untuk diputuskan oleh PAS Pusat.

Tuesday, October 15, 2013

Pertahan tradisi Sg Limau

 Aidil Adha kali ini disambut dalam suasana parti berhadapan dengan pilihanraya kecil Sungai Limau, yang tentunya menjadi fokus bagi mempertahankan kemenangan tradisi di Dun tersebut.

“Aidil Adha menuntut pengorbanan setiap dari kita bagi menzahirkan ketaatan kepada Allah, tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Katanya, pengorbanan dengan simbolik penyembelihan binatang korban adalah menifestasi ketaatan kepada Allah dan kesediaan kita sebagai hamba bagi mematuhi perintah Allah.

Jelasnya, pengorbanan harta adalah latihan diri ke arah pengorbanan diri dan nyawa demi mendaulatkan agama Allah.

Beliau berkata, perjuangan bagi menegakkan keadilan dan kemakmuran berteraskan amar ma'ruf nahi munkar (al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar) menuntut pengorbanan besar rakyat negara ini.

“Dalam menghadapi kemelut kegawatan ekonomi, sosial, kepimpinan dan nilai sejagat, kita perlu meningkatkan gerakerja, memantapkan organisasi serta meningkatkan daya juang bagi melakukan perubahan besar ke arah sebuah negara yang baik serta mendapat pengampunan Allah (بلدة طيبة ورب غفور),” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau menambah, sejarah lampau perjuangan umat berhadapan pemerintah yang zalim dan kesediaan bangkit menegur pemimpin adalah diiktiraf oleh Islam, sepertimana sabda Rasulullah s.a.w: "Seafdal-afdal jihad engkau bercakap kalimah yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.”

Jelas beliau lagi, jihad dalam erti kata kesanggupan berkorban segala kepentingan peribadi yang sementara demi mendapatkan keredhaan Allah dan kebahagiaan di akhirat.

Menurutnya, jihad dengan makna kesediaan melakukan pengorbanan masa, tenaga, wang ringgit bahkan nyawa, merupakan kemuncak bagi tarbiah membetulkan penyelewengan dalam masyarakat.

Tambah beliau, tentulah pengorbanan ini jauh lebih besar berbanding penyembelihan binatang korban untuk disumbangkan kepada fakir miskin.

“Sehubungan itu, marilah kita tingkatkan pengorbanan dalam diri, keluarga, masyarakat demi mendaulatkan agama Allah.

“Perjuangan kita masih jauh, dan ia menuntut agar setiap ahli menjadi mata rantai dalam perjuangan suci ini, memelihara hubungan dengan Allah, memantapkan jamaah, memperkukuhkan ukuhwah di kalangan kita.

“Sempena Aidil Adha kali ini, marilah kita laungkan kalimah tauhid sebagai lambang penyatuan ummah ini.

“Selamat menyambut Aidil Adha. Sehingga bertemu di Sungai Limau insya Allah,” ujarnya lagi.

Saturday, October 12, 2013

Jentera PAS tekad pertahan Sg Limau

PAS tidak mengganggap mempertahankan kemenangan N20 Dun Sungai Limau yang telah dimenangai PAS sejak 1995, satu perkara mudah walau pun banyak pihak melabelkan Dun berkenaan adalah kubu kuat PAS. 

"Bagi kami ianya merupakan satu cabaran dan Umno Barisan Nasional juga akan mencuba sedaya upaya untuk menang dalam piliharaya kecil ini. Sejarah telah membuktikan kepada kita, sebelum 1995, kemenangan PAS dan Barisan Nasional silih berganti.

"Oleh itu, kami PAS khususnya dan jentera piliharaya Pakatan Rakyat amnya akan berusaha bekerja bersungguh-sungguh untuk mempastikan N20 Dun Sungai Limau tetap menjadi hak milik PAS," ujar Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kepada pemberita dalam sidang media di Kompleks PAS, sejurus selesai mesyuarat AJK Perhubungan PAS negeri. 

Menurut beliau lagi, persiapan piliharaya kecil berkenaan telah disusun sehari selepas kematian Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak dan penyusunan telah diatur dengan kemas dan terperinci. 

Beliau yang diamanahkan sebagai Pengarah Induk piliharaya kecil itu menjelaskan, jawatankuasa induk telah dibentuk dan sepakat melantik Datuk Amiruddin Hamzah sebagai Pengarah Operasi, dibantu oleh Datuk Yusuf Husin, Ustaz Ahmad Yahaya sebagai timbalan pengarah 1, Datuk Ashah Ghazali timbalan pengarah 2 dan Azizan Talib (pemangku YDP Jerai) sebagai timbalan pengarah 3.

Sementara itu Ustaz Muaz Osman diberi amanah sebagai pengarah piliharan raya kecil berkenaan. Di samping itu, jelasnya mesyuarat bersama Pakatan Rakyat telah diadakan pada minggu lepas dan satu jawatankuasa operasi penyelaras telah dibentuk.

"Ekoran itu, kita telah mengadakan perjumpaan dengan jentera pilihanraya di peringkat kawasan dan UPU dan kita dapati mood petugas sangat bersemangat, bersatu hati memikul amanah untuk mempertahankan Dun Sungai Limau.

"Bukan itu sahaja, diperingkat muslimat sendiri, lebih dari 1,000 petugas jentera muslimat hadir dalam Ijtimak Pilihanraya, berikrar akan bekerja bersungguh-sungguh memandangkan pengundi wanita di dun itu menjangkau 52 peratus melebihi pengundi lelaki,” ujarnya yang juga Naib Presiden PAS.

Friday, September 27, 2013

Tan Sri Azizan Razak : perginya seorang pejuang

Ustaz Azizan Abdul Razak adalah sebuah nama besar dalam gerakan Islam di Malaysia, malah turut dikenali di kalangan pimpinan gerakan Islam di luar negara. Seorang yang hidup secara sederhana, suka bergurau tetapi sangat tegas dalam membuat keputusan.

Sifat-sifat yang ada pada beliau, menjadikan setiap mesyuarat yang beliau hadiri menjadi hidup dan begitu bermakna. Dalam mana-mana mesyuarat yang beliau hadiri, beliau antara yang kerap memberi pandangan dan komentar.

Pernah ketika aku menghadiri satu mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat, aku bertanya kepada Setiausaha Politik beliau, Saudara Muhammad Sanusi Md Nor, "Apa khabar Ustaz Azizan?". Kata Sanusi: "Kalau dia banyak cakap dalam mesyuarat tu, tandanya dia sihat".

Ketegasan beliau ini dibawa ke mana-mana sama ada semasa beliau berkhidmat sebagai pensyarah di UKM sehinggalah terlibat secara sepenuh masa dengan PAS.

Aku pernah mendapat pengkhabaran, beliau pernah menempelak Dr Yusof al-Qaradawi sewaktu sama-sama hadir mewakili PAS dalam persidangan gerakan Islam sedunia.

Beliau menempelak Dr al-Qaradawi disebabkan beliau pernah menyebut PAS sebagai musta'jilun (golongan yang tergesa-gesa) dalam persoalan melaksanakan hukum hudud.

Aku diberitahu, Ustaz Azizan bertanya Dr al-Qaradawi, adakah beliau benar-benar faqih dengan realiti Malaysia dan kalau beliau tidak faqih sepatutnya bertanyalah kepada PAS, bukannya ke datang Malaysia terus berjumpa dengan golongan sekular di dalam UMNO.

Aku mula mengenali Ustaz Azizan hampir 20 tahun yang lalu, ketika itu beliau dalam tahun-tahun terakhir berkhidmat di UKM.

Ketika itu aku bertemu dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang untuk menyampaikan jemputan memberi pengisian ilmu kepada anak-anak muda yang bakal bertamrin.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi tidak dapat memenuhi jemputan, lalu beliau mencadangkan nama Ustaz Azizan. Ketika itulah aku mula mengenali nama Ustaz Azizan, salah seorang ulama yang mula berkecimpung sepenuh masa dengan PAS.

Selepas bergraduasi, aku menjadi salah seorang ahli jawatankuasa Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat, dan Ustaz Azizan adalah salah seorang anggotanya. Di kesempatan itulah aku semakin mengenali Ustaz Azizan dengan sifat-sifat yang dinyatakan sebelum ini.

Dalam mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri bersama, Ustaz Azizan adalah kuat mempertahankan pandangannya, malah beliau begitu tegas dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan kewangan. Beliau sering mengingatkan supaya 'ikut buku' ataupun sentiasa mematuhi peraturan-peraturan yang dibuat.

Sebagai contoh katanya, "sekiranya enta berniaga, enta jangan sesuka hati beri anak enta barangan yang diniaga (seperti gula-gula dan lain-lain). Kalau mereka ambil, minta mereka bayar atau enta sendiri keluarkan duit enta untuk membayarnya".

Ketegasan Ustaz Azizan itu, menyebabkan kadang-kadang berlaku ketegangan dalam mesyuarat, tetapi selepas selesai mesyuarat, Ustaz Azizan akan kembali ramah seperti biasa.

Bagi mereka yang tidak biasa dengan sifat-sifat Ustaz Azizan ini, pasti mereka akan terkedu pada permulaannya, tetapi setelah mengenali beliau barulah kita akan memahami tingkahlakunya.

Demikianlah sifat-sifat Ustaz Azizan dalam berkecimpung sepenuh masa dengan PAS, sehingga beliau menjadi salah seorang pimpinan PAS yang sangat kritis dalam memberi pandangan dan membuat keputusan.

Ustaz Azizan terlibat dengan organisasi PAS di peringkat tertinggi, iaitu Majlis Syura Ulama sehinggalah ke peringkat akar umbi kawasan dan cawangan.

Beliau mula menjadi tulang belakang utama PAS di Kedah selepas pemergian Ustaz Fadzil Mohd Nor. Selepas kemenangan PAS di Kedah dalam PRU 2008, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Sewaktu menjadi Menteri Besar Kedah, beliau menunjukkan kesederhanaan sebagaimana Mursyidul Am PAS yang menjawat jawatan Menteri Besar di Kelantan.

Ustaz Azizan tidak mengambil elaun-elaun selaku pengerusi beberapa syarikat berkepentingan kerajaan negeri (GLC), malah memotong elaun Menteri Besarnya untuk diinfaqkan bagi kegunaan rakyat dan parti. Beliau tidak mendiami rumah rasmi MB, sebaliknya terus hidup di tengah-tengah rakyat bawahan di rumah yang serba sederhana.

Cara beliau berpakaian juga sangat sederhana, dengan membeli pakaian-pakaian yang berharga murah sepertimana rakyat kebanyakan.

Banyak sekali catatan mereka yang bersama-sama dengan Ustaz Azizan, melihat sendiri kesederhanaan beliau dalam kehidupan sehari-hari.

Ramai yang tidak menyedari bahawa Ustaz Azizan berpendidikan tinggi disebabkan kehidupannya yang seperti orang kampung. Ketika beliau mula menjawat jawatan Menteri Besar, ramai juga yang menyangka beliau berkelulusan sekolah pondok, bekas guru sekolah rendah dan lain-lain sangkaan.

Bila diberitahu Ustaz Azizan adalah bekas pensyarah UKM dan berkelulusan sarjana dari University of Kent, United Kingdom, ramai juga yang terkejut.

Beliau menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris disebabkan pengalamannya hidup beberapa tahun di Mesir dan United Kingdom.

Pengkhususan Ustaz Azizan adalah Syariah dan Perundangan Islam, di samping beliau mahir dalam Usul al-Fiqh.

Dengan latar belakang tersebut, Ustaz Azizan sering menjadi kepercayaan Tuan Guru Haji Abdul Hadi untuk menyemak buku-buku yang ditulisnya sebelum diterbitkan.Ketika aku menziarahi bekas Ketua Pemuda PAS, Ustaz Jais Anwar, di rumahnya di London sekitar tahun 2008, aku diberitahu bahawa Ustaz Azizan adalah salah seorang rakan karibnya.

Ketika berbual tersebut, Dr Mahfuzd Mohamad yang ada bersama dalam rombongan itu menyatakan, bahawa selepas tamat pengajian di Universiti Azhar Mesir, mereka seramai empat orang mengambil keputusan tidak mahu kembali ke Malaysia. Sebaliknya mereka merancang untuk menyambung pengajian di United Kingdom.

Keempat-empat sahabat itu ialah Ustaz Jais Anwar, Ustaz Azizan Abdul Razak, Dr Mahfuzd Mohamad dan seorang lagi bekas pensyarah UKM yang aku lupa namanya. Mereka berkelana ke UK dengan tiada sebarang biasiswa atau bantuan kewangan dari mana-mana pihak.

Mereka memulakan kehidupan mereka di UK dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah membasuh pinggan, menjadi buruh kasar keretapi, berniaga sate dan lain-lain. Bila mereka mempunyai kewangan, barulah mereka menyambung pengajian mereka di peringkat sarjana.

Tiga orang dari mereka berjaya menamatkan pengajian di peringkat sarjana dan PhD, dan kembali ke Malaysia menjadi pensyarah di UKM dan UM. Manakala Ustaz Jais Anwar terus menentap di UK sehinggalah beliau meninggal dunia di sana.

Aku diberitahu oleh Ustaz Jais dan Dr Mahfuzd, pengalaman mereka di sana menyebabkan mereka tidak begitu bergantung kepada orang lain dan berani untuk menyatakan pendirian masing-masing.

Ustaz Jais Anwar yang merupakan menantu Dato Asri Muda, juga meninggal dunia dalam keadaan hatinya terus komit bersama dengan PAS.

Ustaz Azizan telah dijemput oleh Allah pada hari semalam 26 September 2013, meninggalkan jasanya yang begitu besar kepada anak bangsa yang pernah menuntut di UKM dan UIA, dan lebih utama lagi jasanya kepada masyarakat Kedah termasuk legasinya yang cemerlang dalam melaksanakan pentadbiran yang berhemah dan telus.

Sudah barang pasti, jasanya kepada perjuangan Islam melalui PAS juga cukup cemerlang, sehingga beliau berjaya mengemudi PAS Kedah untuk menawan negeri Kedah dalam PRU yang ke 12.

Semoga ALlah memayungi Ustaz Azizan dengan rahmatNya dan mengampunkan dosa-dosanya, agar ia ditempatkan bersama-sama dengan para anbiya', siddiqin, shuhada' dan salihin.

Semua kita akan pasti melalui detik itu, yang berbeza ialah sama ada kita akan mati dalam perjuangan meninggikan kalimah Allah atau tidak.

Sunday, September 22, 2013

PR Pulau Pinang bagi peruntukan pada ADUN BN

10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang Umno BN di negeri ini diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM40,000 setahun mulai 2014.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, keputusan itu dibincangkan dalam mesyuarat Exco negeri pada 18 September lalu dan telahpun diluluskan secara prinsip. 

“Selepas mekanisma peruntukan RM40,000 setahun ini ditetapkan, maka ia akan dibentangkan dalam Belanjawan 2014 kepada Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada akhir tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Selepas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) dengan tambahan undi popular sebanyak 10 peratus kepada 68 peratus dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) pada bulan Mei lepas, ada 30 Adun PR dan 10 Adun Umno BN. 

Sebelum ini, kata Lim kerajaan negeri telah cuba menjemput Adun-Adun Umno untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar mereka ada membuat kerja sambil menerima peruntukan. 

Akan tetapi, ujarnya tawaran ikhlas kerajaan negeri telahpun ditolak sama sekali dengan begitu angkuh sekali oleh Adun Umno kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR.

Katanya, kerajaan negeri mahu Adun Umno menjadi ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana bimbang mereka tidak akan ikut standard operating procedure yang ditetapkan seperti tender terbuka secara kompetitif, berintegriti dan melarang penglibatan ahli keluarga pemimpin-pemimpin daripada melibatkan diri dalam urusniaga dengan kerajaan.

Utusan kalah lagi

Harian berbahasa Melayu Utusan Malaysia hari ini menarik balik artikel yang didakwa memfitnah Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa hari ini.

"Pada 31 Mei 2009 satu rencara bertajuk ‘Menilai hujah Husam' telah disiarkan di ruangan rencana akhbar ini.

"Kami dengan ini menarik balik perkataan-perkataan yang diadukan dalam rencara rencana tersebut dan dengan ini menyatakan rasa kesal kami dengan penyiarannya," penarikan balik oleh pengarangnya itu dipetik.

Keputusan itu hasil persetujuan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 September lalu.

Husam sebelum ini menamakan Utusan, penulis rencana Zulkiflee Bakar dan Ketua Pengarang Kumpulan Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan dalam tuntutannya.

Rencana yang disiarkan akhbar milik Umno itu didakwa Husam memfitnahnya sewaktu pemilihan PAS semakin hampir pada masa itu.

Menurut Husam, rencana itu memberikan gambaran beliau tidak setia kepada PAS dan idealismenya, tidak boleh dipercayai, berniat membahayakan kepentingan serta merupakan musuh kepada PAS. 

Utusan juga sebelum ini diperintahkan membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.

Friday, September 20, 2013

PRU13 : Kajian UMcedel tunjukkan BN salahguna kuasa untuk kekal berkuasa

Hasil kajiselidik yang dijalankan oleh Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) mendapati kebanyakan responden percaya bahawa BN telah menyalahgunakan kuasa untuk kekal dalam kerajaan.

Ia mendapati 46 peratus responden percaya sedemikian, manakala 33 peratus lagi tidak bersetuju dan 21 peratus responden pula tidak pasti.

Pengarah Umcedel, Prof Datuk Dr Mohd Redzuan Othman memberitahu pemberita hari ini bahawa terdapat juga jurang pendapat di kalangan kaum mengenai perkara ini, dengan 54 peratus responden Cina bersetuju bahawa BN menyalahgunakan kuasanya, berbanding dengan 42 peratus orang Melayu.

Katanya, ianya sangat jelas bahawa orang Cina berkata 'ya' manakala sentimen anti-BN mereka adalah tinggi dan begitulah juga trendnya dalam soalan-soalan yang lain.

Hasil kajiselidik itu berdasarkan kepada temubual secara berdepan dengan 1,546 responden di seluruh Semenanjung Malaysia antara 15 Ogos hingga 10 September tahun ini.

Hasil kajiselidik yang sama juga menunjukkan bahawa responden berbeza pendapat mengenai sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menjalankan pilihan raya umum ke-13 dengan betul, dengan 47 peratus responden percaya bahawa ia dijalankan dengan baik, 41 peratus tidak bersetuju, dan selebihnya tidak pasti.

Palanivel paid RM20 for vote him.

An orang asli voter from Cameron Highlands today accused the Barisan Nasional candidate for the parliamentary constituency of dwelling in money politics and threats in order to win the seat.

Testifying at Bersih’s People’s Tribunal on the alleged cheatings that took place during the May general election, voter Norman Kong said MIC president G Palanivel had allegedly threatened an indigenous community in Jelai that he would end all free hospital services and education programmes if the community voted for the opposition.

Norman also claimed that he was paid RM20 by Palanivel as an advance money for him to vote for the BN during the polling day.

He added that he was promised another RM80 if he managed to bring more people from his community to vote for the BN.

Norman who traveled eight hours to testify in the tribunal this afternoon also mentioned that BN had made various kinds of promises during the campaign period.

“Palanivel came to my village in a helicopter. He promised us many things, from road to houses. He told us not to vote for anyone else other than BN.

“He then said that he would end the free medical treatment and schools if we voted for the opposition, and that we will have to pay for them.

“Palanivel gave me RM20 to vote for BN and promised another RM80 if I brought more people to vote for BN. But I never received the RM80 that was promised,” he said.

“I had voted in three elections and every time there is an election they (BN) promised us better roads and new houses. But until today we never got get what was promised to us. Janji tidak ditepati,” he said.

Norman also testified that the orang asli village heads in the constituency were brainwashed by the Orang Asli Department to vote only for BN.

“The was a programme in Kuantan organised by the department where several orang asli village heads were invited to join the programme. They were brainwashed by the facilitator during the whole program,” he claimed.

“They were told to only vote for BN and not to vote for the oppostion. Later when they returned to their respective kampungs, they were asked to teach their people to follow what they were told during the programme,” he said.

In the GE, Palanivel won Cameron Highlands with a slim 462-vote majority in a five-cornered fight. His closest rival was DAP’s M Manogaran who polled in 10,044 votes compared to Palanivel’s 10,506.

Manogaran recently lost his election petition to challenge the Cameron Highlands results.

The tribunal continues tomorrow.

Wednesday, September 11, 2013

Tambah baik PDRM sudah lama dinanti

Gejala rasuah terbesar negara adalah melibatkan kemasukan pendatang asing yang memasuki negara secara haram.

Menurut Tan Sri Zaman Khan, gejala pendatang asing tiada kesudahan dalam agensi keselamatan negara.

“Kita bukan bercakap tentang pegawai tidak bagus atau undang-undang yang tidak bagus, saya rasa ini semua persekitaran kita. Tidak boleh salahkan polis sahaja, lihat isu pendatang haram yang merupakan punca rasuah terbesar.“

Kenapa kita tidak betulkan, ada masanya ada tindakan, ada masanya tidak, dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam wacana Sinar Harian siri ke-23, ‘Polis Hilang Sengat: Apa Selepas EO’ yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di sini semalam.Kata beliau, tindakan tegas bagi membanteras gejala rasuah perlu diambil serius kerajaan.

Bukan sahaja polis, tapi semua terlibat, jadi kalau polis tahan jadi orang cakap polis makan duit. Jadi saya rasa ini satu perkara yang perlu dibanteras,” ujarnya.

Sementara itu, Datuk Akhbar Satar yang bertindak sebagai moderator berkata, tindakan tegas perlu diterapkan dalam operasi terutamanya di sempadan negara.

Saya setuju kerana jangan mengharapkan sahaja kepada polis, tetapi juga  Imigresen, Kastam, terutamanya melibatkan isu senjata api, tapi yang terlepas itu satu perkara yang tidak baik. Ini yang berlaku di sempadan contohnya di Sungai Golok, pegawai Imigresen hanya tanya awak bawa barang apa?

“Kita tidak pentingkan semak atau pemeriksaan, orang dari Sungai Golok yang selalu masuk ke Rantau Panjang sama ada bawa senjata, dadah atau sebagainya, negara kita tidak prihatin kepada keselamatan,” katanya.

Tuesday, September 3, 2013

Najib buat poket rakyat rabak


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berasa kesal dengan kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam.

Pengumuman kenaikan harga minyak tersebut merupakan suatu tamparan hebat buat rakyat Malaysia yang sememangnya saban hari dihimpit dengan masalah kos kehidupan.

“Kenaikan sebanyak 20 sen ini merupakan hadiah yang istimewa kerajaan Umno BN sempena bulan kemerdekaan dan Aidilfitri,” kata Setiausahanya, Nurul Islam Mohamed Yusoff.

Katanya, lebih ‘manis’ lagi kenaikan harga minyak dan diesel ini merupakan penghargaan buat rakyat Malaysia yang masih lagi mengekalkan pemerintahan Umno BN dalam PRU13 baru-baru ini.

Tambahnya, tidak mustahil selepas ini, beberapa lagi hadiah istimewa buat rakyat Malaysia oleh kerajaan Umno BN berbentuk kenaikan harga elektrik dan tol.

Menurutnya, mungkin pemimpin-pemimpin Umno BN memandang remeh dengan kenaikan 20 sen ini.

Akan tetapi, ujarnya bagi rakyat Malaysia yang hidupnya kian terhimpit dengan pelbagai bebanan, kenaikan sebanyak 20 sen ini adalah suatu bencana.

Katanya lagi, kesan kenaikan ini bukan sahaja dirasai oleh mereka yang menggunakan kenderaan sebagai pengangkutan utama.

Beliau berkata, beberapa kesan seperti harga barang, perkhidmatan dan sebagainya turut terpalit sama.

Katanya, walaupun Malaysia dianugerahkan Allah SWT sumber yang kaya dengan petroleum dan gas, namun hasil kekayaan tersebut tidak sampai ke tangan rakyat.

“Alasan bahawa harga minyak dan diesel dunia semakin meningkat merupakan alasan yang sudah basi,” katanya.

Menurutnya, rakyat telah lali dengan alasan tersebut, bahkan, alasan Najib kononnya sebagai suatu proses pengukuhan ekonomi adalah alasan yang mengarut yang tidak memandang kesusahan rakyat sendiri.

Bagi beliau, sememangnya Umno BN tidak ikhlas dalam membantu kehidupan rakyat.

Katanya, BR1M yang diberi 2 kali pada masa sebelum PRU13 lalu kini diambil semula secara berhari-hari dari poket rakyat.

“Untuk menjadikannya lebih sadis lagi, beberapa kenaikan lagi sedang menunggu untuk diumumkan pada masa terdekat.

“Poket rakyat kian rabak, poket pemimpin Umno BN kian gemuk berisi. Inilah konsep ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Rakyatlah yang dahulu menderita,” ujarnya.

Katanya, pemimpin Umno BN yang kaya raya sudah pastilah tidak merasai kesan kenaikan 20 sen tersebut.

“Jangan kerana inginkan keuntungan yang berlipat kali ganda, rakyat disembelih. Mana mungkin ekonomi negara akan pulih sekiranya kuasa membeli yang terletak di tangan rakyat sudah tiada,” katanya.

Friday, August 23, 2013

Bila hujan lebat

Semalam hujan. Semenjak jadi yb bila hujan saya bimbang air naik dan rakyat terpaksa menghadapi banjir kilat lagi. Walaupun belum ada yang mati kelemasan, namun banjir yg kerap menyusahkan rakyat dan menyebabkan kerugian. Bila berulang kali berlaku siapa yang tahan sabar.

Sudah ada penambahbaikan di kawasan klang disegi pembesaran sungai atau parit dan pembinaan longkang2 baru dalam kawasan kota raja. Namun masih ada bbrp "bottleneck" yg sukar yang blm diambil tindakan. Longkang yg ada berlainan tuan. JKR, JPS dan MPK/MBSA. Semua diasak oleh pejabat adun dan parlimen utk mengambil tindakan. Kerajaan negeri pun telah memperuntukan jutaan ringgit utk memastikan banjir tidak berulang.

Cuma bagaimana baik sistem perparitan nanti pun, bila hujan lebat dikala air laut pasang, kunci air tidak dapat dibuka. Air akan naik dikawasan rendah. Pam pam yg sedia ada tidak mampu utk mengalih air dari anak2 sungai ke laut. Saya sudah melihat perkara ini sudah lima tahun. Dah muak dgn alasan. Saya tidak dengar ada peruntukan baru utk meningkatkan kuasa pam pam di kunci air yg sedia ada. Setiap kali para jurutera jps atau pbt akan menyebut KALAU pam air kuat kita boleh cepat alih air dari sungai ke laut, cepatlah turun paras air sungai. Saya tanya kenapa tak buat, mereka kata mahal. Jutaan ringgit. Siapa punya tanggung jawab... mereka diam. Kjaan pusat? Kjaan negeri?

Namun saya tak mahu nak minta kerajaan pusat lagi utk membina pam pam ini. Jawapan mereka stereotype di parlimen ialah tiada bajet. Mereka dah buat itu dan ini. (Kalaulah duit BRIM yang berbillion itu digunakan utk menambah pam, nilainya lbh tinggi kpd penduduk di kawasan klang. )

FORGET abt kerajaan pusat.

Saya merayu kepada kerajaan negeri utk menggunakan simpanan berbillion tu. Ambil sedikit utk bina pam pam yg lebih berkuasa. Saya tak fikir ia akan membangkrapkan negeri selangor. Harap para ADUN dapat menggesa kerajaan negeri selangor di dalam dan diluar dewan undangan utk kebajikan rakyat jangka masa panjang.

Dalam masa dua tahun pertama utk sesi 3013 -2018 ni semua ADUN perlu menyelesaikan masalah yg di bawah kuasa kerajaan negeri atau PBT dlm DUN mereka. Jangan hanya harapkan ahli ahli majlis sahaja.

Tuesday, August 20, 2013

PAS minta sidang khas Parlimen

PAS hari ini menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar memanggil sidang khas Parlimen untuk mengecam pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang dilakukan oleh rejim haram yang dipimpin oleh Jeneral Abdul Fatah Al Sisi.

Surat yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memohon agar mesyuarat kabinet yang akan diadakan esok dapat membuat ketetapan rasmi supaya Kerajaan Malaysia memanggil sidang khas Dewan Rakyat dalam tempoh terdekat ini.

Kedua-dua Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menyerahkan surat berkenaan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Khairun Asieh di sini jam 11.25 pagi.  

Menurut Salahuddin, PAS akan memberi komitmen untuk menyokong penuh sidang yang dipanggil beserta dengan sebarang resolusi mengutuk kezaliman tentera Mesir serta menyokong demokrasi dipulihkan dengan kerajaan awam serta Presiden Morsi dikembalikan kuasanya.

"Atas premis inilah kita melihat bahawa Malaysia perlu mengambil sikap yang jelas mengutuk rampasan kuasa dan pembunuhan kejam oleh tentera Mesir ke atas ribuan rakyatnya bagi memberi tekanan kepada rejim," katanya.

Bahkan jelas Salahuddin, langkah ini juga sebagai isyarat kepada masyarakat dunia bagi menggerakkan mereka untuk sama-sama bersolidariti dengan rakyat Mesir yang sedang dizalimi. Apa yang perlu disedari katanya, ada tanda-tanda pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan untuk terus mewujudkan kestabilan dunia Umat Islam dengan mencipta peperangan yang tidak berkesudahan. 

"Ini dapat dikesan dengan laporan berita bahawa terdapat kumpulan pengganas dipercayai dari kelompol Al-Qaeda yang ditaja pihak berkenaan mula masuk ke Mesir atas alasan untuk membalas dendam kejatuhan rejim tentera padahal niat mereka adalah untuk mencetuskan perang, akhirnya pergerakan yang memilih jalan demokrasi seperti Ikhwanul Muslimin terus dimangsakan atas alasan keselamatan negara," katanya.

PAS juga percaya Jeneral Al Sisi berani bertindak hingga ke tahap melakukan 'mass killing' tanpa memikirkan sebarang risiko adalah kerana rampasan kuasa yang dilakukan ke atas Presiden Morsi mendapat sokongan dan restu secara tidak langsung oleh Amerika Syarikat untuk kepentingan strategiknya di Timur Tengah.

Turut bersama dalam menghantar surat berkenaan, Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahamud, Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Nerus Dr Khairudin Aman Razali, dan Ajk Muslimat Aiman Athirah Al Jundi.

Thursday, August 15, 2013

PAS mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tentera Mesir

Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim tentera di Mesir yang bertindak kejam dan melakukan jenayah terhadap rakyatnya sendiri sehingga menyebabkan ratusan terkorban dan ribuan cedera parah.

PAS menyeru kepada komuniti antarabangsa termasuklah Kerajaan Malaysia supaya melaksanakan langkah drastik terhadap rejim tentera pimpinan Jeneral Abdul Fatah As-Sisi yang merampas kuasa dari rakyat Mesir itu. 

Pertama, semua pihak terutamanya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), OIC, Liga Arab mestilah mengecam tindakan kekerasan rejim tentera yang tidak sah itu dan seterusnya memberikan tekanan diplomatik terhadap mereka yang melaksanakan coup d'état terhadap kerajaan yang dipilih secara demokrasi pimpinan Presiden Muhammad Morsi. 

Kedua, pihak yang melakukan jenayah dan bertindak kejam terhadap penyokong Presiden Morsi mestilah disiasat oleh satu Suruhanjaya Bebas Antarabangsa supaya tindakan mengikut tatacara undang-undang dapat dilakukan. 

Ketiga, kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada Presiden Morsi mestilah dikembalikan, manakala penyelesaian kepada krisis di Mesir perlu mengikut lunas demokrasi tanpa campurtangan asing dan pihak tentera.  

PAS sekali lagi ingin mengingatkan komuniti antarabangsa bahawa kegagalan menyelesaikan konflik di Mesir ini akan membawa akibat yang lebih buruk terhadap keamanan rantau Asia Barat kerana ianya akan melahirkan aktiviti tindakbalas yang lebih keras, di mana iklim politik, ekonomi dan keamanan dunia juga akan turut terjejas.

Sehubungan dengan itu, PAS menyeru supaya semua penyokong dan ahli PAS, dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan ini supaya menunjukkan solidariti dengan turut sama menyertai Himpunan Munajat Perdana 100k anjuran Dewan Pemuda PAS Pusat, Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, bersama dengan parti-parti politik dan NGO dalam negara kita pada hari Sabtu 17 Ogos ini. 

Marilah kita terus bermunajat memohon kepada Allah SWT supaya kezaliman dihancurkan dan keamanan dikembalikan dalam konflik di Mesir ini.Presiden PAS

Thursday, August 1, 2013

Meraih 10 malam terakhir Ramadhan

Wajarlah jika Rasulullah SAW, para sahabat, dan orang-orang salih terdahulu sentiasa menjadikan Ramadan untuk meraih sebanyak-banyak keuntungan pahala dalam meningkatkan kualiti ibadah.

Apa lagi pada 10 malam terakhir Ramadan. Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud: “Rasulullah SAW sangat giat beribadah di bulan Ramadan melebihi ibadahnya di bulan lain, dan pada 10 malam terakhir Baginda lebih giat lagi melebihi hari lainnya.” (Riwayat Muslim).Keajaiban-keajaiban yang terdapat pada 10 malam terakhir Ramadan telah banyak disebutkan dalam al-Quran dan as-sunnah.

Di antaranya, terjadinya Lailatulqadar yang merupakan malam diturunkan al-Quran dan dicatatnya di Luh Mahfuz seluruh perkara yang akan terjadi di muka bumi pada tahun tersebut. Baginda bersabda bermaksud: “Carilah Lailatulqadar pada tarikh ganjil sepuluh malam terakhir Ramadan.” (Riwayat Bukhari).

Orang-orang yang beribadah solat pada malam Lailatulqadar maka dosanya yang telah lalu akan diampunkan. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Dan barang siapa yang berdiri (solat sunat) pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharap reda ALLAH maka ALLAH mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu.

” (Riwayat Ibnu Abi Dunya dalam Fadhail Ramadan).ALLAH tidak mentakdirkan selain keselamatan pada malam Lailatulqadar itu, di mana hal ini tidak terjadi pada malam-malam lainnya yang terdapat keselamatan dan bencana. Pada malam itu pula para malaikat menyampaikan ucapan selamat sejahtera kepada orang-orang beriman sampai terbitnya fajar.

Penjelasan tersebut disampaikan oleh an-Nasafi dalam Madarikut Tanzil wa Haqaiqut  Ta’wil dan Az-Zamakhsyari dalam Al-Kasysyaf ketika keduanya mentafsirkan ayat ke-5 dari Surah al-Qadar.

Masih banyak lagi keajaiban-keajaiban lainnya yang menegaskan keutamaan dan kelebihan bulan Ramadan khususnya pada 10 malam terakhir. Semua itu untuk mengukuhkan keimanan seorang mukmin dan mendekatkan dirinya dengan ALLAH SWT.

Sehingga ALLAH sangat menyintai dan menyayangi hamba-Nya yang Dia sediakan di bulan al-mubarak itu satu malam untuk dijadikan kesempatan oleh hamba-hamba-Nya bagi bekalan hidup di dunia dan akhirat kelak.Aktiviti-aktiviti untuk mengisi Ramadan terutama pada 10 malam terakhir telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW, iaitu:

# Iktikaf - diam di masjid dengan niat khusus dan disertai ibadah. Imam Nawawi dalam kitab An-Nihayah menyatakan, iktikaf sebagai menepati sesuatu dan menempatinya. Maka orang yang menetap di masjid dengan melaksanakan ibadah di dalamnya disebut orang beriktikaf. Ibnu Umar berkata : “Rasulullah SAW beriktikaf pada sepuluh hari terakhir Ramadan.” (Riwayat Muttafaq ‘Alaih).

# Memperbanyak sedekah. Ibnu Abbas berkata : “Rasulullah SAW adalah orang yang sangat dermawan kepada siapapun, dan pada bulan Ramadan Baginda lebih dermawan lagi saat Jibril menemui Baginda.” (Riwayat Muttafaq ‘Alaih).

# Banyak baca al-Quran- kerana pahala membacanya akan dilipatgandakan melebihi pahala bulan selain Ramadan. Ramadan juga diturunkan al-Quran buat pertama kali kepada Nabi SAW. Oleh kerana itu para ulama terdahulu lebih banyak mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadan. Imam Syafi’i biasa mengkhatamkannya sebanyak 60 kali.# Melakukan ibadah umrah Ramadan.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud : “Umrahlah kamu pada bulan Ramadan setara dengan melaksanakan ibadah haji.” (Riwayat an-Nasa’i).# Memperbanyak doa. Daripada Saidatina Aisyah ia berkata kepada Rasulullah SAW: Ya Rasulullah, bagaimana jika suatu malam aku mengetahui bahawa itu malam Lailatulqadar, apa harus aku baca?

Baginda bersabda, bacalah yang bermaksud: “Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau menyukai permintaan maaf maka ampunilah aku.

” (Riwayat Tirmizi).# Memperbanyak solat sunat. Sabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang bangun (untuk solat) pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (Riwayat Muttafaq ‘Alaih).-

Monday, July 29, 2013

DSAI, RM120,000.00 kos petisyen : luar biada

PKR hari ini menggesa Hakim Besar Malaya, Tun Arifin Zakaria supaya campur tangan berhubung kos petisyen mencabar keputusan PRU13 yang dianggap sebagai "luar biasa". 

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan itu sebagai muslihat pendakwaan Umno-BN yang cuba mengagalkan dan menghalang proses kes mahkamah daripada diteruskan dengan mengenakan kos yang terlalu tinggi berbanding prosiding sama pada pilihan raya lalu. 

"Kos yang tinggi adalah menindas dan tidak masuk akal kerana tidak bersifat kepentingan awam sekali gus keputusan dibuat untuk mengelakkan petisyen itu diteruskan. 

"Hakim Hadhariah Syed Ismail yang mengendalikan kes Balik Pulau dengan mengatakan bahawa kos RM30,000 yang dikenakan kepada petisyen Dun Telok Bahang menentang pempetisyen PKR tidak cukup tinggi dan terus mengenakan kos RM120,000," katanya kepada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.

Wednesday, July 17, 2013

Hina Agama : Dr Mariah gesa tangani tanpa pilih kasih

Kemarahan umat Islam terhadap pasangan Alvin dan Vivian yang menghina agama Islam sebelum ini perlu ditangani dengan sebaik-baiknya tanpa ada pilih kasih.

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud, berkata masyarakat hari ini mudah menjadi marah apabila berlaku hinaan ke atas agama Islam oleh bukan Islam.

Sebaliknya, hanya berdiam diri apabila terdapat orang Islam sendiri yang menghina Islam dengan melakukan perkara-perkara yang melanggar hukum Islam itu.

"Ya, memang wajar umat Islam marah apabila ada bukan Islam menghina Islam. Tapi anehnya, apabila ada orang Islam yang jelas menghina agama, tiada pula yang marah," kata beliau ketika diminta mengulas tindakan pasangan tersebut.

Bercakap pada wartawan pada sidang media di lobi parlimen, hari ini Timbalan Ketua Muslimat PAS Pusat itu berkata terdapat pemimpin negara ini yang beragama Islam secara jelas mempunyai pegangan saham judi di Genting.

Malah, tambah Dr. Mariah terdapat korporat-korporat di negara ini yang beragama Islam yang menjalankan perniagaan dengan mengambil keuntungan dari hasil riba yang jelas haram di sisi Islam.

"Sedangkan sudah termaktub dalam al-Quran yang mengatakan riba itu bukan satu perniagaan. Dan tindakan mengenakan riba itu juga merupakan satu penghinaan terhadap agama Islam itu sendiri," kata beliau.

Sehubungan itu, beliau meminta sebarang isu berkaitan sensitiviti mana-mana agama perlu diberikan perhatian seadil-adilnya tanpa pilih kasih.

Orang dalam pecah rahsia SPR

Pakar bongkar, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan kepada Dewan Rakyat seorang usahawan bernama Mohamed Salleh Mohd Ali sebagai individu yang bertanggungjawab membekal dakwat kekal pada PRU13.

Beliau mendakwa, usahawan itu mendapat tender terus daripada SPR membekalkan topi, kemeja-T dan dakwat kekal.

Dakwa beliau lagi, Mohamed Salleh  pakar dalam rundingan terus apabila memperolehi banyak projek kerajaan termasuk bersama Kementerian Pertahanan.

"Pakar rundingan terus ini mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin negara, malah juga dikatakan rapat dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya.

Ada tiga syarikat dikawal oleh niagawan ini, salah satunya syarikatIntergrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.

"Sebab itu saya minta menteri sebut sebelum kami dedahkan, sebab selepas keluar (pendedahan) akan datang persepsi tidak baik.

"Ada dua syarikat lagi masuk dalam rundingan terus yang dikawal Mohamed Salleh ini," katanya pada sesi pembahasan perbekalan tambahan Kementerian Kewangan, hari ini.

Menurut Rafizi, maklumat yang diperolehi itu daripada orang dalam SPR sendiri.

"Saya minta menteri sahkan maklumat yang kami terima ini."Apa tindakan akan diambil kepada pakar rundingan terus ini?," soalnya.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) yang mencelah perbahasan itu, mempersoalkan pendedahan yang dibuat Rafizi.

"Di mana salahnya? Soal rundingan terus bukan menjadi amalan sekarang tetapi menjadi amalan dari pimpinan terdahulu termasuk ketika Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) menjadi Menteri Kewangan," katanya.

Membidas kenyataan itu, Khalid Samad (Pas-Shah Alam) berkata, ada banyak kelemahan melibatkan rundingan terus sehingga dakwat kekal yang dijanjikan tidak kekal.

"Kesalahan itu adalah bila rundingan terus dibeli pada harga jauh lebih tinggi dari harga pasaran dan kualiti barang yang sudah rosak," katanya.

Dakwat yang digunakan dalam PRU13 lalu mengundang pelbagai kontroversi apabila ia tidak mampu bertahan lama sepertimana yang diuar-uarkan SPR.

Ekoran itu, pelbagai siri bantahan dan petisyen difailkan PR dan BN kerana meragui keputusan PRU13 di beberapa kawasan Parlimen dan Dun yang didakwa berlaku penipuan pilihan raya.

Monday, July 15, 2013

Menyantuni penghuni Lorong Hj Taib

Kemesraan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmood ketika menyantuni penghuni Lorong Haji Taib dan sekitar Chow Kit baru-baru ini membuktikan keseriusan beliau mahu membantu mereka turut menikmati kemeriahan Ramadhan al-Mubarak. 

Walaupun ada yang tidak menutup aurat namun penghuni di Lorong Haji Taib tidak segan silu untuk berbual mesra bahkan ada yang berpeluk ketika bertemu Dr Mariah.  

Beliau ditemui ketika menyampaikan makanan nasi tomato serta risalah keistimewaan bulan Ramadhan kepada penghuni di Lorong Haji Taib sempena Pelancaran Tabung Ihya Ramadhan untuk mengutip sumbangan yang akan diberikan kepada mereka.

"Bulan Ramadhan ni kita sediakan makanan untuk berbuka puasa. Datang ya...boleh sama-sama solat tarawih sekali. Macam tahun sebelum ini," katanya kepada penghuni yang ditemui.

 Ada penghuni yang meluahkan mahu datang tetapi tidak mempunyai telekung baru untuk bersama-sama solat tarawih.

Dr Mariah yang mendengar luahan itu terus mengatakan, "Ha...tak apa...kita sediakan telekung."

 Program Ihya Ramadhan yang dijalankan selama lima tahun itu mendapat sambutan menggalakkan daripada penghuni Lorong Haji Taib dan mereka mula menunjukkan minat untuk terus mengetahui program selanjutnya. 

Setiap tahun sepanjang bulan Ramadhan, Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat telah menyediakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih di dewan Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut. 

Kemuncak program itu, Lajnah akan menyampaikan sumbangan kewangan; pakaian untuk kanak-kanak, orang dewasa serta makanan kepada anak-anak yatim; masyarakat setempat serta ibu-ibu tunggal sekitar Chow Kit. 

Sehubungan itu bagi melicinkan perjalanan program Ihya Ramadhan, beliau merayu kepada seluruh pembaca Harakah dan umat Islam seluruh negara dapat menyalurkan sumbangan kewangan atau tajaan berbuka puasa dan sambutan Hari Raya kepada Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat. 

Sumbangan boleh dihantar terus ke akaun Dana Kami Prihatin ke akaun Bank Islam “DANA KAMI PRIHATIN” di nombor 12113010026150 atau hubungi Dr Siti Mariah Mahmood 019-2361889.  

Friday, July 12, 2013

Himpunan raksaksa bermula

Puluhan juta para penyokong Dr Muhammad Morsi dari seluruh Mesir dijangka akan memenuhi bandar Kaherah hari ini ekoran pengumuman himpunan raksasa oleh pertubuhan Gabungan Kerjasama Kebangsaan yang dianggotai puluhan pertubuhan dan parti politik.

Himpunan tersebut dijadual bermula sejurus selesai solat Jumaat ini dan epat lokasi telahpun ditetapkan oleh pihak penganjur. 

Ianya termasuk Medan Raba'ah Adawiyyah (Madinah Nasr) yang menjadi pusat himpunan sejak rampasan kuasa oleh tentera seminggu lalu yang turut menyaksikan pembunuhan puluhan penyokong Morsi dalam tragedi 'Subuh berdarah'.

Selain itu, tiga lagi tempat termasuk Bangunan Stesen Radio dan Televisyen Mesir (Masbero), Pusat Pengeluar Media (bandar 6 Oktober, Giza) dan Dataran Nahdah. Himpunan hari ini juga diberi nama Jumaat "Az-Zihaf" atau "Jumaat Kemaraan".

Ekoran himpunan besar-besaran hari ini, Dataran Raba'ah sejak malam tadi sesak dengan lautan manusia yang berpusu-pusu hadir untuk himpunan tersebut.

Beberapa media antarabangsa menganggarkan sudah lebih 4 juta penyokong Morsi berada di Dataran Raba'ah sejak berlakunya tragedi Subuh berdarah Isnin lalu.Difahamkan, menjelang Subuh pagi ini, Dataran Raba'ah tidak dapat lagi menampung jumlah kehadiran yang begitu ramai.

Jutaan penyokong Morsi khususnya dari luar wilayah Kaherah kini didakwa sedang mara menuju ke kawasan himpunan yang ditetapkan. Petang semalam turut menyaksikan pihak penganjur mengadakan persiapan secukupnya di dataran Raba'ah. 

Antaranya dengan menambah pembesar suara, menukar "back drop" pentas utama dengan tertera tema "Demokrasi Menolak Rampasan Kuasa" dan memasang banner dalam bahasa asing di sekitar dataran bagi menyampaikan mesej kepada dunia apa yang berlaku di Mesir.

Thursday, July 4, 2013

Kenapa enggan adakan pilihanraya kerajaan tempatan?

Dr. Siti Mariah Mahmud [PAS-Kota Raja] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan kenapa pihak Kementerian enggan membawa kembali Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. 

Demikian soalan beliau bagi jawab lisan yang disenaraikan pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.Berikut ialah soalan daripada ahli-ahli parlimen PAS yang lain.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz [Pasir Mas] minta Menteri Belia Dan Sukan menyatakan bagaimana sokongan pihak Kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta dalam memastikan keseimbangan pembangunan kemudahan sukan dan penyelenggaraannya.

Ahmad Marzuk Shaary [Bachok] minta Menteri Kerja Raya menyatakan status kemajuan pembinaan lebuh raya baru Kuala Lipis-Gua Musang. Berapakah jumlah kenderaan yang melalui jalan sedia ada dan jumlah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. 

Nasrudin Hassan [Temerloh] minta Menteri Pendidikan menyatakan apakah bidang-bidang kurikulum terbaru yang telah diperkenalkan oleh institusi-institusi pengajian tinggi awam sejak tahun 2010 hingga 2012. 

Datuk Kamarudin Jaffar [Tumpat] minta Perdana Menteri menyatakan apakah keputusan terkini laluan baru keretapi ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan bilakah pembinaan akan bermula. 

Mohamed Hanipa Maidin [Sepang] minta Perdana Menteri menyatakan:(a)    berapakah kos keseluruhan yang dibelanjakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menyediakan dakwat yang digunakan ke atas jari pengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu; dan(b)    syarikat manakah yang diberi kontrak untuk menyediakan dakwat tersebut. 

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa [Parit Buntar] minta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan menyatakan bagi menyediakan blue-print pelestarian mesra alam bandar-bandar bersesuaian dengan usaha menghijaukan negara. 

Siti Zailah Mohd Yusoff [Rantau Panjang] minta Perdana Menteri menyatakan kenapa Suruhanjaya Pilihanraya tidak diletakkan di bawah Parlimen bukan di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya SPR lebih telus dan adil. 

Dr. Mohd Hatta Md. Ramli [Kuala Krai] minta Perdana Menteri menyatakan langkah yang akan diambil bagi memberi legitimasi kepada  Kerajaan yang tidak mendapat sokongan majoriti rakyat Malaysia. 

Wan Hasan Mohd Ramli [Dungun] minta Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah menyatakan status MRSM Dungun dan sejauh mana pengoperasian projek berkenaan telah dijalankan. 

Datuk Takiyuddin Hassan [Kota Bharu] minta Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan menyatakan kenapakah Kerajaan Persekutuan tidak membenarkan Kerajaan Negeri Kelantan menggunakan Kompleks Kebudayaan Negeri Kelantan yang terletak di atas Tanah Kerajaan Negeri di Tanjong Chat, Kota Bharu, sedangkan persefahaman awalnya kompleks tersebut adalah untuk "Guna Sama" bagi segala kegiatan kebudayaan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri. 

Khalid Abdul Samad [Shah Alam] minta Perdana Menteri menyatakan apakah sikap Kerajaan Persekutuan terhadap peranan SPR dalam soal menentukan daftar pengundi yang bersih.

Wednesday, July 3, 2013

Cadangan Xavier wajar

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyokong gesaan dan cadangan Dr Xavier Jayakumar agar kerajaan Selangor melarang meminum minuman keras di tempat awam. 

“Ia menyebabkan keharmonian masyarakat terganggu di samping botol-botol arak yang bertaburan dan pecah di kawasan orang ramai,” ujar Ketua Penerangannya, Riduan Mohd Nor dalam kenyataan kepada Harakahdaily. 

Beliau mengulas cadangan Adun Sri Andalas itu agar Kerajaan Selangor memperkenalkan undang-undang baru bagi melarang perbuatan meminum minuman keras di tempat awam seperti taman permainan, kawasan rekreasi dan padang bola. 

Dr Xavier Jayakumar turut mencadangkan agar kerajaan negeri melarang dan mengharamkan jualan arak murah yang boleh diperolehi dengan udah di kedai runcit, kedai perubatan Cina dan pasaraya di seluruh negeri.

“Saya merasa teruja bagaimana seorang yang bukan beragama Islam boleh mencadangkan sedemikian,” kata Riduan. 

Pastinya, kata beliau berita cadangan Dr Xavier tidak akan disiarkan di mana-mana media rasmi negara ataupun ianya disiarkan dengan perspektif yang negatif. 

“Inilah kelebihannya apabila Pakatan Rakyat menerajui kerajaan dengan pemimpinnya sentiasa berfikir masalah rakyat di bawah,” katanya lagi.

Katanya, Dr Xavier Jayakumar mengetahui bahawa meminum minuman keras adalah haram di sisi Islam. 

Namun demikian, jelas Riduan Islam tidak melarang penganut bukan Islam meminum minuman keras. 

Walaupun begitu, ujarnya implikasi arak kepada tubuh seperti yang diketahui boleh memudaratkan kesihatan, malah boleh menyebabkan berlakunya gejala sosial yang lebih parah serta jenayah yang tidak terkawal.

“Cadangan Dr Xavier juga wajar dipanjangkan kepada kerajaan Persekutuan agar penguatkuasaan tersebut dapat dilaksanakan ke semua daerah dan kawasan di seluruh negara,” katanya. 

Katanya, kerajaan perlu berikan kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Polis agar dapat menguatkuasakan larangan tersebut di tempat yang dimaksudkannya.

Larangan itu, ujar Riduan bukan bermaksud untuk mengharamkan terus minuman keras kepada penganut bukan Islam. 

Menurutnya, mereka masih boleh memilikinya, namun terhad hanya kepada rumah dan kediaman mereka. 

“Golongan bukan Islam tidak perlu khuatir dengan cadangan ini kerana ia tidak menjejaskan kehidupan mereka, malah mereka akan lebih selamat, masyarakat akan tenteram dan hidup dalam keadaan harmoni,” ujarnya lagi.

Sunday, June 30, 2013

Jika 16-16, SPR yang salah

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut ini Dewan Undangan Negeri Terengganu (Dun) berkedudukan 16-16 sehingga menyulitkan kedudukan kerajaan negeri itu.

Tuan Ibrahim berkata, SPR sendiri yang mengatur kawasan pilihan raya secara genap sehingga memungkinkan kedudukan menjadi seri antara kerajaan dan pembangkang.

“Takdirnya kedudukan menjadi 16-16 selepas PRK nanti, kita salahkan kegagalan SPR kerana mengatur kerusi secara genap.

Sepatutnya jumlah kawasan pilihan raya mestilah angka ganjil, baru boleh dapatkan kemenangan,” kata beliau lagi.

Saturday, June 29, 2013

Kuala Besut jadi talian hayat

Kekosongan kerusi Dun Kuala Besut berikutan kematian penyandangnya, Dr A Rahman Mokhtar  dilihat memberi talian hayat kepada Pas untuk menawan semula Terengganu selepas tewas pada PRU13.

Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat berkata, Pas berpeluang menawan Dun Kuala Besut, namun bergantung kepada calon diletakkan nanti.

Katanya, Pas perlu letak calon ‘heavyweight’ kerana Dun Kuala Besut kubu kuat Umno dan pastinya BN akan meletakkan calon berwibawa.

“Pergolakan dalam Umno juga mampu beri kelebihan kepada Pas.

"Kita lihat pergolakan ini antara penyebab pada pilihan raya lalu Pas mampu menawan banyak kerusi hingga menyebabkan kedudukan Umno terancam,” katanya.

Selain itu, katanya, sikap pengundi Terengganu yang sering menukar sokongan juga dilihat akan memberi kelebihan kepada Pas dan perkara ini terbukti pada pilihan raya lalu.

Katanya, senario politik di Terengganu juga dapat memberi peluang kepada Pas kerana jika dilihat BN Terengganu lebih kuat pada zaman Datuk Seri Idris Jusoh berbanding di zaman pentadbiran Menteri Besar sekarang, Datuk Seri Ahmad Said.

Friday, June 28, 2013

Pakar Undang-Undang kata Sultan ada hak bubar DUN jika...

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat, Sultan Terengganu boleh membubarkan DUN sekiranya baginda tidak boleh memutuskan menteri besar yang sesuai - jika BN dan Pakatan masing-masing menguasai jumlah kerusi yang sama banyak.

Tambahnya, dalam keadaan seperti itu, pelantikan menteri besar boleh diputuskan oleh Sultan, yang boleh menggunakan pertimbangannya sendiri.

Abdul Aziz berkata, mengikut pertuntukan perlembagaan negeri, yang serupa dengan peruntukan  dalam perlembagaan persekutuan, perkara itu tertakluk bawah budi bicara Sultan.

Katanya di Terengganu, seperti juga negeri lain di Malaysia dan negara-negara Komanwel, Sultan boleh melantik seseorang yang dirasakan mendapat sokongan paling banyak dalam Dewan.

"Sekiranya Sultan tidak pasti, maka saya fikir baginda boleh membubarkan Dewan agar satu pilihan raya baru boleh diadakan.

“Ini untuk membolehkan rakyat membuat keputusan dan bukannya baginda. Dari sudut monarki sebagai simbol perpaduan yang perlu berada lebih tinggi dari parti politik, mungkin ia pilihan yang lebih baik,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan DUN Terengganu tergantung sekiranya PAS memenangi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.

Dalam pilihan raya umum lalu, BN memenangi 17 daripada 32 DUN, dan selebihnya 15 kerusi dimenangi PAS.Pilihan raya kecil itu bakal dijalankan berikutan kematian penyandang kerusi tersebut Dr A Rahman Mokhtar dari BN.

Pilihan raya kecil itu perlu diadakan sebelum 27 Ogos.

Wednesday, June 26, 2013

Dakwat kekal : giliran Shahidan bertaichi

Kesan ketahanan penggunaan dakwat kekal adalah bergantung kepada individu dan usaha yang dilakukan bagi tujuan menghilangkan dakwat kekal itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata ujian yang dibuat ke atas pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya dan pekerja media pada 2 Mei lepas membuktikan dakwat itu kekal seperti yang ditetapkan.   

"Tarikh luput dakwat kekal ialah dalam tempoh empat bulan daripada tarikh ia dikilangkan dan diimport dari negara luar," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.   

Soalan itu menyentuh kos perbelanjaan PRU13 dan dakwat kekal.   

Shahidan berkata dakwat itu antara lain dihasilkan dengan menggunakan bahan pewarna makanan yang diluluskan.   

Beliau berkata sebanyak RM400 juta telah diluluskan Kementerian Kewangan untuk menampung segala perbelanjaan PRU13 lepas. - Bernama

Wednesday, June 19, 2013

Menyelusuri Lorong Mati menjelang Ramadhan

Sebut sahaja Lorong Haji Taib orang akan mengaitkannya dengan ‘lorong mati’ kerana di sinilah destinasi pekerja pekerja seks murahan mencari nafkah untuk menyara hidup.

 (Dr Siti Mariah...pelopor bantuan untuk golongan glandangan bersama rakannya Allahyarham Dr Lo' Lo') Menyelusuri kawasan di lorong itu cukup menakutkan terutama di waktu malam.

Bermula jam 9 pagi hingga dinihari kelihatan pekerja-pekerja seks berada di tepi jalan mencari pelanggan.

Di lorong ini juga menjadi ‘syurga’ golongan gelandangan. Suasana kehidupan mereka suram walaupun tinggal di ibu kota yang gah dengan bangunan mencakar langit.

Jauh di sudut hati mereka, pembangunan dan kemajuan yang menjadi kebanggaan negara itu langsung tidak dikecapi.

Setiap tahun menjelang Ramadhan, Dewan Muslimat PAS membantu golongan ini. Tahun ini, ia akan dilakukan lagi dengan bantuan pembaca semua.

Anda boleh menyumbang untuk menjayakan program ini dengan menyalurkannya ke akaun “Dana Kami Prihatin” 1211 3010 0261 50 atau hubungi Dr Siti Mariah Mahmood di nombor 019 236 1889.

Tuesday, June 18, 2013

Tsunami politik berterusan

Keputusan PRU13 lalu dikatakan mempunyai kesinambungan gelombang ‘tsunami politik’ yang mula menular sejak PRU12 telah mengubah landskap politik Malaysia khususnya di kawasan bandar-bandar utama di negara ini.

Menurut Penyelidik dan Penganalisis MySuara, Faizal Riduan, PRU13 berjaya mengekalkan pola pengundian pilihan raya sebelumnya apabila memperlihatkan perubahan ketara susulan ramai pengundi khususnya golongan muda beralih arah kepada parti pembangkang.

“Keadaan ini sekaligus mengesahkan keputusan PRU12 bukan undi protes atau sikap sementara sebagaimana keputusan pilihan raya 1999 dan 1969 yang berjaya dipulihkan BN pada 2004 dan 1974.

“Persoalannya jika BN boleh menerima keputusan yang seberat ini, mengapa tidak PR akur kepada mandat yang telah diputuskan rakyat pada 5 Mei lalu?,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau sebelum ini turut membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Participant of the Trash Voting on the 13th th General Election: Malaysia Perspective, International Conference on Goverment Transition and Policy Change di Universiti Yonsei, Korea Selatan.

Pada PRU13, terdapat seramai 13,268,002 pemilih berdaftar iaitu 80.2 peratus daripada keseluruhan 16,550,421 rakyat yang berusia 21 tahun dan ke atas layak mengundi.

Namun hanya 11,256,545 pemilih keluar mengundi iaitu 84.84 peratus daripada pemilih berdaftar.

Daripada jumlah tersebut, BN yang membentuk kerajaan mendapat 5,237,699 undi dan parti-parti pembangkang mendapat 5,816,878 iaitu masing-masing mewakili 47.38 peratus dan 51.67 peratus daripada jumlah pengundi yang keluar mengundi.

Dalam pada itu, Faizal berkata kemenangan majoriti mudah yang diperolehi BN ditolak Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa PR lebih berhak membentuk kerajaan kerana mendapat undi popular lebih tinggi iaitu 5,624,011 undi.

“Hakikatnya sejak merdeka, Malaysia menggunakan sistem majoriti mudah, first-past-the-post berasaskan single member constituencies dalam pilihan raya sama seperti amalan di United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Kanada dan India. Calon yang mempunyai undi terbanyak (walau beza hanya satu undi) adalah pemenang,” katanya.

Pada PRU3 1969, BN (dulunya Perikatan) hanya memenangi 60 peratus iaitu 95 daripada 144 kerusi Dewan Rakyat dan 162 daripada 282 kerusi Dun dengan tewas di Kelantan dan Pulau Pinang manakala undi popular jatuh ke paras 49.3 peratus.Berbanding pilihan raya 1959 dan 1964, prestasi BN merosot hampir 50 peratus dan buat pertama kali BN kehilangan majoriti di Parlimen serta Dun di Perak dan Selangor.

Undi popular BN sebelum PRU13 ialah 51.7 peratus (1959), 58.5 peratus (1964), 49.3 peratus (1969), 60.7 peratus (1974), 57.2 peratus (1978), 60.5 peratus (1982), 55.8 peratus (1986), 53.4 peratus (1990), 65.2 peratus (1995), 56.5 peratus (1999), 63.9 peratus (2004), 52.2 peratus (2008) dan 47.7 peratus (2013). 

Bagaimanapun BN mendapat perwakilan yang lebih ramai di Dewan Rakyat bermula 1959 dengan mendapat 74 daripada 104 kerusi Parlimen iaitu mewakili 71.1 peratus, 85.6 peratus (1964), 66 peratus (1969), 87.7 peratus (1974), 84.5 peratus (1978), 85.7 peratus (1982), 83.6 peratus (1986), 70.5 peratus (1990), 84.4 peratus (1995), 76.7 peratus (1999), 90.4 peratus (2004), 62.6 peratus (2008) dan 59.9 peratus (2013).

Tambahnya lagi, walaupun terdapat pelbagai ulasan pro dan kontra pasca PRU13, realitinya PRU kali ini menunjukan demokrasi Malaysia bertambah subur dengan sejarah peratusan keluar mengundi tertinggi iaitu 84.84 peratus.

“Pengundi baru pertama kali paling ramai sebanyak 2.3 juta, penyertaan calon bertanding pilihan raya paling ramai dengan 1,900 pencalonan.

“Pertama kali tiada calon menang tanpa bertanding dan pilihan raya tersengit sehingga melibatkan pertandingan tiga hingga tujuh penjuru. Ini semua memberikan pilihan dan peluang lebih baik kepada rakyat,” katanya.

Oleh itu beliau mengigatkan bahawa hasil keputusan PRU13 yang lalu dapat dijadikan iktibar kepada parti BN dan PR untuk menggalakan penyertaan lebih ramai dalam PRU.

“Pada edisi PRU bulan lalu terdapat 2 juta pemilih tidak keluar mengundi dan 3.3 juta lagi tidak mendaftar sebagai pemilih menjadikan keseluruhannya 5.3 juta rakyat Malaysia.

“Jumlah sebesar ini boleh menjadi kuasa ketiga antara BN dan PR, di mana jika mereka mengambil bahahagian maka dipercayai akan memberikan kemenangan lebih besar kepada mereka,” katanya.

Dalam hal ini, beliau menyarankan supaya kedua-dua parti BN dan PR menerima keputusan PRU13 yang lalu.

“Bagi mengelakkan sentimen anti demokrasi maka sudah sampai masanya untuk keputusan PRU13 diterima dan diabsahkan secara perundangan dan moral,” katanya.

Dalam konteks ini menurut Faizal lagi SPR perlu melakukan beberapa pembaharuan.

“SPR perlu memfokus kepada usaha meramaikan penyertaan rakyat dalam pilihan raya dengan mekanisme mesra pemilih. Jika tidak, pilihan terbaik BN dan PR untuk melegitasikan keputusan PRU akan datang ialah dengan menggerakkan kempen pendaftaran pemilih di kalangan rakyat Malaysia.

“BN mungkin boleh berkempen dengen tema “1Undi, 1Malaysia” dan PR dengan tema “Merakyatkan Undi” supaya keputusan PRU-14 selewat-lewatnya pada 2018 adalah muktamad dan tidak mencetuskan keadaan tidak menentu seperti pasca 1969, 2008 dan 2013,” katanya.

Tuesday, June 11, 2013

Awasi lencongan persempadanan oleh SPR

Ketua Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli memberitahu Pakatan Rakyat akan mencadangkan untuk menubuh satu jawatankuasa khusus bagi memantau persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dilaksana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti. 

Beliau ketika dihubungi Harakahdaily memberitahu jawatankuasa tersebut akan membuat pemantauan kawasan-kawasan yang dijangkakan berlaku persempadanan berlandaskan kepada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lepas.

 Jelasnya lagi, tumpuan turut dilakukan bagi memastikan jumlah pengundi yang tidak keterlaluan di kawasan luar bandar seperti yang berlaku di Parlimen Pekan pada PRU13. 

"Kita mencadangkan akan menubuhkan satu jawatankuasa khusus bagi memantau segala cadangan yang akan dilakukan oleh SPR berhubung dengan persempadanan semula kawasan pilihan raya. 

"Ada beberapa perkara khusus akan ditumpukan terutamanya berhubungan penambahan jumlah pengundi agar tidak keterlaluan terutamanya melibatkan kawasan luar bandar sebagai contoh Pekan yang bukan sebuah bandar yang besar tetapi mempunyai pengundi yang ramai," kata beliau.

 Dr Mohd Hatta yang turut memberitahu selain isu pertambahan pengundi perubahan keluasan kawasan Parlimen turut menjadi fokus utama. Katanya, adalah suatu yang agak tidak lojik apabila kawasan parlimen itu terpaksa dilencongkan dengan begitu jauh bagi memastikan calon Barisan Nasional yang bertanding di kawsan tersebut terjamin kemenangannya. 

"Kita tidak mempertikaikan apabila SPR ingin memasukkan kem tentera di dalam sesuatu kawasan parlimen tetapi adalah tidak lojik apabila lencongan yang jauh dibuat seperti Parlimen Pekan yang terpaksa memasukkan kem tentera di Kuantan bagi memastikan Perdana Menteri menang selesai di situ.

 "Kita akan pastikan setiap kawasan yang teerlibat dalam persempadanan semula itu mempunyai alasan yang kukuh dan rasional sebelum ia diluluskan," sambung beliau. 

Sebelum ini, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof membayangkan pihaknya akan melakukan kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi mengadapi PRU14. 

Mengikut amalan setiap lapan hingga 10 tahun kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dilakukan dengan mengambil kira pertambahan penduduk. Bagaimanapun rang undang-undang yang dicadangkan itu perlu mendapat sokongan dua pertiga anggota parlimen.

Tuesday, June 4, 2013

Wajah sebenar Umno

Setelah menang pilihanraya umum ke 13 walaupun tewas undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan wajah Umno yang sebenar kepada umum.

(Kata Mahathir, orang Melayu sudah meluat dengan Umno... tetapi hanya sebut selepas pilihan raya selesai) 

Bagi Mahathir, ramai orang Melayu sudah merasa meluat dengan Umno dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.

“Umno ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. Umno berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” tulis Mahathir di blognya.

Mahathir berkata pemimpin Umno kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.

"Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. Umno adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar beliau.

Sekarang, Mahathir berkata Umno sudah menjadi sebuah parti hanya untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian.

"Umno tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi,” sindirnya lagi.

Akibatnya, kata Mahathir, mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk Umno lagi.

“Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam Umno mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk Umno ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan,” katanya.

Mahathir juga menyindir bahawa pemimpin-pemimpin Umno ini sering terlupa ajal boleh sampai bila-bila masa.

“Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti,” katanya.

Akhirnya, Mahathir berkata Umno hanya tinggal golongan yang tidak berbakat sehingga semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU.

"Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan,” sindirnya lagi.

“Di mana pergi mereka yang berbakat ini?.

Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan,” tambahnya lagi.

Saturday, June 1, 2013

SPR dibawah Parlimen

Bagi memperkukuhkan lagi kewibawaan dan kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kerajaan memutuskan untuk memindahkan kawal selia dan fungsi SPR kepada satu jawatankuasa khas yang diwakili anggota Parlimen daripada semua parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang.     

"Dengan langkah ini, diharap kebebasan SPR tidak dipersoal lagi dan keyakinan rakyat terhadap SPR akan dapat diperkukuhkan," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata demikian dalam ucapan sembah tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sempena hari keputeraan Seri Paduka dan istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat persekutuan di IstanaNegara.

Langkah itu, yang bertujuan untuk meningkatkan kredibiliti SPR, dibuat ketika Pakatan Rakyat melancarkan kempen terhadap suruhanjaya itu berikutan dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum ke-13 bulan lepas.

Pakatan pembangkang mendapat 51 peratus undi popular tetapi hanya memenangi 40 peratus kerusi di Parlimen berbanding dengan parti pemerintah, yang hanya menang 47 peratus undi popular tetapi memperolehi 60 peratus kerusi kerana amalan persempadanan kawasan pilihanraya.

Persempadanan semula kawasan pilihan raya oleh SPR dijangka dilaksanakan lewat tahun ini dan Pakatan dijangka mengenakan untuk membetulkan ketidakseimbangan jumlah pengundi, yang didakwa memberi kelebihan kepada BN

Sunday, May 26, 2013

Umno tidak Mewakili Melayu

Umno bukan lagi suara untuk majoriti Melayu kerana 3.57 juta orang Melayu tidak mengundi parti itu dalam pilihan raya umum yang lalu, kata Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Beliau berkata, di Semenanjung, lebih ramai pengundi Melayu yang menolak BN berbanding pengundi Cina.

"Berapa ramai orang Cina tidak menyokong Umno? 80 peratus dari 2.84 juta? Itu hanya 2.27 juta. 2.84 juta adalah 30 peratus dari pengundi di Semenanjung seramai 9.45 juta. 

"Orang Melayu yang menolak Umno dalam PRU13 ini lagi ramai. Di Semenanjung jumlah pengundi ialah 9.45 juta. 70 peratus darinya Melayu yakni sekitar 6.62juta. "Umno dan BN memperolehi 4.35 juta undi.

Jika 70 peratus dari nya Melayu, pengundi Melayu berjumlah 3.05 juta. Ini bermakna di Semenanjung sahaja, 3.57 juta orang Melayu tidak menyokong Umno!" tulis beliau dalam blognya, sakmongkol.blogspot.com.

Beliau yang juga bekas Ketua Penerangan Umno Pekan seterusnya mempersoalkan, mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin Umno marahkan Cina?"Kerana mahu menutup pekong sendiri?" soal beliau lagi.

Mohd Ariff menyelar Najib yang menyalahkan "tsunami Cina" kerana kegagalannya mendapat undi popular.

Dalam pilihan raya lalu, ketika Pakatan Rakyat mendapat 5.489 juta undi atau 50.3 peratus sokongan, BN hanya mendapat 5.220 undi sahaja atau 46.8 peratus sokongan.Beliau mempersoalkan, adakah tindakan menyalahkan "tsunami Cina" itu merupakan langkah pertama Najib mahu menonjolkan dirinya lebih Melayu dari Melayu lain?"

(Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri) Muhyidin (Yassin) sudah nampak Melayunya dari awal lagi dengan menyatakan bahawa dia Melayu dahulu baru Malaysia. Najib yang kian terdesak nampaknya mesti menonjolkan dirinya lebih Melayu dari Melayu yang lain. 

"Sebab itu dia membisu seribu bahasa sementara dikeliling nya, satu persatu munculnya kenyataan-kenyataan perkauman dari penyokong-penmyokong Umno", katanya.

Friday, May 24, 2013

Transfomasi Najib undur ke belakang

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja melanggar janji transformasi beliau, malah kini sedang bergerak dengan mengundur ke belakang.

Beliau berkata, tindakan mendakwa aktivis mahasiswa Adam Adli dibawah akta hasutan dan menahan Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahtivis PAS Tamrin Ghafar serta aktivis ABU Harris Ibrahim adalah satu tindakan zalim.

Tindakan serupa itu katanya juga tidak diterima oleh rakyat di negara luar sehingga menyaksikan rakyatnya bangkit menyatakan bantahan kepada kerajaan.

"Pemerintahan diktator Stalin, Marcos dan Suharto telah lama berlalu. Orang-orang seperti Ben Ali, Mubarak dan Gaddafi juga telah berlalu tidak lama dahulu. 

"Walaupun masa Mahathir di mana penyelewengan dan salah guna kuasa kerajaan berlaku dan menjadi rahisa umum, ia juga sudah berlalu. 

"Namun, Najib bukan sahaja telah memungkiri janji reformasi politik beliau, tetapi dia juga sedang bergerak kembali ke belakang," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu Anwar turut menyelar kenyataan pihak menteri dan juga polis yang memberi amaran supaya orang ramai tidak hadir ke himpunan aman bagi membantah penipuan dalam PRU13 lalu.

Namun rakyat ujarnya dilihat terus berani untuk menyatakan bantahan mereka kerana mereka percaya perjuangan mereka adalah untuk masa depan yang lebih baik.

"Ketua Polis Negara yang baru Tan Sri Khalid Abu Bakar bercakap mengeluarkan semua jenis ancaman kepada rakyat, mengambil petunjuk daripada Menteri Dalam Negeri. 

"Saya mengingatkan beliau bahawa tugasnya adalah untuk berkhidmat kepada rakyat, keutamaan beliau adalah untuk menjaga keselamatan negara, menentang penjenayah dan bukan bertindak ke atas perhimpunan aman yang sah," katanya.

Thursday, May 23, 2013

Kerajaan BN tak kreatif

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan mengenakan Good Service Tax (GST) terhadap barangan keperluan rakyat sebaik sahaja PRU selesai adalah suatu bentuk kezaliman.

Ini kerana, tindakan itu hanya akan membebankan rakyat ketika mana rakyat sudah terbeban dengan peningkatan mendadak kos sara hidup yang sedang berlaku dalam negara kita. 

"Sepatutnya pihak kerajaan memilih kaedah lain yang lebih kreatif dalam meningkatkan pendapatan negara, bukannya dengan memeras ugut rakyat ataupun mengunakan cara yang mudah dengan mengenakan cukai kepada rakyat awam. 

"Peningkatan sumber kewangan negara juga mestilah terlebih dahulu difokuskan kepada mencapai urustadbir kewangan yang lebih telus, adil dan jauh dari masalah rasuah serta ketirisan dari projek mega yang membazir,"

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts