Friday, March 6, 2009

Pemimpin Agung Iran tidak percaya Presiden AS

Pemimpin Agung Iran kelmarin mengkritik sokongan tanpa syarat yang diberikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama kepada rejim Israel. Ayatollah Ali Khamenei menyelar pentadbiran baru AS dengan mendakwa kuasa besar itu mengulangi kesilapan sama yang pernah dilakukan di dalam dasar luar pentadbiran bekas Presiden George W Bush.

Beliau berkata, AS kini menghadapi kesukaran dalam memulihkan hubungannya dengan Iran disebabkan ketidaksefahaman kedua-dua negara mengenai pelbagai isu seperti Israel dan program nuklear Teheran.

Obama berucap mengenai agenda perubahan sepanjang kempennya yang lalu, namun beliau berterusan menyokong kemusnahan yang dilakukan Israel ke atas Genting Gaza pada awal tahun lalu, kata Ali. Pada masa itu, Obama yang belum menyandang jawatan presiden AS secara rasmi kelihatan berdalih dalam memberi pandangan peribadinya berhubung serangan Israel ke atas Gaza.

Namun, sepanjang kempennya, beliau cenderung menyokong hak Israel mempertahankan diri daripada serangan Hamas. “Presiden baru AS yang memasuki Rumah Putih dengan janji membawa perubahan dalam dasar pentadbiran Bush, bercakap mengenai sokongan tanpa syaratnya dalam mempertahankan keselamatan Israel. “Ini bermakna mereka melakukan kesilapan sama seperti yang dilakukan pentadbiran Bush,” kata Ali, kelmarin dalam persidangan menyokong rakyat Palestin di ibu kota, Teheran.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts