Monday, March 30, 2009

Musim org keluar parti sudah bermula

KECEWA... Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jerai, B.Kalaivar (duduk, tiga kiri) bersama sebahagian penyokongnya mengumumkan keluar daripada parti berkenaan ketika sidang akhbar di sini, hari ini. Kalaivanar berkata, tindakan keluar secara beramai-ramai itu adalah kerana mereka telah hilang kepercayaan dengan kepimpinan parti. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India PKR Kedah berkata kesemua anggota yang keluar parti itu akan berkempen untuk calon bukan daripada PKR pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

SUNGAI PETANI: Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Jerai, B Kalaivanar hari ini mengumumkan beliau keluar parti itu bersama-sama 400 ahli yang lain.

Jangan nak hairan bila tiba musim pilihanraya lebih-lebih lagi kalau PRK maka media arus perdana akan menyiarkan berita seperti ini tanpa henti. Perbuatan seperti ini bukan hanya berlaku hari ini iaitu sehari selepas penamaan calun tapi ianya telah bermula sejak lama dahulu. Ini lah modal BN/umno yang sudah tidak releven lagi sebenarnya selepas tsunami politik 8 Mac 2008 yang. Namun baik ZAM atau menteri sebelumnya dan kini Shabery idea lapuk ni cukup popular dikalangan mereka dan ianya dijadi modal paling besar bagi mereka dalam strategi kempen pilihanraya.

Baguslah lepas ni petugas Umno/BN tak payah bertugas dengan keras lagi kerana peluang untuk menang memang sudah cerah, anda semua boleh duduk goyang kaki kat rumah kerana kemenangan dalam tangan, manakala bagi PR pula marilah kita bekerja keras untuk menafikan kemenangan BN, usaha lah dengan apa cara sekali pun bagi membantu kemenangan calun kita.

Kempen kita mudah saja, bagi tahu orang kampung Umno mempertahankan Rasuah, menentang tindakan SPRM kepada perasuah. Khairy jadi contoh orang melakukan rasuah menang dalam PAU.

Nak bukti lagi .... photostate gambar ni.

Saturday, March 28, 2009

Jangan sampai KPP ambil alih perjuangan kita

PAS Kawasan Kota Raja telah diamanahkan untuk bertugas di Terong Barat. Semua Persiapan untuk rumah Selangor telah disiapkan, hanya menunggu giliran petugas menjalankan tugas masing-masing mengikut arahan dari pimpinan, demikian ditegaskan oleh Setiausaha JPN Selangor, Cikgu Jaafar Shamsuddin.

Cikgu Jaafar juga memaklumkan bahawa PAS Kota Raja juga telah diamanahkan untuk bertugas bermula dari 1hb Mac hingga 3 hb Mac. Bilik Operasi Besar yang juga merupakan Rumah Selangor dialamat Kampung Salak Baru, Jalan iltizam, Pekan Terong, Bukit Gantang Perak.

Pada kali ini juga selepas menghantar dengan jayanya ke PRK KT, PAS Kota Raja melalui Lajnah Perpaduan Nasional dengan kerjasama LPN Negeri akan menghantar seramai 44 ahli Kelab Penyokong PAS khas dari Kota Raja pada hari penamaan calun ahad ini.

En Letchumanan dari KPP (gambar sebelah TGNA berbaju putih) selaku ketua rombongan yang juga merupakan ahli Majlis Daerah Kuala Selangor memberitahu bahawa mereka akan bertolak sebentar lagi bagi memastikan tiada gangguan untuk masuk ketempat penamaan calun nanti.

Berdasar kan pengalaman mereka semasa pergi ke PRK Kuala Terengganu lalu dimana mereka mendapat sambutan luar biasa dari orang-orang PAS sehinggakan bab makan minum pun ditanggung oleh pengunjung restoran maka mereka sungguh bersemangat pada kali ini. Mereka meletakkan harapan yang tinggi agar PAS memenangi PRK ini. Perjuangan dan pengorbanan mereka ini seharusnya menjadi tauladan kepada orang PAS dan melayu yang masih ragu-ragu dalam perjuangan ini.

Dengan pemergian KPP berjuang untuk memenangkan calun PAS diharap semua ahli dan penyokong PAS akan memastikan anda juga turut sama turun kemedan juang.

JANGAN pula
kita ini menjadi orang Islam yang mengharapkan ORANG BUKAN ISLAM MENJAGA AGAMA KITA.

Manakala rombongan untuk membantu YB Dr Siti Mariah berkempen disana bermula dari 3hb hingga 7hb. Semua skuad Kota Raja diminta berkumpul di Markaz PAS Bukit Naga jam 6ptg pada hari jumaat tersebut. Setakat ini seramai 20 petugas muslimin dan muslimat dari Tmn Setia telah mendaftar untuk sama-sama berjuang. Kempen yang kita akan laksanakan berlainan sedikit dari biasa. Sekretariat telah menyediakan pelbagai kemudahan berkempen mengikut era baru bagi menarik perhatian pengundi untuk datang mendengar kempen kita.

Bagi penyokong PAS yang ingin berjuang tetapi keadaan tidak mengizinkan anda untuk pergi kesana maka anda boleh menghulurkan sumbangan bagi membantu kempen PRK P056 Bukit Gantang. Sumbangan boleh diserahkan kepada kami di Markaz Bukit Naga pada hari jumaat nanti.

Friday, March 27, 2009

Pengerusi Badan Perhubungan Umno yang kalah wajar letak jawatan

Datuk Shahrir Abdul Samad memutuskan untuk meletakkan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna setelah tidak terpilih sebagai anggota Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan Umno semalam dan ia adalah muktamad.

"Ini adalah prinsipnya berparti dan sekiranya tidak dapat sokongan di kalangan perwakilan untuk menjadi anggota MT, perlu sanggup berundur dari jawatan menteri," katanya.

"Kita kena ada prinsip dan kena patuh. Dalam politik terutamanya, kerja kita akan lebih mudah kalau kita mempunyai kekuatan moral," tambahnya. Beliau akan mengundurkan diri pada mesyuarat Kabinet Rabu depan. Menurut beliau adalah sukar untuk melaksanakan tugas sebagai Menteri sekiranya tidak mempunyai sokongan daripada parti. "Itu jadi masalah bagi saya. (Orang akan mengatakan) YB ini, parti pun tak terima, kalah dalam pemilihan parti, macam mana boleh jadi menteri," katanya.

Persoalannya adakah dikalangan pimpinan Umno hanya Shahril sahaja yang punya prinsip, manakala yang lain masih mengharap ehsan PM untuk terus memegang jawatan walau pun mereka kalah dan ditolak oleh Umno sendiri.

Pada PAU kali ini seramai 4 orang MB yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri telah tewas untuk merebut jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno yang merupakan pembuat dasar dalam parti tersebut.

Keempat-empat Menteri Besar yang tewas ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu; Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Oleh kerana dikalangan Umno sendiri telah menolak mereka sepatutnya mereka secara berprinsip hendaklah meletak jawatan dalam kadar yang segera. Apalah ertinya menjadi seorang MB dan Ketua Perhubungan Negeri yang tidak diterima oleh parti untuk memimpin sebuah negeri.


Bagi MB Johor yang begitu gah dengan Bahagian umno yang paling banyak dan perwakilan yang paling ramai dalam PAU kali ini, kekalahan beliau merupakan satu tamparan yang paling hebat dalam karier politiknya bilamana akhirnya beliau dicantas mungkin oleh perwakilan dari Johor. Kekalahan ini merupakan penolakkan secara total oleh orang umno sendiri terhadap beliau. Beliau merupakan contoh terbaik kereta buruk BN yang sudah tidak berguna lagi.

Adnan Yaakub pula adalah merupaka seorang pemimpin juga merupakan pelakun lucah. Semua masih ingat aksi lucah beliau dalam satu PRK beberapa tahun yang lalu.... atau mungkinkah kekalahan beliau ini kerana laknah dari Allah kerana menolak untuk bermubahalah dengan Ketua Umno Bahagia Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berhubung campur tangan Adnan dalam pemilihan peringkat bahagian yang lalu.

Bagi Pakatan rakyat keputusan PAU kali merupakan langkah kanan paling baik untuk meneruskan agenda merampas lebih banyak negeri dalam PRU ke 13 nanti. PR harus mengambil kesempatan dari penolakkan ahli umno kepada pemimpin mereka untuk menunjukkan kemampuan kita menjadi pemimpin masa depan mereka.

Monday, March 23, 2009

Kenapa Mahathir dilihat terlalu berkuasa walhal Pak Lah masih PM

Hari-hari terakhir menjelang Pemilihan Agung Umno (PAU) .....

PAU adalah sejenis kueh yang di perbuat dari tepung dan dibubuh alat penaik dan didalamnya dibubuh inti. Inti PAU akan jadi penyebab rasa dan harga PAU berbeza diantara satu sama lain. Biasanya jika inti kelapa atau kacang merah ianya lebih murah berbanding inti ayam dan daging. Saya pernah membeli disatu gerai yang menjual PAU yang intinya berbeza melebihi 10 jenis. Apa pun namanya tetap PAU.

Selain kueh PAU .... perkataan PAU juga diertikan sebagai mengePAU. Orang yang mengePAU adalah orang tidak baik manakala orang yang kena PAU pula dianggap sebagai insan malang. Dalam PAU dikatakan ada mengePAU dan kena PAU. Dalam situasi biasa mengePAU dianggap orang yang bersalah.

Hari-hari terakhir menjelang Pemilihan Agung Umno (PAU) ..... kita lihat Mahathir terlalu berkuasa. Banyak ruang dan peluang yang sengaja diberikan kepada beliau supaya beliau dapat menyuarakan pandangan termasuk melalui forum dan kenyataan akhbar yang mendapat liputan meluas diakhbar arus perdana dan TV pada masa kini. Semalam beliau membuat kenyataan mahu pemimpin yang tidak tahu memimpin dibuang rujuk sini (http://www.sinarharian.com.my/com/content/story2578153.asp), sampai ketahap itu kekuasaan beliau.

Siapa Mahathir disisi Umno sekarang? Dia Penasihatkah? Atau apa? Setahu kita Mahathir bukan merupakan penasihat 25% dalam umno tapi dia juga merupakan orang luar dari umno. Beliau bukan ahli umno .... beliau telah keluar dari umno, tapi persoalannya kenapa beliau dilihat terlalu berkuasa sekarang. Siapa dibelakang beliau?

Pemimpin tertinggi umno pula seakan terkedu dan tidak berdaya mempertahan ketua mereka sekarang dari serangan Mahathir. Siapa pemimpin-pemimpin yang tidak layak tersebut. Pak Lah akan berundur, siapa lagi. Kita kena cabar Mahathir untuk berterus terang dan menyatakan satu persatu nama-nama pemimpin tersebut. Sebagai bekas PM beliau tentu tidak mahu melihat negara ini terjerumus dalam keadaan lebih naif pada masa akan datang jika dipimpin oleh 'orang yang tak layak jadi pemimpin' tersebut.

Masa masih ada untuk Mahathir membetulkan keadaan, kita tunggu adakah Mahathir akan menjadi semakin berani dan berkuasa selepas ini atau pun beliau akan merehatkan badan di Pulau Langkawi selepas PAU nanti.

Sunday, March 22, 2009

Serahkan hasil 'Lelongan Plak' ke PRK Bkt Gantang

Satu lelongan yang sangat berjaya. Ada yang kata hasil lelongan plak demokrasi yang telah dipecahkan oleh MBI tempuh hari telah mencecah RM 61k. Banyak tu.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak memberansangkan pada ketika ini saya ingin mencadangkan supaya duit hasil lelongan tersebut hendaklah sebahagiannya di menafaatkan dengan mengisi Tabung PRK Bukit Gantang, manakala sebahagian lagi bolehlah digunakan untuk membina tugu tersebut semula.

Sebagai parti marhaen, jika diambil RM 50k dari wang tersebut ianya boleh digunakan bagi mencetak ratusan ribu helai risalah yang boleh menelanjangkan umno supaya mudah dikuburkan disana nanti. Ini penting supaya bila puluhan ribu petugas luar yang akan datang membantu nanti ada bahan untuk diedar dan ada kerja yang nak dibuat. Bila ada kerja nak dibuat tak lah mereka ni datang sebagai pemantau sahaja yang akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyusahkan petugas yang betul-betul bertugas untuk bergerak dari tempat kesatu tempat yang lain.

YAB Dato Seri Nizar sebagai MB dan exco lain yang menjayakan lelongan tersebut tentu sahaja memahami apabila duit rakyat digunakan untuk mengembalikan hak rakyat, ianya tentu menaikkan semangat rakyat untuk memenangkan calun Pakatan Rakyat tidak kira siapa yang akan bertanding nanti.

You Tube pulihkan hubungan Iran-AS.

Diplomasi 'ping pong' sebelum ini telah berjaya mengatasi hubungan dingin Amerika Syarikat (AS)-China dan diplomasi 'YouTube' pula diharap akan dapat melakukan perkara serupa dalam hubungan AS-Iran, pula.

Presiden AS, Barack Obama yang menggunakan Internet untuk melonjakkan dirinya menuju ke White House semasa kempen pilihan raya Presiden AS pada tahun lalu, sekali lagi menggunakannya untuk melancarkan inisiatif diplomatik besar dalam usahanya memulihkan hubungan dengan Iran, walaupun baru saja menjadi Presiden.

Dalam rakaman sebuah mesej video kepada rakyat Iran ketika sambutan Tahun Baru Norwuz yang disebarkan di dalam talian, Obama menggunakan sekali lagi kemudahan Internet yang pernah digunakannya secara berkesan ketika berkempen pada pilihan raya Presiden AS pada tahun lalu.

Obama ketika menjadi calon Presiden, bergantung kepada usaha penyokongnya untuk menyebarkan e-mel dan video kepada rakan dan keluarga, dan White House berharap rakyat Iran akan melakukan perkara serupa menyebarkan mesej Presiden AS itu menerusi YouTube.

Trita Parsi, Presiden Majlis Iran-Amerika Kebangsaan berkata, langkah itu dilihat berjaya dan 'merebak seperti kebakaran' di Internet.

"Bilangan e-mel yang saya terima daripada penduduk AS dan Iran yang saling mengucapkan selamat tahun baru, kemudian menghantar pautan pada mesej Presiden Obama," ujarnya.

Video bertajuk A New Year, A New Beginning selama tiga minit 35 saat itu turut dimuatkan dalam laman web White House di whitehouse.gov/Nowruz dengan keterangan gambar dalam bahasa Parsi dan juga saluran YouTube White House di youtube.com/user/whitehouse.

Gunakan pendekatan 3M di Bkt Gantang

Bukit Gantang – Jentera piliharaya PAS yang menerajui Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang akan menggunakan pendekatan 3 M bagi mengekalkan kemenangan rakyat.

“Tema kepada kempen pilihanraya pada pilihanraya kali ini adalah ‘Kekalkan Kemenangan Untuk Rakyat’,

“Bagi memastikan para pengundi akan memihak kepada kita (PAS dan Pakatan Rakyat) ialah dengan strategi 3M iaitu, ‘Menerang, Mendampingi dan seterusnya Menawan’ hati para pengundi,”kata Pengarah Operasi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi.

Saturday, March 21, 2009

Lawatan MB & Kempen derma Darah

Kota Raja - esok 23.3.2009 pada kira-kira jam 2.00 petang YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. Menteri Besar Selangor akan membuat lawatan kerja ke Sekolah Rendah Kebangsaan (Tamil) Ladang Highland (berhampiran Jaya Jusco, Taman Botanic, Klang). Sekretariat Parlimen Kota Raja menjemput semua Rakyat Kota Raja untuk hadir didalam majlis bersama MB ini.

Sementara itu diTaman Sri Andalas ~ Satu kempen derma darah dan pemeriksaan kesihatan percuma anjuran Pakatan Rakyat Andalas akan diadakan pada esok Ahad 22.03.2009 dari jam 9 pg hingga jam 2.00 ptg. Program ini akan dilangsungkan di Dewan Sukan Andalas.

Saya akan berada disana pada kira-kira jam 10 pg. Semua rakyat Kota Raja di jemput hadir.

TKM-1 Pulau Pinang Letak Jawatan

Fairus Khairudin meletakkan jawatannya sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan sebagai anggota exco negeri itu berkuatkuasa 8 April depan, kata Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang, hari ini.

Fairus bagaimanapun akan kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti dan juga anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Thursday, March 19, 2009

Umpama cacing kepanasan

Isu politik wang membabitkan pemimpin UMNO kembali panas, apabila Lembaga Disiplin UMNO kelmarin mengambil tindakan tegas ‘menghukum’ individu tertentu yang didapati bersalah melanggar etika pemilihan parti tersebut.

Seperti mana diketahui umum, antara pemimpin yang tidak terlepas menerima ‘hukuman’ itu termasuklah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, iaitu salah seorang calon popular yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden. Bagaimanapun, keputusan Lembaga Disiplin UMNO yang melarang Mohd Ali bertanding merebut jawatan nombor dua dalam parti, sekali gus meranapkan impian Ketua Menteri Melaka itu untuk berbuat demikian.

Tindakan terbaru yang dibuat menjelang hanya beberapa hari sahaja lagi Perhimpunan Agung UMNO berlangsung, turut menggemparkan banyak pihak, terutama penyokong Mohd Ali. Bagi para pemerhati politik tempatan, mereka menyifatkan bahawa tindakan tegas Lembaga Disiplin UMNO sebagai suatu pengajaran ‘tersirat’ ke atas individu tertentu. Selain itu, mereka juga tidak menolak andaian mengatakan keputusan yang dibuat itu sebagai satu usaha ke arah membuka ruang kepada calon-calon pilihan memenangi jawatan tersebut secara mudah.

Apapun spekulasi dibuat, pemimpin dan ahli-ahli UMNO seharusnya akur dengan tindakan tegas tersebut memandangkan gejala politik wang bukan suatu perkara baru dalam parti tersebut. Malah, ia merupakan satu penyakit yang sudah menjadi barah dan perlu dirawat segera dalam usaha melahirkan generasi pemimpin bersih, amanah serta bebas daripada rasuah.

Kita perlu akur kerana gejala tersebut bukan sahaja hanya membuka peluang kepada amalan tidak sihat, sebaliknya ia mampu memusnahkan masa depan bangsa Melayu hanya kerana dikaburi oleh wang. Sebagai orang politik, mereka tidak seharusnya menggunakan kesempatan yang ada untuk mempengaruhi orang lain memilih atau menyokongnya secara tidak sihat.

Ini memandangkan, disebalik tindakan itu juga kita mendapati ada segelintir ahli politik tertentu kini mulai berada dalam kegelisahan ‘umpama cacing kepanasan’ di bawah teriknya matahari.

Mengerikan, jika Mat Taib jadi TPM

Calon Timbalan Presiden, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dilihat mempunyai peluang untuk memenangi jawatan itu pada pemilihan parti minggu depan kata Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Ahmad Nizamuddin Sulaiman.

Beliau berkata, Muhammad Taib mungkin akan mendapat 'undi terpijak' daripada penyokong Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tidak berpuas hati dengan keputusan Lembaga Disiplin melucutkan kelayakannya untuk bertanding.

"Peluang Muhammad Taib secara tidak langsung sangat cerah untuk menang dalam pemilihan nanti," katanya kepada mStar Online.

KOMEN : Sejarah silam membuktikan bahawa Mike Tyson memang sangat merbahaya, dengan memikul berguni duit masuk ke Australia dan menyimpannya disana entah sebanyak mana akhirnya beliau membuat comeback walau pun dirinya terpalit lumpur. Dengan rasuah politik wang telah berakar umbi dalam diri orang umno, pemimpin yang banyak duit pasti boleh membeli kejayaan. Mereka tidak peduli asal usul pemimpin tersebut, yang penting mereka mudah dibeli dengan duit.

Ampun .... simpang malaikat 44, janganlah orang yang punya sejarah silam yang buruk ini menjadi orang no 2.

Wednesday, March 18, 2009

Tok Guru jadi blogger mulai 26 Mac nanti

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menyertai senarai komuniti blogger politik tanah air apabila melancarkan blognya sendiri pada 26 Mac ini.

Setiausaha Politik beliau, Anual Bakhri memberitahu, medium Internet yang semakin besar pengaruhnya dalam masyarakat dapat dimanfaatkan seluas mungkin untuk menyebarkan wadah pemikiran pemimpin itu. Katanya, sudah terdapat ramai ahli politik menggunakan kemudahan itu dan kini sampai masanya Menteri Besar itu bergerak seiring dengan perkembangan teknologi dan tuntutan keadaan semasa.

"Beliau (Nik Abdul Aziz) akan cuba menyampaikan pandangannya berhubung isu-isu semasa kepada masyarakat dan penyokong parti dengan lebih pantas dan jelas," ujarnya. Anual Bakhri memberitahu, ia juga akan memberi ruang kepada Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas selaku pemilik blog untuk menyeimbangkan informasi daripada segenap pihak terutama media.

"Kegiatan-kegiatannya dalam kerajaan dan parti serta ceramah-ceramahnya akan turut dipaparkan untuk rujukan masyarakat, para pengkaji atau mereka yang ingin membuat analisis," katanya.

Beliau memberitahu, melalui blog berkenaan, ia akan turut memudahkan pihak media mendapatkan ulasan Nik Abdul Aziz dalam pelbagai isu semasa yang berbangkit. "Ia akan menjadi satu alternatif kepada pihak media sendiri bagi mendapatkan maklumat dengan lebih jelas dan mengelak daripada berlakunya kekeliruan, salah faham dan juga pentafsiran," ujarnya.

Katanya, blog itu buat permulaan tidak dibuka kepada pihak yang menjenguk laman untuk membuat sebarangan ulasan atau mengemukakan pandangan."Ia akan dilakukan secara berperingkat-peringkat dan pada masa depan, pandangan Nik Abdul Aziz juga akan turut diterjemahkan dalam bahasa Inggeris di samping penggunaan tulisan jawi.

"Ia selaras dengan dasar langit terbuka kini apabila masyarakat dunia boleh turut memahami dan mengetahui apa yang berlaku," ujarnya.

Katanya, blog ini akan dilancarkan oleh Nik Abdul Aziz serentak dengan pelancaran WiFi Aptus Net yang dikendalikan oleh syarikat Aptus Net Comunity. Aptus Net Comunity merupakan sebuah anak syarikat Infra Quest milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Tuesday, March 17, 2009

SPRM tunggu apa lagi?

Rasuah dalam umno, Naib Presiden Umno Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin didapati bersalah dalam dakwaan berkaitan politik wang yang membabitkan pemimpin dan anggota Umno.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tunggu apa lagi? tangkap kedua-duanya dan buat pendakwaan, simpan dulu mereka dalam lokap lepas tu dapatkan lapuran dan maklumat dari Lembaga Disiplin Umno dan terus dakwa mereka.

Pemimpin dan ahli umno yang sayangkan parti jangan tunggu lagi, kalau SPRM mahukan lapuran dibuat terhadap kedua-dua mereka terlebih dahulu buat cepat-cepat sikit.

Saya baca dalam akhbar, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Syukri Abdul, berkata pihaknya menunggu laporan daripada parti itu sebelum boleh mengambil tindakan selanjutnya.

"Kita memerlukan maklumat asas dan laporan daripada parti itu. Kita tidak boleh membuat dakwaan jika tiada laporan yang dibuat"

Persoalannya adakah parti umno akan membuat lapuran kepada SPRM?, kita tunggu dan lihat samaada parti ini serious untuk membenteras rasuah dalam parti mereka atau pun mereka sedang bersandiwara sambil mencantas orang Pak Lah.

Apakah ada konspirasi baru dalam umno?

Wajarkah Ali Rustam kekal KM Melaka?

Rasuah Politik Wang ......... Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati bersalah melanggar peraturan kempen pemilihan parti.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.

Persoalannya dimanakah moralnya orang yang telah didapati bersalah melakukan Politik Wang secara berluas-luasa terus kekal menjadi Ketua Menteri. Ali Rustam sendiri tersenyum-senyum sahaja dalam temuramah TV 3 sebentar tadi seolah-olah tiada apa yang berlaku pada dirinya.

Dalam kes Dato Norza yang bertanding MT umno pula Lembaga Disiplin mendapati beliau tidak bersalah dah boleh bertanding walau pun kes beliau masih akan dibicarakan dimahkamah. Tengok cara TS TAR jawab di TV tadi, alasan yang diberi langsung tak masuk akal, begitu juga dalam kes Dato Azalina yang juga masih boleh bertanding sebagai MT umno.

Kesimpulannya : Negara berada dalam situasi yang amat kritikal bila pemerintah ditunjangi dengan pemimpin-pemimpin yang terlibat dengan pelbagai kes rasuah. Rakyat pula harus bersatu untuk menolak kerajaan yang terus mengamalkan rasuah ini.

Khairy oh khairy

Istimewa benar kamu disisi umno. Entah banyak manalah jumlah kesalahan yang dah kamu lakukan, kami yakin terlalu banyak jumlahnya, mungkin tidak boleh dihitung. Macam-macam cerita tentang kamu dah kami dengar ... akhirnya .... Kamu didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno ..... tapi kamu dibenarkan untuk bertanding Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan akan datang ...... Tengku Rithauddin ni pelik kan .... ah Lantaklah

Fikir punya fikir, apa nak hairan inilah BUDAYA UMNO, yang tak kuat kena cantas awal-awal macam Ali Rustam .... kesian orang Melaka dapat Ketua Menteri Melaka "Kaki Rasuah", kekal pulak dia sebagai Ketua Menteri ..... pelik .... pelik

Ali Rustam dilarang tanding No 2 Umno

Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam dilarang bertanding jawatan timbalan presiden Umno dalam pemilihan parti itu hujung bulan ini. Manakala calon Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin pula diberi amaran.
Adakah mereka ini cuma kambing hitam untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka ini serius dalam memerangi rasuah?

Sunday, March 15, 2009

Pakatan Rakyat akan mencipta hatrik

Umno tidak akan mampu menahan kemenangan hatrik yang akan dicapai oleh Pakatan Rakyat selepas tumbang tersungkur di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Pertandingan serentak pada 7hb April nanti di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai akan menyaksikan Umno akan melakukan apa saja bagi memastikan Pakatan Rakyat tidak melakukan hatrik dengan memenangi ketiga-tiga PRK ini.

Mereka akan cuba bangkit konon nya selepas pemilihan umno nanti, tapi mereka lupa bahawa dikalangan mereka dan rakyat serta pengundi telah bertambah meluat dengan tindak-tanduk pemimpin mereka kebelakangan ini yang sudah lupa diri untuk terus bertanding dalam pemilihan umno nanti walau pun diri telah terpalit dengan najis rasuah. Norza menjadi contoh paling nyata dalam kes ini.

Rakyat diingatkan supaya menolak semua calun umno/BN yang bertanding diketiga-tiga PRK ini nanti. Keangkuhan mereka merampas Perak harus dijadikan aspirasi untuk kita terus menolak mereka.... RAKYAT HAKIM NEGARA.

Friday, March 13, 2009

Padanlah air di Selangor mahal

Dewan Rakyat kelmarin menjadi sedikit 'riuh' apabila diberitahu bahawa gaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun.

Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.

"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta.

"Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu," kata Anwar.

Sementara itu turut menarik perhatian ahli-ahli dewan ialah Zulkifli Noordin (KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

"Saya buat 'simple calculation' ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51...

Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.

"Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan," katanya yang menyebabkan ramai ahli parlimen ketawa dan cuba mencelah.

Thursday, March 12, 2009

PENTINGNYA TAZKIYATUN NAFS

Tazkiyah, secara bahasa (harfiah) berarti Tathahhur, maksudnya bersuci. Seperti yang terkandung dalam kata zakat, yang memiliki makna mengeluarkan sedekah berupa harta yang berarti tazkiyah (penyucian). Karena dengan mengeluarkan zakat, seseorang berarti telah menyucikan hartanya dari hak Allah yang wajib ia tunaikan.Salah satu tujuan utama diutusnya Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wa salam adalah untuk membimbing umat manusia dalam rangka membentuk jiwa yang suci.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul dari golongan mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya dalam kesesatan yang nyata". (Al-Jumu'ah: 2).

Dengan demikian, seseorang yang mengharapkan keridhaan Allah dan kebahagiaan abadi di hari akhir hendaknya benar-benar memberi perhatian khusus pada tazkiyatun nafs (penyucian jiwa). Ia harus berupaya agar jiwanya senantiasa berada dalam kondisi suci. Kedatangan Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam ke dunia ini tak lain adalah untuk menyucikan jiwa manusia. Ini sangat terlihat jelas pada jiwa para sahabat antara sebelum memeluk Islam dan sesudahnya. Sebelum mengenal Al-Islam jiwa mereka dalam keadaan kotor oleh debu-debu syirik, ashabiyah (fanatisme suku), dendam, iri, dengki dan sebagainya. Namun begitu telah disibghah (diwarnai) oleh syariat Islam yang dibawa Rasulullah SAW, mereka menjadi bersih, bertauhid, ikhlas, sabar, ridha, zuhud dan sebagainya.

Keberuntungan dan kesuksesan seseorang, sangat ditentukan oleh seberapa jauh ia men-tazkiyah dirinya. Barangsiapa tekun membersihkan jiwanya maka sukseslah hidupnya. Sebaliknya yang mengotori jiwanya akan senantiasa merugi, gagal dalam hidup. Hal itu diperkuat oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan sumpahNya sebanyak sebelas kali berturut-turut, padahal dalam Al-Qur'an tidak dijumpai keterangan yang memuat sumpah Allah sebanyak itu secara berurutan. Marilah kita perhatikan firman Allah sebagai berikut:
"Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan demi bulan apabila mengiringinya, dan malam bila menutupinya, dan langit serta pembinaannya, dan bumi serta penghamparannya, dan jiwa serta penciptaannya (yang sempurna), maka Allah mengilhamkan pada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya, sungguh beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya, dan sungguh merugilah orang yang mengotori jiwanya".(Asy-Syams: 1-10).

Dalam ayat yang lain juga disebutkan bahwa nantinya harta dan anak-anak tidak bermanfaat di akhirat. Tetapi yang bisa memberi manfaat adalah orang yang menghadap Allah dengan Qalbun Salim , yaitu hati yang bersih dan suci.

Firman Allah: "yaitu di hari harta dan anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih". (Asy-Syu'araa':88-89). Hakekat Tazkiyatun Nafs .Secara umum aktivitas tazkiyatun nafs mengarah pada dua kecenderungan, yaitu Membersihkan jiwa dari sifat-sifat tercela, membuang seluruh penyakit hati. Menghiasi jiwa dengan sifat-sifat terpuji.

Kedua hal itu harus berjalan seiring, tidak boleh hanya dikerjakan satu bagian kemudian meninggalkan bagian yang lain. Jiwa yang cuma dibersihkan dari sifat tercela saja, tanpa dibarengi dengan menghiasi dengan sifat-sifat kebaikan menjadi kurang lengkap dan tidak sempurna. Sebaliknya, sekedar menghiasi jiwa dengan sifat terpuji tanpa menumpas penyakit-penyakit hati, juga akan sangat ironis. Tidak wajar. Ibaratnya seperti sepasang pengantin, sebelum berhias dengan beragam hiasan, mereka harus mandi terlebih dahulu agar badannya bersih. Sangat buruk andaikata belum mandi (membersihkan kotoran-kotoran di badan) lantas begitu saja dirias. Hasilnya tentu sebuah pemandangan yang mungkin saja indah tetapi bila orang mendekat akan tercium bau tak sedap.

Wasilah (sarana) untuk men-tazkiyah jiwa tidak boleh keluar dari patokan-patokan syar'i yang telah ditetapkan Allah dan rasulNya. Seluruh wasilah tazkiyatun nafs adalah beragam ibadah dan amal-amal shalih yang telah disyariatkan di dalam Al-Qur'an dan Sunnah. Kita dilarang membuat wasilah-wasilah baru dalam menyucikan jiwa ini yang me-nyimpang dari arahan kedua sumber hukum Islam tersebut. Misalnya seperti yang dilakukan oleh beberapa penganut kejawen, dimana dalam membersihkan jiwa (tazkiyatun nafs) mereka mela-kukan puasa pati geni (puasa terus menerus sehari semalam/wishal) sambil membaca sejumlah mantra. Ada lagi yang mensyariatkan mandi di tengah malam atau berendam di sungai selama beberapa waktu yang ditentukan. Cara-cara bid'ah semacam ini jelas tidak bisa dibenarkan dalam Islam.
Sesungguhnya rangkaian ibadah yang diajarkan Allah dan RasulNya telah memuat asas-asas tazkiyatun nafs dengan sendirinya. Bahkan bisa dikatakan bahwa inti dari ibadah-ibadah seperti shalat, shaum, zakat, haji dan lain-lain itu tidak lain adalah aspek-aspek tazkiyah.

Shalat misalnya, bila dikerjakan secara khusyu', ikhlas dan sesuai dengan syariat, niscaya akan menjadi pembersih jiwa, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam berikut:
Abu Hurairah radhiyallaahu anhu berkata: Saya telah mendengar Rasulullah n bersabda: "Bagaimanakah pendapat kamu kalau di muka pintu (rumah) salah satu dari kamu ada sebuah sungai, dan ia mandi daripadanya tiap hari lima kali, apakah masih ada tertinggal kotorannya? Jawab sahabat: Tidak. Sabda Nabi: "Maka demikianlah perumpamaan shalat lima waktu, Allah menghapus dengannya dosa-dosa". (HR Al-Bukhari dan Muslim).

Dari hadits di atas nampak sekali bahwa misi utama penegakan shalat adalah menyangkut tazkiyatun nafs. Artinya, dengan shalat secara benar (sesuai sunnah), ikhlas dan khusyu', jiwa akan menjadi bersih, yang digambarkan Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam seperti mandi di sungai lima kali. Sebuah perumpamaan atas terhapusnya kotoran-kotoran dosa dari jiwa. Secara demikian, bisa kita bayangkan kalau ibadah shalat ini ditambah dengan shalat-shalat sunnah. Tentu nilai kebersihan jiwa yang diraih lebih banyak lagi.

Demikian pula masalah shaum (puasa). Hakekat puasa yang paling dalam berada pada aspek tazkiyah. Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam: "Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak butuh terhadap puasanya dari makan dan minum". (HR Al-Bukhari, Ahmad dan lainnya).

Dalam hadits yang lain disebutkan: "Adakalanya orang berpuasa, bagian dari puasanya (hanya) lapar dan dahaga". (HR Ahmad). Ini menunjukkan betapa soal-soal tazkiyatun nafs benar-benar mewarnai dalam ibadah puasa, sehingga tanpa membuat-buat syariat baru sesungguhnya apa yang datang dari syariat Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bila diresapi secara mendalam benar-benar telah mencukupi.

Hal yang sama dijumpai pada ibadah qurban. Esensi utama qurban adalah ketaqwaan kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala yang berarti soal pembersihan jiwa dan bukan terbatas pada daging dan darah qurban. Dan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala: "Daging-daging dan darahnya itu, sekali-kali tidak dapat mencapai derajat (keridhaan) Allah, tetapi keaqwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya".(Al-Hajj: 37).

Kalau diteliti lagi masih banyak sekali ibadah dalam syariat Islam yang muara akhirnya adalah pembersihan jiwa. Dengan mengikuti apa yang diajarkan syariat, niscaya seorang muslim telah mendapatkan tazkiyatun nafs. Contohnya adalah para sahabat Rasulullah n. Mereka adalah generasi yang paling dekat dengan zaman kenabian dan masih bersih pemahaman agamanya, karenanya mereka memiliki jiwa-jiwa yang suci lantaran ber-ittiba' pada sunnah Rasul dan tanpa menciptakan cara-cara bid'ah dalam tazkiyatun nafs. Mereka mendapatkan kesucian jiwa tanpa harus menjadi seorang sufi yang hidup dengan syariat yang aneh-aneh dan njlimet (rumit).

Bagi seorang muslim, ia harus berupaya menggapai masalah tazkiyatun nafs dari serangkaian ibadah yang dikerjakannya. Artinya, ibadah yang dilakukan jangan hanya menjadi gerak-gerak fisik yang kosong dari ruh keimanan dan taqarrub kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Sebaliknya, ibadah apapun yang kita kerjakan hendaknya juga bernuansa pembersihan jiwa. Dengan cara seperti inilah, insya Allah kita bisa mencapai keberuntungan.

Selamat berusrah utukh semua AJK PAS Kawasan Kota Raja pada malam ini.

Tuesday, March 10, 2009

Rasuah memusnahkan hidup

RASUAH memusnahkan hidup! Dalam sekelip mata seorang yang dihormati boleh menjadi hina, bahkan maruah bangsa dan negara akan tercalar.

Boleh dikatakan setiap hari akhbar melaporkan mengenai perbuatan rasuah yang dilakukan pihak tertentu termasuk pemimpin politik. Walaupun masyarakat memahami sebagai amalan biasa, sedar atau tidak rasuah adalah satu bentuk jenayah dan mereka yang terbabit berdepan tindakan serta hukuman.

Sudah ramai menerima akibat daripada amalan rasuah, sehingga ada kehilangan jawatan dan harta, malah terpaksa menghabiskan sisa hidup di penjara. Mereka yang terbabit dengan rasuah juga akan dikenakan hukuman di akhirat kelak, sebagaimana ditegaskan Nabi s.a.w dalam satu hadis diriwayatkan at-Tirmizi bermaksud: "Penerima dan pemberi rasuah akan ditempatkan di dalam api neraka."

Rasuah selalu disebut dalam masyarakat majmuk di negara ini. Tetapi apakah sebenarnya rasuah dan sejauh mana ia difahami? Menurut sarjana, ia berasal daripada perkataan Arab (iaitu rishwah, rashwah) bermaksud 'sesuatu penyambung yang dapat menghantarkan tujuan dengan harta sogokan.' Asal perkataan itu daripada 'rasha' yang bermakna 'tali timba yang dipergunakan untuk mengambil air di perigi.'

Kamus Dewan mendefinisikan rasuah sebagai 'pemberian untuk menumbuk rusuk (menyogok, menyuap), (wang) tumbuk rusuk (sogok, suap).' Berasaskan pengertian itu, rasuah boleh diertikan juga dengan istilah makan suap dan memberi/menerima sogokan. Satu lagi perkataan yang selalu digunakan ialah korup/korupsi daripada perkataan Inggeris 'corrupt/corruption'.

Menurut suruhanjaya SPRM, kesalahan rasuah membabitkan perbuatan meminta atau menerima rasuah, menawar atau memberi rasuah, membuat tuntutan palsu dan menyalahgunakan jawatan atau kedudukan.

Dalam Islam, amalan rasuah dan segala bentuk salah laku yang bersekutu dengannya seperti penipuan, penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan dan pemalsuan dilarang sama sekali.

Ayat 188 daripada surah al-Baqarah bermaksud: "Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)."

Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadis bermaksud: "Allah s.w.t melaknat orang yang memberi rasuah dan menerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya." (Riwayat Ahmad)

Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International 2008, membabitkan kajian di 180 negara menunjukkan Denmark, Sweden dan New Zealand berkongsi pada tangga teratas dengan skor 9.3.

Somalia ditangga tercorot (1.0), sementara Malaysia berkongsi dengan Jordan, Hungary, Costa Rica dan Cape Verde di tangga ke-47 dengan skor 5.1. Skor 10 menunjukkan sangat bersih manakala skor kosong amalan rasuah yang teruk.

Walaupun tidak diketahui sejauh mana penilaian yang dilakukan pertubuhan terbabit, ia sedikit sebanyak memberikan suatu tamparan kepada dunia Islam kerana gagal mendapat kedudukan sebagai negara yang paling bersih.

Rasuah boleh berlaku dalam pelbagai bidang dengan tidak mengira tempat dan keadaan. Secara umum ia membabitkan empat disiplin iaitu politik, ekonomi, sosial dan persekitaran. Bagaimanapun, menurut pertubuhan integriti antarabangsa, Global Integrity, tanpa mengira tahap pendapatan, ancaman korupsi pertama mendepani majoriti negara ialah aliran wang tanpa aturan dalam proses politik. Keputusan itu adalah hasil daripada kajian pihak terbabit di 57 negara di dunia, yang dikeluarkan dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Ketelusan membabitkan kewangan sangat teruk di kalangan mereka yang terbabit dalam politik."Sekiranya kita serius untuk memulihkan kembali penyalahgunaan kuasa dan korupsi di dunia maju dan membangun, kawalan keselamatan lebih berkesan untuk mengawal pengaruh kewangan dalam politik perlu dilakukan bersungguh-sungguh,".

Pas setuju bantu kerajaan atasi kemelut ekonomi negara

Ketua Dewan Pemuda Pas, Salehuddin Ayub, berkata Pas juga bersedia bersama kerajaan untuk berbincang menangani masalah ekonomi negara dengan mengetepikan kepentingan dan ideologi politik.

"Saya mewakili Pas bersedia pada bila-bila masa saja di atas jemputan kerajaan yang mahu pihak pembangkang mengetepikan kemelut politik dengan bersama-sama menyumbang idea bagi memulihkan ekonomi negara.

"Kita bersetuju bersemuka dan berbincang jika kerajaan meletakkan semua perkara dalam prinsip ketelusan supaya pakej rangsangan bernilai RM60 bilion ini berjaya," katanya ditemui di lobi Parlimen petang tadi.

Beliau berkata, Pas yakin pakej rangsangan ekonomi kedua berjumlah RM60 bilion mampu menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke negara ini, sekali gus merancakkan ekonomi negara.

Mahathir berkata tentang rasuah dalam umno


http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/03/rasuah-umno-2.html

Tulisan Tun ni memang betul dan bernas, susah nak nafikan terutama orang Umno sendiri yang bergelumang dengan rasuah sepanjang masa. Semasa menjadi Presiden Umno semuanya Tun lakukan termasuk menangis didalam perhimpunan agung umno minta semua pemimpin dan ahli umno jangan ada politik wang dan rasuah. tapi semuanya tak berjaya sehingga kini tidak selesai.

Rasuah bagi umno sudah jadi budaya, macam orang melayu bila kahwin mesti nak naik pelamin meski pun budaya itu ditegah oleh Islam, mereka tetap melakukannya. Baguslah kalau umno teruskan budaya ini supaya rakyat terus membenci dan tidak menyokong parti ini ... tapi ... jangan gunakan wang rakyat untuk merasuah ... guna duit dari gaji sendiri.

Monday, March 9, 2009

'Aku amat rindu kepada umatku'


Bersabda Rasulullah SAW 'Aku amat rindu kepada umatku' .... sahabat baginda bertanya ... kami kah yang kamu maksud ya Rasulullah? Baginda menjawab 'Tidak' lalu berkata 'aku rindukan umatku yang tidak pernah melihatku tetapi mereka tetap beramal dengan ajaran dan sunnah ku' ... mudah-mudahan kita lah yang menjadi umat yang di ridui oleh baginda.

Salam Maulidur Rasul dari saya untuk semua umat Islam yang menyambutnya pada hari ini.

BERARAK DAN BERSELAWAT : Pagi ini saya bersama suami merasmikan Perarakan Maulidur Rasul Taman Setia, Klang anjuran Surau Al Ikhwan dan Persatuan Penduduk Taman Setia. Majlis yang gilang gemilang ini turut dihadiri oleh YDP Kota Raja Sdr Norhalim Sirome. Dianggarkan 1000 orang penduduk menyertai majlis ini.

Sunday, March 8, 2009

08.03.08 : Setahun telah berlalu

Datuk David Arumugam ... Alleycats

'Setahun sudah berlalu' nyanyian David Arumugam dari kumpulan alleycats memang sedap benar didengar tambah kalau dihalusi bait-bait seni katanya. Hari ini genaplah setahun berlakukanya tsunami politik Malaysia pada 08.03.08 yang lalu.

Malam yang amat panjang

Malam itu 08.03.08 merupakan malam yang amat panjang. Mungkina agaknya hampir 10 hingga 15 juta rakyat tidak tidur sepanjang malam tersebut. Tanpa disangka tapi saya tetap yakin bahawa dengan pertolongan Allah, tanpa isyarat jelas sebelumnya yang dapat dikesan oleh manusia ciptaan Allah. kuasa rakyat telah dengan tiba-tiba merobek tampuk pemerintahan BN dengan 5 negeri jatuh ketangan Pakatan rakyat.

Kuasa Rakyat

BN terlalu takbur dan tidak pernah peduli serta insaf dengan undi dari kuasa rakyat. Mereka masih berlagak sombong seolah-olah 'dunia ini ana yang punya'. Mereka tidak menghormati demokrasi dengan 'menghalalkan' rampasan kuasa di Perak sebelum genap 08.03.09 iaitu genap setahun pemerintahan PR disana. Seluruh rakyat termasuk dunia memerhatikan tingkah laku tidak bermoral ini yang dipertontonkan saban hari tanpa henti.

Memanipulasi berita

Media arus Perdana terutama Utusan Malaysia, TV3 dan rakan-rakan yang seangkatan dengannya pula dengan rakusnya memanipulasi setiap berita kononnya pemimpin dan penyokong PR derhaka kepada Raja, mereka pula ditunjukkan sebagai golongan yang tidak menderhaka. Mereka menyembunyi kebenaran .... tapi 'taik' sebaik mana pun mereka bungkus baunya tetap ada. Sejarah telah membuktikan bahawa Umno lah yang telah menubuhkan mahkamah khas untuk menarik imuniti Raja-Raja Melayu. Siapa pun tidak mampu menafikan kebenaran dari peristiwa yang berlaku ini. Hakikatnya walau pun pada awalnya Shaberry Chik seolah-olah menunjukkan bahawa beliau akan membawa reformasi dalam kementeriannya tetapi akhirnya beliau gagal menukar polisi sedia ada di Kementerian Penerangan sebaliknya terikut-rikut dengan Zam yang tak senonoh tu sehingga menyebabkan BN jatuh tersungkur setahun yang lalu.

BN Pembangkang yang tiada wibawa

Selangor, Pulau Pinang, Kedah kecuali Kelantan yang BN tiada masa depan langsung disana, Alhamdulillah ketiga-tiga kerajaan PR ini masih kekal bertahan walau pun terus menerus tanpa henti dikritik hebat oleh pemimpin BN yang telah 'bertukar watak' menjadi pembangkang yang tidak tahu menunaikan tanggung jawab sebagai pembangkang yang berwibawa yang boleh dibanggakan sebagaimana yang ditunjukkan oleh PR di peringkat Federal pada ketika ini.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Sokongan Pakatan Rakyat semasa meluluskan sebulat suara penubuhan SPRM di Parlimen tempoh hari telah diambil kesempatan oleh BN untuk memerangkap PR. Hari ini SPRM boleh bertidak dalam tempoh 24 jam jika aduan dibuat oleh BN dan koncu-koncunya terhadap pemimpin Pakatan rakyat tetapi mereka akan 'membakul sampahkan' aduan yang dibuat oleh PR terhadap umno dan pimpinanan yang terlibat pelbagai kesalahan rasuah. Umno kebal dan tindakan tidak boleh diambil terhadap mereka. Untuk menunjukkan mereka juga tidak kebal kononnya 'adalah ikan bilis yang dikambing hitamkan'

BN/PR pada tahun-tahun mendatang

Setahun telah berlalu, apakah BN punya harapan untuk merampas kembali negeri-negeri yang telah dirampas oleh PR pada 08.03.08 yang lalu. Kelantan tiada harapan langsung, Perak akan jatuh semula kepada PR, 3 negeri yang lain akan mengukuhkan kedudukan. Habis BN tinggal apa? BN tiada formula yang berkesan untuk membolehkan mereka memenangi hati pengundi-pengundi yang telah beralih arah pada 08.03.08 yang lalu sebalik lebih ramai rakan dan taulan akan bersama-sama dengan PR pada masa akan datang. Buktinya mereka terkena pukulan TKO di Permatang Pauh dan jatuh tersungkur di KT walau pun jutaan ringgit digunakan untuk memenangi hati rakyat. Perlakuan BN kebelakangan ini menambah benci rakyat kepada mereka. Rakyat makin selesa di Selangor yang kerajaan membudaya kebajikan, rakyat pelbagai kemudahan yang dulu tidak pernah dimimpikan untuk diperolehi semasa rejim BN kini rakyat semakin gembira. orang Melayu Islam di Pulau Pinang pula terus selesa dengan pelbagai kemudahan yang diberikan oleh Lim Guan Eng disana.

2012 atau mungkin lebih awal

BN bukan saja tidak mampu merampas semula kerajaan PR di 4 negeri tetapi mereka juga akan kehilangan beberapa negeri lagi. Jika Pakatan Rakyat terus membuktikan kemampuan nya pada ketika ini. Insa Allah BN akan bertukar watak menjadi Pembangkang di Parlimen pada ketika itu.

Saturday, March 7, 2009

Perhimpunan 100,000 Rakyat capai sasaran

Pihak berkuasa keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan yang menyertai perarakan menuju Istana Negara petang tadi.

Penyokong-penyokong Perhimpunan 100,000 Rakyat yang diadakan di ibu negara bagi membantah dasar bahasa Inggeris untuk mengajar subjek Sains dan Matematik di ibu negara hari ini.
SEBAHAGIAN daripada mereka yang menyertai Perhimpunan 100,000 Rakyat hari ini.

Perhimpunan 100,000 Rakyat petang ini - dianjurkan bagi membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), berjaya dianjurkan dengan aman walau pun pihak polis bertindak ganas terhadap rakyat yang menyertai perhimpunan tersebut dan akhirnya berjaya menuju ke Istana Negara.

Polis bertindak tanpa rasa belas kesian dengan membedil rakyat yang hadir dan tidak cukup dengan itu menyembur mereka dengan air dan 124 orang ditahan berhubung perarakan tadi. Pihak polis telah memulakan sekatan di 16 lokasi di sekitar ibu negara sejak awal pagi tadi..

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP). Kira-kira 20 minit kemudian mereka melepasi Jalan Kg. Atap menuju ke Jalan Istana.Bagaimanapun mereka ditahan di laluan pertemuan Jalan Kg. Atap-Jalan Syed Putra daripada memasuki kawasan Jalan Istana.Sebaik sahaja mereka tiba di kawasan pertemuan Jalan Syed Putra-Jalan Kg. Atap, anggota pasukan keselamatan melepaskan tembakan gas pemedih mata.

Mereka bertindak merempuh pintu besar Masjid Negara, Kuala Lumpur selepas tidak berpuas hati dengan keputusan polis yang sebelum ini hanya membenarkan tujuh wakil GMP ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Pun begitu, kira-kira pukul 2.30 petang tadi, hanya Pengerusi Jawatankuasa Induk GMP, Datuk Dr. Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang berada di pintu masuk utama ke kawasan Istana Negara.Difahamkan beliau memasuki kawasan Istana Negara pukul 2.35 petang dan keluar 15 minit kemudian.

Memorandum pihaknya diserahkan kepada Penolong Datuk Paduka Maharajalela Azuan Effendy Zairakithanini.Sepatutnya tujuh orang dimaklumkan telah mendapat kebenaran untuk memasuki Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.Terdahulu mereka berhimpun di kawasan Masjid Negara walaupun berhadapan dengan hujan renyai-renyai.

Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditempatkan di kawasan Masjid Negara juga tidak mampu untuk menahan kumpulan berkenaan daripada 'melepasi' garisan kawalan keselamatan.Helikopter PDRM juga berlegar memantau pergerakan penyokong perhimpunan itu.

Ditanya apakah kandungan memorandum yang akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Ahmad berkata, terdapat dua perkara yang dikemukakan, pertama meminta PPSMI kembali diajar dalam bahasa ibunda masing-masing dan kedua meminta pihak kerajaan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan.

Sebanyak 135 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan turut serta dalam perhimpunan itu termasuklah Yayasan Tamil Kebangsaan dan Gabungan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zhong).

Friday, March 6, 2009

Sambutan 1 tahun kerajaan PR Selangor

Sambutan satu tahun kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor dijamin bersih dan tidak dikontroversikan dengan isu-isu berkaitan salah guna kuasa dan penyelewengan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali (gambar) berkata, perkembangan semasa perancangan sambutan tersebut berjalan lancar berdasarkan komitmen setiap ahli jawatankuasa kecil majlis sambutan tersebut.“Insya-Allah, sambutan kali ini lancar dan bersih tanpa sebarang kontroversi yang boleh menjejaskan imej kerajaan negeri seperti yang berlaku pada sambutan 100 hari sebelum ini.

“Kali ini tidak berlaku sub jawatankuasa kecil kerana segala perkembangan dan perancangan sambutan akan dilaporkan terus kepada saya oleh ahli jawatankuasa kecil terdiri dari wakil pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat daerah dan kakitangan ibu pejabat kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat sambutan tersebut di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS), semalam.

Sambutan tersebut yang dijadualkan berlangsung selama dua minggu itu dilancarkan secara rasmi pada 8 Mac ini oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Kompleks Belia dan Kebudayaan. Seksyen 7 di sini. Sambutan juga dimeriahkan dengan konvoi pemimpin kerajaan negeri yang akan singgah ke setiap daerah untuk menjayakan program Mini Karnival Rakyat bermula 14 Mac sebelum berakhir dengan acara kemuncak di Stadium Malawati, 21 Mac ini.

Menurut Dr Hasan, pelbagai pendekatan telah diambil bagi memastikan tidak berlaku sebarang kelemahan dalam penganjuran selain memastikan sambutan mengikut perancangan asal. “Kita akan cuba elakkan sebarang kepincangan dan sekiranya ada, awal-awal lagi kita selesaikan dan bersihkan, semua perkembangan akan dimaklumkan terus kepada saya,” katanya.

Pemimpin Agung Iran tidak percaya Presiden AS

Pemimpin Agung Iran kelmarin mengkritik sokongan tanpa syarat yang diberikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kepada rejim Israel. Ayatollah Ali Khamenei menyelar pentadbiran baru AS dengan mendakwa kuasa besar itu mengulangi kesilapan sama yang pernah dilakukan di dalam dasar luar pentadbiran bekas Presiden George W Bush.

Beliau berkata, AS kini menghadapi kesukaran dalam memulihkan hubungannya dengan Iran disebabkan ketidaksefahaman kedua-dua negara mengenai pelbagai isu seperti Israel dan program nuklear Teheran.

Obama berucap mengenai agenda perubahan sepanjang kempennya yang lalu, namun beliau berterusan menyokong kemusnahan yang dilakukan Israel ke atas Genting Gaza pada awal tahun lalu, kata Ali. Pada masa itu, Obama yang belum menyandang jawatan presiden AS secara rasmi kelihatan berdalih dalam memberi pandangan peribadinya berhubung serangan Israel ke atas Gaza.

Namun, sepanjang kempennya, beliau cenderung menyokong hak Israel mempertahankan diri daripada serangan Hamas. “Presiden baru AS yang memasuki Rumah Putih dengan janji membawa perubahan dalam dasar pentadbiran Bush, bercakap mengenai sokongan tanpa syaratnya dalam mempertahankan keselamatan Israel. “Ini bermakna mereka melakukan kesilapan sama seperti yang dilakukan pentadbiran Bush,” kata Ali, kelmarin dalam persidangan menyokong rakyat Palestin di ibu kota, Teheran.

Wednesday, March 4, 2009

Kalau tidak naik tol, syarikat konsesi masih untung

Dikirim pada oleh editor : 26 Feb. 2009 - Perbahasan Usul-Usul (Membahaskan Titah Diraja)

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Yang Berhormat, saya cuma hendak bertanya sedikit tadi. Kita tahu EPF, Tabung Haji ada kepentingan di dalam syarikat-syarikat konsesi ini. Akan tetapi kita juga tahu kalau mereka tidak menaikkan tol ini, syarikat-syarikat ini masih lagi membuat keuntungan. Ia tidak merugikan syarikat-syarikat atau institusi EPF itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat PJ Selatan, Yang Berhormat PJ Selatan, ada tiga minit lagi. Injury time tidak ada. Saya cuma ingin ingatkan.

Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Saya memang setuju dengan pandangan Yang Berhormat Kota Raja. Memang kita tahu…
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: [Bangun]
Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Boleh sedikit lagi? Boleh sedikit lagi?
Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Saya bagi Gombak.
Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Tidak boleh? Tidak apalah.
Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih PJS dan Tuan Speaker. Saya lihat ada dua watak di sini, satu Batu Pahat, satu lagi Ledang. Dua-dua daripada Johor, Tuan Yang di-Pertua tetapi seorang sokong, seorang tidak sokong. Apa masalah UMNO sebenarnya sekarang ini? Itu yang pertama.

Yang keduanya, saya memang setuju 100% dengan Batu Pahat. Jarang saya bersetuju dengan dia, Tuan Yang di-Pertua, tetapi hari ini 100%, tetapi yang peliknya Ledang hendak membangkitkan soal wang EPF, caruman yang dibuat oleh pencarum EPF berbilion ringgit tetapi wang ini digunakan untuk program-program bailout syarikat UMNO dan Barisan Nasional.

Bila sudah habis duit itu, dia hendak kutip lagi tol cukai. Ini tol-tol yang dimulakan kenaikannya pada 1 Mac ini. Ini sebabnya, Tuan Speaker, saya mencadangkan supaya Batu Pahat, ayuhlah bersama-sama dengan Pakatan Rakyat untuk menentang kezaliman UMNO dan Barisan Nasional.

Ir. Haji Hamim bin Samuri [Ledang]: Boleh jawab sekali gus? Boleh jawab? [Disampuk] Tidak, ini tadi bukan bailout. EPF ada kepentingan dalam konsesi lebuh raya. Itu maksud saya, tidak ada kena mengena dengan bailout.

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Betullah, tetapi bila tol ini dinaikkan, untung dia besar, syarikat ini dapat duit, bukan dia tolong rakyat. Dia pergi tolong syarikat-syarikat milik UMNO dan Barisan Nasional. Tidak boleh diteruskan cara dan dasar sebegini.

Tuan Yang di-Pertua: Cukup di situ, cukup di situ. Sila PJ Selatan teruskan.
Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Saya rasa banyak konsesi tol yang terlibat ini merupakan konco-konco UMNO, syarikat UMNO. So EPF dan juga saya rasa yang lain hanya sebahagian sahaja. Kita tengok pendapatan lebuh raya…
Dato’ Haji Tajuddin Abdul Rahman [Pasir Salak]: Budak-budak bercakap, sudahlah itu.


Tuan Hee Loy Sian [Petaling Jaya Selatan]: Saya mintalah Kerajaan Pusat atau Yang Berhormat Menteri Kerja Raya supaya menimbang semula kontrak yang kita sign sebelum ini dan kalau boleh tarik balik serta-merta kenaikan tol yang diumumkan pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Tuesday, March 3, 2009

Puncanya BN, Rakyat Malaysia dan dunia terus dihidangkan dengan kemelut yang tiada kesudahannya

DIKAWAL... Pasukan FRU dan polis mengawal pintu masuk ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pagi tadi.

MESYUARAT TERGEMPAR DITERUSKAN... Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan 28 Exco Pakatan tetap menghadiri sidang DUN tergempar.

KEMAS KINI...Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar yang lengkap berpakaian Yang Dipertua Dewan menyusun dokumen-dokumen sebelum memulakan 'sidang tergempar' di bawah pokok.

MESYUARAT DI BAWAH POKOK... Sidang DUN tergempar Perak yang diadakan di bawah pokok hari ini telah meluluskan tiga usul.

HALANG...Anggota Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa dari PAS cuba menghalang pergaduhan yang tercetus antara penyokong Pakatan dan BN.

GADUH... Seorang daripada ADUN daripada pembangkang dihalang memasuki Bangunan SUK.

Monday, March 2, 2009

Umno Penakut



Hari bertemu pelanggan di Pasar Tani Andalas

berita kiriman Cikgu Jaafar Samsuddin ~ Andalas

Program Hari Pelanggan bersama penduduk/pengunjung pasar tani di pekan andalas dan YB Dr Mariah. Sambil itu kita buka kaunter isi borang warga emas, takaful tawas, bantuan pendidikan dan seramai 134 orang yang hadir berbuat demikian.

Turut hadir Pgrh Fama Daerah Klang dan pengurus pasar Tani Daerah yang telah membawa lawatan ke gerai-gerai berjumpa peniaga bertanya masalah dan cadangan mereka. Diakhir program diadakan jamuan oleh Pasar Tani dan sumbangan hadiah buah tempatan kepada YB dan Sdr Hj Termizi Ismail selaku Ahli Majlis MPK. Program mula jam 9 oagi hingga 11.30 tgh.

Sunday, March 1, 2009

Istilah 'bumiputera' berbau perkauman

"Saya tidak suka dengan perkataan bumiputera"

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak bersetuju istilah "bumiputera" digunakan terutama bertujuan untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan.

Beliau berkata, istilah bumiputera itu juga berbau perkauaman dan menafikan hak kaum lain sedangkan mereka mempunyai hak yang sama rata dan mempunyai kad pengenalan yang sama.

"Bila pilihan raya kaum lain boleh mengundi dengan satu undi, begitu juga dengan kaum bumiputera dapat mengundi dengan satu undi," katanya mengulas kedudukan bumiputera di negara ini yang didakwa sama dengan golongan aparteid di Afrika.

Nik Aziz bagaimanapun berkata, sewajarnya pihak tertentu menyamakan bumiputera itu sama seperti aparteid. Beliau berkata, kerajaan perlu menubuhkan satu badan bagi mengendalikan golongan miskin di negara ini bukannya membantu satu kaum yang dikenali sebagai bumiputera.

"Saya tidak suka dengan perkataan bumiputera. Yang saya suka perkataan miskin, melibatkan semua kaum, begitu juga dalam Islam tidak sebut (Islam) hak Arab sahaja tetapi hak semua termasuk Arab Quraisy," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, penubuhan sebuah badan yang mengendalikan bantuan kepada golongan miskin dapat menentukan pihak yang bertanggungjawab mendapatkan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan. Beliau berkata, semua golongan yang terdiri dari kalangan miskin perlu dibantu sebagaimana kerajaan membantu golongan bumiputera sekarang.

"Apa kita hendak guna bumiputera sahaja sedangkan kaum Cina, kaum India pun miskin juga dan perlu dibantu," katanya. BERNAMA

Gambar Pelancaran Senamrobik di Taman Rakyat, Klang oleh YB Dr Siti Mariah Mahmud





Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts