Thursday, April 30, 2009

Dalam Islam tiada 'ulama mi celup'

Tidak wujud istilah ‘Ulama Mi Celup’ dalam Islam sebaliknya itu adalah istilah ‘nakal’ yang tidak sepatutnya digunakan untuk menggelar individu-individu tertentu.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid (gambar) berkata, dalam Islam, perkataan ulama merujuk kepada individu yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, mengetahui hukum hakam agama, bahkan tidak ‘menjual’ agama demi kepentingan dan kemewahan dunia.

Menurutnya, seorang ulama juga akan bercakap mengenai agama dengan tegas, tidak kira di mana juga mereka berada tanpa berasa gentar atau peduli dengan ugutan yang diterima.

“Tidak ada istilah ‘ulama mi celup’ dalam Islam dan ini adalah satu istilah nakal kerana tidak sepatutnya perkataan ulama dikaitkan dengan sesuatu yang negatif terutamanya untuk melabelkan individu tertentu.

“Saya tidak bersetuju dengan penggunaan istilah ini bahkan secara peribadi, saya berpendapat tidak sepatutnya ulama dilabelkan dengan sesuatu yang negatif,” katanya ketika diminta mengulas mengenai penggunaan istilah ‘ulama mi celup’ bagi menggambarkan golongan ulama yang hanya menghafal istilah-istilah agama namun tidak mengamalkannya.

Kata beliau, Islam adalah agama menyeluruh, bukan sekadar ritual sebaliknya apa juga urusan yang dijalankan perlulah berlandaskan lunas-lunas agama.

Katanya, sebagai ulama, mereka juga perlu menjaga status diri dan ini termasuklah dari segi percakapan atau perbuatan. “Jolokan nama seperti menggunakan istilah ‘ulama mi celup’ ini juga dengan sendiri akan menjejaskan individu berkenaan. Sepatutnya mereka (ulama) menjaga tingkah laku masing-masing dan menyelesaikan masalah dengan cara yang baik.

“Saling tuduh menuduh antara satu pihak dengan pihak yang lain bukanlah cara yang diamalkan dalam Islam,” katanya yang menyifatkan isu berkenaan telah dipolitikkan untuk kepentingan individu.

Sementara itu, Exco Dewan Muslimat Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menafikan terdapat ‘ulama mi celup’ dalam parti itu. Menurut beliau, tindakan anak Mursyidul Am Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz membuat kenyataan mengenai wujudnya golongan ulama ‘mi celup’ yang hanya menghafal istilah-istilah agama namun tidak diamalkan, adalah satu tindakan yang tidak bijak.

“Beliau tidak seharusnya membuat kenyataan seperti itu dan tidak perlu menonjolkan masalah dalaman Pas. “Saya lihat isu ini semakin berlarutan dan kenyataan beliau menjadi senjata bagi UMNO untuk membuat serangan ke atas Pas,” katanya.

Beliau berkata, apabila Nik Abduh mengeluarkan kenyataan termasuklah menerusi blognya sebagai contoh, mengenai terdapat puak-puak dalam kepimpinan Pas, itu adalah persepsi beliau sendiri memandangkan Nik Abduh juga adalah ahli politik.

“Dakwaan Pas menggunakan pendekatan ‘menghalalkan cara’ dengan mengizinkan perkara yang sepatutnya tidak boleh dilakukan bagi mendapatkan sokongan, perlu dikemukakan bukti yang kukuh bagi menunjukkan parti ini menyalahi hukum Islam,” katanya.

Wednesday, April 29, 2009

Pengerusi SPR tak faham undang-undang

Seksyen 24 (2) (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mana 'pondok panas' dibenarkan dibina 50 meter dari tempat pengundian.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, alasan bahawa 'pondok panas' akan mencetuskan ketegangan, tidak dapat diterima. Ekoran itu, beliau bersama pemimpin parti pembangkang lain termasuk PKR dan DAP bercadang bersemuka dengan SPR pada Khamis ini bagi meminta penjelasan berhubung perkara itu.

''Kami turut membantah cadangan SPR untuk mengehadkan kehadiran penyokong parti politik semasa hari penamaan calon, hari mengundi dan semasa malam pengumuman keputusan pilihan raya,'' jelasnya. Beliau bercakap pada sidang akhbar khas bagi menyatakan reaksi parti pembangkang terhadap keputusan SPR mengenakan larangan mendirikan 'pondok panas.'

Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi PKR, R. Sivarasa, Bendahari DAP, Fong Kui Lun, Pengarah Pusat Penyelidikan Pas, Dr. Dzulkifly Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud.

Semalam, SPR mengingatkan parti-parti politik yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bulan depan agar tidak mendirikan 'pondok panas' pada hari pengundian. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, larangan itu meliputi semua jenis 'pondok panas' untuk tujuan meraih undi atau menyemak saluran mengundi di kawasan berkenaan. Tambahnya, SPR mahu larangan itu dimulakan di Penanti supaya pengundi dapat keluar dengan aman dari rumah dan juga sebagai budaya baru dalam pilihan raya selepas ini.

Sementara itu, Mustafa berkata, ketegangan tidak mungkin tercetus jika pihak polis lengkap beruniform mengawal di setiap pusat pengundian semasa hari mengundi. ''Tiada bukti kukuh menunjukkan bahawa 'pondok panas' merupakan penyebab punca ketegangan dan kerana setakat ini belum ada lagi laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pihak,'' katanya.

Sivarasa pula menegaskan, apa yang diarahkan oleh SPR sebenarnya bercanggah dengan pendirian mereka sendiri mengikut Seksyen 24 (2) (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mana 'pondok panas' dibenarkan dibina 50 meter dari tempat pengundian.

''Saya hairan SPR melanggar pendirian dan undang-undang mereka sendiri dan ia menutup ruang secara tidak langsung kepada parti politik yang bertanding membantu pengundi membuat semakan sebelum mengundi.

''Saya percaya larangan ini secara tidak langsung adalah cubaan untuk menyekat perayu undi daripada parti pembangkang yang kebiasaan jumlahnya ramai semasa hari pengundian,'' katanya.

Saturday, April 25, 2009

Mufti DS Harussani umpama 'habis madu sepah dibuang'

Zambry Abdul Kadir mungkin jahil dan tidak tahu bahawa keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert Sure Heboh, sebelum ditukar nama Jom Heboh oleh TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Lapuran yang menyatakan penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini oleh kerajaan negeri Perak merupakan tindakan biadap Zambery terhadap Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

Umpama 'habis madu sepah dibuang' - setelah selesai tugas Dato' Seri Mufti yang disayangi membela Umno dalam krisis rampasan kuasa di Perak tempuh hari, beliau kini diketepikan begitu sahaja. Pemimpin angkuh seperti Zambery akan terus membelakangi Dato' Mufti jika beliau berpendapat tindakannya itu boleh menguntungkan umno/BN.

Terbaru Dato' Seri Haji Harussani Zakaria ada meminta agar menteri kabinet merujuk kepada Mufti terlebih dahulu berhubung keputusan yang diambil berhubung dengan kes tukar agama anak. Kita sama-samalah lihat adakah Dato' Seri Harussani masih releven lagi kepada Umno atau beliau akan terus dipinggirkan.

Friday, April 24, 2009

5 Negeri PR dapat Pengerusi baru

UMNO hari ini mengumumkan pelantikan barisan kepimpinan tertinggi parti menjadi Pengerusi Badan Perhubungan di lima negeri.

Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor manakala timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan badan itu di Wilayah Persekutuan. Naib-naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Pulau Pinang) dan Datuk Seri Shafie Apdal (Kedah), sementara Datuk Mustapha(Kelantan).

Perlantikan ini menunjukkan kesungguhan Umno dibawah pimpinan DS Najib ingin merampas kembali kerajaan negeri yang jatuh kepada kerajaan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 12 yang lalu. Pelepasan jawatan DS Najib di Perak dan menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Selangor harus diambil perhatian yan sewajarnya oleh pimpinan PR dan juga rakyat Selangor. Moga Selangor tidak menjadi negeri berikut nya selepas Perak di rampas dan dirompak oleh Umno/BN.

Adalah diharapkan PM menunjukkan moral yang tinggi dalam soal ini supaya rakyat dari segenap lapisan masyarakat yang melangkaui pelbagai anutan parti dapat menerima beliau sebagai Ketua sebuah kerajaan yang berwibawa. Jika perlakuan yang sama seperti di Perak berlaku juga di selangor sudah pasti rakyat akan menolak terus kepimpinan beliau yang akhirnya menjadikan beliau Perdana Menteri terakhir Umno.

Thursday, April 23, 2009

Kenapa Che Det tak suka Nazri?


1. Siapa Mahathir yang kata Nazri tak layak jadi menteri?

2. Siapa Mahathir yang kata Umno mesti bertanding dalam PRK Penanti walhal PM ingin menarik diri kerana membazir?

3. Siapa Mahathir yang suka cakap berbelit-belit dan kadang-kadang berlagak melebihi PM yang membuatkan pemimpin dan ahli umno sendiri meluat dan pening kepala.

4. Siapa Mahathir?

Kenyataan Nazri kepada Che Det

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata beliau tidak mempedulikan komen Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak layak dilantik sebagai menteri dan menegaskan masih memegang jawatan itu sehingga kini.

Beliau berkata, pandangan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Presiden Umno itu tidak lagi relevan dan menganggap beliau sudah 'tua' dan tidak perlu diperbesarkan isu itu.

"Kamu rasa saya bimbang tentang itu atau terganggu? Tak berbaloi...Apa yang dia (Tun Mahathir) rasa tidak lagi relevan.

Tuesday, April 21, 2009

Teknikal problem : Mat Sabu bebas

Mahkamah memutuskan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Mat Sabu ditarik balik kerana kesilapan teknikal.

Monday, April 20, 2009

Waran tangkap terhadap Mat Sabu

NIBONG TEBAL — Mahkamah Majistert Jawi mengeluarkan waran tangkap terhadap Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu dan sembilan pengikutnya kerana gagal menghadiri perbicaraan hari ini berhubung tuduhan menghalang penjawat awam melaksanakan tugas tahun lalu.

Mahkamah itu telah menetapkan perbicaraan selama tiga hari mulai hari ini untuk kesemua tertuduh tetapi kelibat mereka dan juga peguam tidak kelihatan apabila kes itu dipanggil.

Berikutan itu, Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Anuar memohon supaya mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas Mohamad Sabu dan sembilan penyokongnya.

Majistret Norashikin Mokhtar, yang menggantikan Majistret Mohd Izham Ali yang sedang berkursus, kemudiannya mengeluarkan waran tangkap itu serta notis kepada kesemua penjamin mereka dan menetapkan 22 Jun ini untuk sebutan semula kes itu.

Jurucakap Mahkamah Jawi ketika dihubungi berkata, pihaknya telah dihubungi oleh seorang peguam kumpulan itu yang memaklumkan bahawa mereka akan hadir di mahkamah itu esok untuk membuat rayuan membatalkan waran berkenaan.

Sunday, April 19, 2009

Selamat Bermuktamar

Assalamualaikum wbth.

Pada pagi ini PAS Kawasan Kota Raja akan mengadakan mesyuarat Agungnya bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Bukit Naga. Sementara itu Dewan Pemuda PAS Kota Raja (DPPKR) dan Dewan Muslimat PAS Kota Raja (DMPKR) telah selamat mengadakan mesyuarat dewan masing-masing pada hari ahad yang lalu dan tahniat saya ucapkan kepada Saudara Zainal Said dari DPPKR dan Puan Rosnah Abd Wahab dari DMPKR yang telah dilih untuk memimpin dewan masing-masing pagi penggal kali ini.

Tanggung jawab sebagai pemimpin hendaklah dilaksana kan sebaik mungkin agar perjalanan gerakan Islam dapat berjalan lancar seiring dengan kemenangan kita dalam PRU yang ke 12 lalu.

Sementara itu saya ingin mengucapkan selamat datang dan selamat bermuktamar kepada semua perwakilan yang telah dipilih dari cawangan-cawangan seluruh Kota Raja untuk hadir dalam mesyuarat kali ini. Gunakan peluang mesyuarat tahunan ini dengan sebaik mungkin. Para perwakilan boleh menggunakan peluang ini untuk melontarkan idea-idea yang bernas dan manarik bagi memastikan kesinambungan kejayaan parti kita di Kota Raja.

SELAMAT BERMUKTAMAR ...... TAKBIR ...... ALLAHUAKBAR

Saturday, April 18, 2009

Tiada 'team A' @ 'team B'

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tidak wujud ‘team A’ atau ‘team B’ dalam parti tersebut, sebaliknya semuanya bersatu dalam usaha mengukuhkan lagi kedudukan parti pada masa kini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, apa yang penting sekarang ialah mengukuhkan parti dan mencari pemimpin yang benar-benar layak untuk menerajui parti.

“Dalam Pas tidak ada ‘team A’ dan ‘team B’ atau ‘team tok guru’ dan ‘team presiden’. Sebaliknya kedua-duanya adalah sama. ‘Team tok guru’ adalah ‘team presiden’ dan ‘team presiden’ adalah ‘team tok guru’,” katanya kepada Sinar Harian selepas melancarkan Tabung Penambah baikan Masjid Al-Mukhlisin di sini, semalam.

Beliau berkata, apa yang penting sekarang ahli perlu memilih pemimpin yang benar-benar layak untuk menerajui parti dan memimpin masyarakat.

“Saya nak bagi amanat beginilah, saya nak ulang balik amanat sebelum pergi umrah, pemimpin yang kita akan pilih untuk memimpin masyarakat dan kawasan mestilah orang yang selalu berjemaah, selalu datang berusrah dan bukan perokok dan tidak menghisap rokok.

“Saya tidak mahu peristiwa tahun 1970-an berulang lagi. Masyarakat menolak Pas sebab dianggap parti ini sama dengan UMNO. Sebab itulah kita nak pilih pemimpin yang betul-betul layak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan yang kononnya wujud pergolakan sehingga timbul team Tok Guru dan Team Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di dalam parti itu ekoran perebutan kuasa menjelang Muktamar Pas Jun ini.

“Kita tidak mahu peristiwa yang sama berulang. Jangan berlaku kali kedua,” katanya.

Friday, April 17, 2009

PAS & Umno tak mungkin bersatu

Saya ditanya oleh sekumpulan wartawan dan diminta mengulas cadangan dan permintaan oleh Majlis Muafakat Melayu (MMM) dan Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) yang mendesak agar Umno dan PAS bersatu demi untuk menjaga kepentingan orang Melayu. Jawapan saya ialah :-

1. Parti utama orang Melayu iaitu PAS dan Umno tidak mungkin bersatu seperti yang diharapkan oleh sesetengah pihak yang melihat kepentingan orang Melayu semakin terhakis dengan suasana politik semasa.

2. PAS secara 'consistance' dan berhemah menolak sebarang cadangan untuk bersatu dengan Umno kerana apa yang diperjuangkan oleh parti itu berbeza dengan DASAR perjuangan PAS.

3. Walau bagaimana pun PAS tidak menolak jika diajak berbincang dengan Umno dalam mencari jalan bersama untuk menyelesaikan masaalah rakyat.

4. Perkara penyatuan Umno dan PAS ini sengaja dibangkitakan dan diperbesarkan sekarang kerana Umno semakin terdesak dengan merasakan kedudukan mereka mulai tergugat dan menjadikan isu bangsa untuk menarik perhatian umum kerana Umno sudah ditolak dan tidak mendapat sokongan dari bangsa lain.

5. Umno hanya memperjuangkan bangsa Melayu yang berkepentingan sahaja (kroni) sedangkan bagi golongan bawahan dan pertengahan diabaikan begitu sahaja.

6. Memperjuangkan hak orang Melayu sahaja adalah merupakan perjuangan yang sempat dan terbatas sebalik nya perjuangan Islam lebih Releven.

7. Kalau hanya memperjuangkan Melayu belum tentu semua rakyat dinegeri ini diberi layanan sama rata, tapi kalau perjuangkan Islam semua akan terbela.

Thursday, April 16, 2009

Lapuran Palsu : Rais Yatim sila ambil tindakan

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini meminta penulis blog menghentikan penulisan mengenai perkara palsu dan menyentuh peribadi.

Beliau berkata mereka yang menulis laporan palsu akan dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.

"Menyatakan perkara palsu dan perkara menyentuh peribadi harus dihentikan oleh para penulis tersebut (penulis di internet dan blog).

Berdasarkan kenyataan ini apakah yang patut dilakukan oleh Rais Yatim terhadap pengendali laman web yang nyata palsu dan menyentuh peribadi.? Saya siarkan kembali posting terdahulu membabitkan isu ini.

Saturday, January 31, 2009

Dr. Halimah buat laporan Polis

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali membuat satu laporan polis terhadap sebuah laman web berhubung dakwaan kononnya beliau ditangkap khalwat 25 Januari lalu. Katanya, laporan berkenaan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang kelmarin kerana dakwaan yang dibuat laman web berkenaan ternyata satu fitnah dan merupakan tuduhan yang mengaibkan beliau.

“Itu (dakwaan) satu fitnah. Saya tidak ada berhampiran kawasan Pelabuhan Klang pada malam berkenaan apatah lagi di hotel seperti yang didakwa. “Pada malam berkenaan saya berada di Bukit Kuching, Kuala Selangor menghadiri program Forum Perdana dan pada sebelah siangnya saya menghadiri mesyuarat Yayasan Amal Pusat,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai dakwaan laman web berkenaan kononnya beliau ditangkap khalwat dalam satu operasi yang dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 25 Januari lalu di sebuah hotel sekitar Pelabuhan Klang. Menurutnya, beliau akan memfailkan saman terhadap pengendali laman web berkenaan dan penulisnya yang menggunakan nama ‘ Brigade Commander Selangor’ berhubung tuduhan berkenaan. Dr Halimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang berkata, saman berkenaan dibuat sebagai pengajaran kepada semua pihak supaya tidak mengeluarkan tuduhan yang mengaibkan seseorang terutamanya menjatuhkan maruah seseorang.

“Kini saya sedang menunggu Menteri Besar (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) memilih peguam terbaik untuk mengendalikan kes ini. “Kita akan saman RM30 juta hingga RM40 juta kepada mereka yang terlibat dalam fitnah berkenaan dan ia bertujuan sebagai pengajaran kerana melibatkan maruah saya,” katanya. Menurutnya, beliau mahu pihak pengendali laman web dan penulis berkenaan memohon maaf secara bersemuka namun sama ada saman akan difailkan bergantung pada budi bicara dan perbincangan beliau dengan peguamnya.

“Saya nak mereka, webmaster dan pembawa berita muncul mengaku di depan saya secara bertanggungjawab,” katanya. Menurutnya, tuduhan berkenaan sama sekali tidak berasas dan menjatuhkan maruah beliau yang merupakan Exco Kerajaan Negeri, ADUN dan seolah-olah mencabar beliau yang merupakan ahli Pas. Dakwanya, beliau tidak menolak kemungkinan tuduhan berkenaan bermotifkan politik yang dibuat UMNO kerana laman web berkenaan merupakan laman web menyokong parti berkenaan.

“Saya minta kepimpinan UMNO pusat mahupun negeri mengambil tindakan disiplin terhadap mereka yang terlibat menyebarkan fitnah ini. “Dakwaan penulis berkenaan kononnya berita saya ditangkap khalwat telah tersebar dalam kalangan penduduk di Pelabuhan Klang juga fitnah kerana saya sendiri bertanya kepada penduduk dan mereka ternyata tidak tahu menahu mengenai perkara ini,” katanya.

Friday, January 30, 2009

Dr Mariah desak Mykmu.net mohon maaf

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood mengutuk keras sikap dan perbuatan penulis Jamilisa yang menyebarkan fitnah dalam laman web Mykmu.net terhadap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Halimah Ali yang kononnya ditangkap berkhalwat.

Beliau menegaskan perbuatan Jamilisa yang tersebar dalam ruangan forum politik Malaysia pada 25 Januari lalu telah menjatuhkan maruah pimpinan wanita Islam.

Wednesday, April 15, 2009

Umno Selangor makin celaru

UMNO Selangor tersilap percaturan sekiranya menerima cadangan bekas Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mohd Khir Toyo agar jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri diisi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, UMNO Selangor bakal menerima nasib yang sama dengan UMNO Perak yang kian bercelaru dan berlakunya pergolakan politik dalam parti berkenaan.

“Ia masalah dalaman UMNO, tetapi sesiapa pun yang bakal memegang jawatan berkenaan tidak akan menggugat Pakatan Rakyat (PR) selagi tiada cubaan politik yang tidak bermoral dilakukan mereka.

“Saya mahu mengingatkan Najib, sekiranya beliau mahu memegang jawatan berkenaan, jangan sekali-kali cuba lakukan perkara yang telah dilakukannya di Perak dan jika beliau berterusan hendak dihukum oleh rakyat, saya sarankan beliau teruskan langkah yang pernah dibuat itu,” katanya.

Menurutnya, Najib juga tidak seharusnya menggunakan cara berpolitik yang ‘low class’ sebaliknya cuba membersihkan imejnya yang tercalar dan kerajaan PR akan tetap berjalan seperti biasa untuk memberikan khidmat kepada rakyat.

Sementara itu, ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, PR tidak akan lemah sekiranya Perdana Menteri berkenaan memegang jawatan tersebut kerana PR sentiasa bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Katanya, langkah melantik Najib sebagai Pengerusi Perhubungan tidak akan menambah kepercayaan terhadap parti berkenaan, apatah lagi Najib mempunyai ‘treck record’ yang buruk di mata masyarakat.

“Jika Najib bergabung bersama Mahathir dan Muhyiddin sekalipun untuk menerajui UMNO Selangor, ia tidak akan mengubah PR di negeri ini kerana kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

“Ternyata keyakinan rakyat sudah tiada terhadap pemimpin berkenaan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Kecil di Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau baru-baru ini,” katanya.

Katanya, cadangan berkenaan juga membuktikan UMNO Selangor kini ketandusan pemimpin yang berwibawa untuk menerajui parti sehingga terpaksa membawa masuk Najib kononnya untuk menyelamatkan parti.

“Strategi ini menunjukkan tiada lagi pemimpin UMNO di Selangor layak menerajui parti berkenaan sehingga terpaksa mengimport pemimpin luar, tetapi sebenarnya ia merupakan satu liabiliti kepada PR,” katanya.

Dalam pada itu, ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, UMNO kini menghadapi krisis yang serius dan tidak mungkin Najib akan memegang jawatan berkenaan setalah beliau menyingkirkan dua anggota kabinet dari UMNO Selangor.

Katanya, situasi berkenaan membuktikan Najib tidak mempunyai keyakinan terhadap kemampuan kepimpinan UMNO Selangor dan kemelut berkenaan sukar untuk dipulihkan dalam masa terdekat.

“Najib telah mencantas dua daripada tiga menteri yang merupakan dari kepimpinan UMNO Selangor dengan hanya mengekalkan Datuk Noh Omar di dalam barisan kabinet beliau.

“Secara tidak langsung ia menunjukkan Najib tidak yakin dengan kemampuan dan keupayaan UMNO Selangor kerana tidak memberikan pimpinan mereka peranan penting dalam pentadbirannya,” katanya.

Monday, April 13, 2009

PAS Selangor bakal ada bangunan sendiri

SHAH ALAM - Pas Selangor akan mempunyai bangunan sendiri dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, hasrat membina bangunan sendiri berkonsepkan pusat sehenti itu juga menjadi misi parti sejak 10 tahun lalu dan yakin penyokong parti itu akan terus membantu dalam merealisasikannya.

"Kita sedang berusaha ke arah itu dan mengharapkan sumba-ngan ahli dan penyokong. "Kejayaan Pas Pusat memiliki bangunan sendiri bernilai RM7 juta di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hasil sumbangan ahli, penyokong dan dana parti tanpa membuat pinjaman bank adalah model terbaik kepada Pas Selangor," katanya.

Menurut Dr Hasan, keperluan memiliki bangunan sendiri juga penting dalam menggerakkan pelbagai aktiviti parti secara berpusat dalam satu tempat yang lengkap dengan pejabat pengurusan sendiri.

"Kita cuba mencari satu lokasi strategik bagi tujuan ini dan insya-Allah bangunan ini akan dibangunkan dalam kawasan seluas 1.2 hingga 1.6 hektar dilengkapi ruang Dewan Ulama, Muslimat, Pemuda dan Wanita untuk melaksanakan aktiviti masing-masing.

"Kita juga merancang untuk menempatkan ruang lain untuk menjayakan program pendidikan, tarbiah, riadah dan operasi parti, malah kita merancang untuk menjadikannya sebagai pusat sehenti," katanya.
Berikut ini adalah analisa mengikut DUN dalam PRK Parlimen Bukit Gantang pada 7 April yang lepas. Dalam PRK itu calon PAS, Ir. Hj. Muhammad Nizar jamaluddin telah menang dengan majoriti 2789 undi mengalahkan calon BN dan Bebas.

DUN Kuala Sepetang.

DUN Trong

DUN Changkat Jering

Sunday, April 12, 2009

Jangan leka dengan kemenangan yang lalu

Assalamualaikum wbth.

Tn Hj Hakim Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Raja & Puan Rosnah Wahab Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Kota Raja, saf kepimpinan Pemuda/Muslimat serta ahli-ahli Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Kota Raja yang dihormati sekelian.

Alhamdulillah saya memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana pada pagi ini Pemuda dan Muslimat PAS Kawasan Kota Raja akan bermuktamar di Kota Kemuning (DPPKR) dan di Bukit Naga (DMPKR).

Adalah diharapkan agar muktamar kali ini selain memilih Jawatankuasa kerja penggal terbaru, ianya juga amat penting kerana pimpinan inilah yang akan menerajui bagi memacu kejayaan pada PRU ke 13 nanti. Oleh yang demikian besarlah harapan saya saudara saudari yang dipilih nanti merupakan orang yang benar-benar komitted dalam perjuangan dan dapat membimbing cawangan-cawangan PAS diseluruh Kota Raja supaya dapat bekerja secara bersepadu kearah menjadikan PAS Kawasan Kota Raja menjadi antara yang paling dinamik didalam pengurusan Partinya.

Saya juga suka mengingatkan para perwakilan pada muktamar kali ini supaya jangan leka dengan kemenangan yang lalu. Mengikut perangkaan PRK Bukit Gantang baru-baru ini peratusan undi Melayu telah kurang sebanyak 4% iaitu dari 47% semasa PRU yang lalu kepada 43%. Walau pun majoriti pengundi di Kawasan kita merupakan undi non muslim tetapi trend ini harus di In-vestige hingga keperingkat root cause supaya kita dapat melakukan sesuatu sebelum terlambat.

Dibawah kepimpinan DS Najib sebagai PM terdapat sudah pasti akan diperkenalkan beberapa polisi baru untuk meraih sokongan pengundi pada masa akan akan datang. Saya mahu semua pemuda dan muslimat tidak berdiam diri dan berpeluk tubuh sahaja dengan menganggap polisi tersebut tidak akan berjaya.

Akhirnya saya berharap agar semua pimpinan dan saf kepimpinan Pemuda & Muslimat Kawasan mesti berkerja keras bagi memastikan kesinambungan kemenangan kita di Kota Raja dalam PRU ke 13 nanti.

Selamat bermuktamar.

PAS jangan amalkan gaya hidup elit

Semua pemimpin Pemuda Pas di setiap peringkat hari ini diingatkan supaya tidak mengamalkan gaya hidup elit kerana dikhuatiri mampu menghakis sokongan rakyat.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub berkata, mereka harus sedar gaya hidup elit langsung tidak memberi faedah malah jika dibiarkan ia akan memberi kesan buruk kepada parti.

Beliau berkata, kekuatan Pas pada masa ini adalah hasil daripada sokongan rakyat, justeru semua pihak harus bertanggungjawab memelihara mandat tersebut.

“Saya sebenarnya khuatir dalam keadaan Pas semakin mendapat sokongan ada di antara kita terdorong hidup ke arah itu. Saya tidak mahu perkara ini berlaku dalam perjuangan kita.

“Berjuanglah seperti mana sekarang. Saya gembira melihat pemimpin-pemimpin kita sanggup berkongsi kesusahan bersama rakyat. Inilah sepatutnya kita lakukan kerana perjuangan kita adalah untuk rakyat,’’ katanya.

Saturday, April 11, 2009

Bermula dgn Mawi, Dato Siti Nurhaliza, Amy Serch kini semakin ramai artis popular mendekati PAS

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch.

Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya apabila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam begitu menyentuh perasaannya.

“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja. “Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”ujarnya. Beliau berkata demikian kepada berucap pada majlis itu yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini yang berakhir tengahari tadi.

Beliau turut menghayati tiga buah lagu yang disampaikan oleh Raja Rock Malaysia itu iaitu ‘Tiada Lagi’, ‘Menteri Di Ufuk Timur’ (yang ditujukan khas buat Nik Aziz) dan Isabella. Keadaan cuaca yang tidak begitu panas memberi peluang peminat Amy Serch untuk mengikuti persembahannya dengan mudah.

Memandangkan majlis berkenaan diadakan pada siang hari, peminat Amy dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas lagi.

Sempena program yang bertemakan ‘Jom Sertai PAS’ itu juga, vokalis kumpulan rock ‘Arrow’ Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membaut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS hari ini. Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Nik Aziz di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir.

Turut menyaksikan majlis yang penuh ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.

Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julungkali pernah diadakan di peringkat negeri itu.

Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian. Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.

“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,”ujarnya.

Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur. Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.

“Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi.

Surat terbuka buat ayahanda Tun Mahathir

Blogger
Sekadar berkongsi maklumat dan membuka minda, saya paparkan sepenuhnya tulisan anakanda 'Mawarku Berduri' yang dikirim melalui komen dalam blog saya beberapa hari yang lalu.

Walk D Talk 09 said...

Surat terbuka buat ayahanda Tun Mahathir

Assalamualaikum Ayahanda Tun Mahathir Tun Mohammad.

Izinkan saya menyusun jari yang sepuluh kerana menulis surat terbuka kepada Ayahanda yang mana saya terpanggil untuk menulis bagi meluahkan perasaan hati saya yang terbuku selama ini sehingga saya membuat keputusan untuk terus menulis kepada Ayahanda. Ayahanda sememangnya pemimpin amat kami sanjungi dan setahu saya ,BN adalah parti yang disokong oleh keluarga kami sejak dari zaman arwah datuk saya lagi. Kini arwah datuk dan arwah ayah telah pun meninggal dunia, ayahanda adalah pemimpin idola arwah ayah dan juga arwah ayah. Tidak hairanlah kami sekeluarga sanggup bertikam lidah , bertekak dengan saudara mara yang menghina dan mengherdik Ayahanda ketika ayahanda masih menjadi Perdana Menteri dahulu.

Ketika Ayahanda membuat pengumuman untuk bersara , kami sekeluarga bagaikan tidak percaya dan kami sekeluarga begitu sugul dan amat bersedih. Sukar untuk mencari Ayahanda ketika menjadi Perdana Menteri dahulu. Namun setelah Ayahanda bersara dan jika saya tidak silap Ayahanda hanya berehat tidak sampai setengah tahun, Ayahanda sudah mula berpolitik kembali . Kami ketika itu sememangnya menyokong segala apa yang Ayahanda cakapkan , sememangnya Ayahanda adalah seorang yang bijak yang mempunyai daya fikir yang kuat dan matang. Pemikiran ayahanda sememangnya menjangkau ke hadapan sekurang-kurangnya 10 tahun ke hadapan. Sememangnya sukar untuk kita mencari pengganti seorang lagi Tun Mahathir Mohammad. Memang sukar untuk kita mencari dan tidak mungkin akan kita ke temui lagi.

Maaf Ayahanda jika saya terkasar atau mana-mana ayat saya yang akan menyinggung perasaan Ayahanda selepas ini. Segala keistimewaan Ayahanda yang kami sanjung dahulu kini telah perlahan-lahan bertukar menjadi satu kejelekan dan kejijikan dalam hati saya . Saya cuba untuk tidak menanam perasaan kejelekan itu di hati saya , tetapi saya tidak berdaya kerana setiap hari Ayahanda menanam telah melakukan sesuatu yang membuat saya merasa jelak. Ini semua bermula hanya kerana dengan jambatan bengkok di mana di sini lah tersingkap the Through colour of Tun Mahathir.

Apa yang saya maksukan adalah :

1. Terserlah sikap dendam Ayahanda kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun Abdullah) Ayahanda telah menghina , mengherdik , mengaibkan orang yang Ayahanda pilih sendiri. Tidak cukup dengan Tun Abdullah, seluruh keluarga beliau menjadi mangsa sehingga anak perempuan Tun yang tidak pernah bersalah dan tidak langsung mencampuri urusan politik dijadikan bahan untuk Ayahanda aibkan. Menantu Pak lah yang tidak pernah menjawab atau memberikan respons terhadap setiap penghinaan Ayahanda dijadikan 'punching bag ' . Mujur Anak pasangan ini yang masih kecil ini tidak dijadikan bahan kutukan. Rakyat hanya memerhatikan sahaja dan menyimpan apa yang mereka lihat dihati mereka.

2. Ayahanda sanggup bersekongkol dengan pembangkang untuk memusnahkan UMNO kerana presiden UMNO pada ketika itu ialah Pak Lah dan akhirnya sebahagian sumbangan Ayahanda kita hampir tersungkur pada pilihan raya yang ke 12 dahulu. Tentu Ayahanda bersorak ketika itu. Akhirnya Ayahanda menekan Pak Lah untuk melepaskan jawatan. Di pendek kan cerita Pak Lah telah pun selamat menjalankan peralihan kuasa, tetapi Ayahanda masih tidak pas hati masih menyerang Pak Lah sehingga saat akhir beliau mahu melepaskan jawatan. Selepas pak Lah melepaskan jawatan Ayahanda kini menyerang pula menantu beliau setiap hari sepanjang masa hanya kerana anak Ayahanda tewas di tangan menantu Pak Lah. Untuk pengetahuan Ayahanda , keputusan lembaga disiplin UMNO yang telah diumumkan langsung tidak menjadi kudis kepada perwakilan UMNO untuk memilih Khairy Jamaluddin kerana bagi mereka , semua itu adalah susunan pengaruh Ayahanda yang baik dengan mereka di lembaga disiplin , tidak perlu saya sebutkan nama. Tujuan sebenarnya adalah untuk memburukkan nama Khairy Jamaluddin dan untuk mengenakan Khir Toyo supaya anak Ayahanda yang pada masa itu tidak mendapat sokongan agar menang tanpa bertanding. Allah SWT itu maha kaya hasrat Ayahanda tidak kesampaian. Allah lebih berkuasa untuk menentukan segala Qada' dan Qadar.

3. Ayahanda terus tidak berpuas hati dan hampir setiap hari Ayahanda mengaibkan menantu Pak Lah. Saya tidak kenal dengan YB Khairy Jamaluddin , tetapi tiba-tiba perasaan simpati saya terhadap beliau kian tertanam dan saya jangka ini bukan berlaku hanya kepada saya tetapi mungkin benih simpati itu mula tumbuh dihati ramai rakyat Malaysia. Ayahanda perlu menerima hakikat bahawa Mukhriz Ayahanda sebenarnya a sore losser dan sebenarnya bukan merupakan calon yang popular kerana di cop sebagai masih menetek dan tidur dibawah ketiak Ayahanda. Benih yang baik akan menjadi pulau jika dicampakkan ke dalam laut. Tapi kalau benih itu tak baik , siramlah baja banyak mana pun tidak mungkin akan tumbuh .

4. Ayahanda sepatutnya berehat dan melunaskan alasan yang Ayahanda berikan ketika Ayahanda mahu bersara dahulu. Mahu menghabiskan masa dengan keluarga dan anak cucu, mahu berehat dan tidak lagi mahu memikirkan perihal politik dan kepimpinan kerajaan. 22 tahun Ayahanda memimpin , rakyat sudah boleh baca apa yang mahu Ayahanda lakukan. Bila Ayahanda bercakap jujur dan ikhlas , bila Ayahanda mereka cerita, bila Ayahanda tipu sunat , bila Ayahanda tipu beragenda, mereka sudah boleh baca. Memanglah mereka akan berlumba-lumba untuk bersalaman dengan Ayahanda bila bersua dengan Ayahanda , ini adalah kerana perasaan hormat dengan jasa yang tidak siapa boleh nafikan yang telah Ayahanda berikan ketika Ayahanda memimpin negara, itu di other siide of Tun Mahathir. Tetapi the other side of Mahathir yang lagi satu membuat mereka rasa jelek dan ada kala sudah sampai ke tahap yang agak merimaskan.

5. Ayahanda mahukan perubahan, tetapi Ayahanda sendiri yang tidak berubah , sudah hampir seminggu perubahan kepimpin berlaku , Ayahanda tidak berubah barangan sehari pun. Bukti kecilnya , kita gagal didalam dua pilihan raya baru- baru ini, bukan saya mahu kata yang kita kalah kerana Ayahanda, yang ingin saya katakan adalah kehadiran Ayahanda menyokong kerajaan baru tidak merubah kan apa-apa. Ini bermakna Ayahanda tidaklah istemewa sangat dalam senario politik morden ini, Ayahanda sudah tidak relevan lagi. Rakyat sudah bosan, hari ini Ayahanda keluar parti , lepas tu masuk balik, mana tanggungjawab dan kasih sayang Ayahanda kepada parti . Bagi saya Ayahanda lari dari parti kerana tewas dengan kesabaran Pak Lah.

6. Memang betul Mukhriz tidak berkecimpung dalam politik sewaktu Ayahanda menjadi PM , tetapi Mukhriz tidak pula tidak diberikan keistimewaan dalam perniagaan, anak-anak Ayahanda semuanya mendapat keistimewaan sebagai anak Perdana Menteri, buat apa mahu berpolitik , lebih baik berniaga. Mukhzani adalah di antara 40 orang yang terkaya di Malaysia. Mukhriz kerana kini berkecimpung dalam politik tidaklah pula dapat kita trace kekayaan beliau, pasti mereka ini kaya raya. Inilah yang selalu Ayahanda ulangi , anak saya tidak dibenarkan berpolitik ketika saya memerintah, Apa salahnya jika mereka berpolitik , as long mereka tahu asas perjuangan. tetapi politik bukanlah sesuatu yang digemari oleh anak-anak Ayahanda.

7. Pak Lah sudah bersara, mungkin tidak lama lagi jambatan bengkok akan disambung kembali, kita tunggu saja dan lihat. Saya tak pasti tapi saya rasa mungkin. UMNO perlukan perubahan , jika UMNO tidak berubah maka UMNO akan diubah , jika UMNO mahu berubah tapi UMNO dipaksa berubah cara Ayahanda , tak ada maknalah perubahan itu, Ayahanda juga perlu berubah. Marilah kita sama-sama berubah. Kami sudah letih , kami sudah bosan , bergaduh sesama sendiri. Tolonglah Ayahanda.

8. DS Najib patut diberikan peluang untuk mencari identiti beliau sendiri, DS Najib patut diberikan peluang untuk merubah UMNO. DS Najib tidak patut diberikan bebanan dengan perpecahan sesama ahli parti. DS Najib patut diberikan ruang untuk berfikir sendiri. DS Najib patut diberikan masa dan waktu untuk mencorakkan kepimpinan beliau tanpa gangguan. Tidaklah perlu Ayahanda mencuri limelight dari beliau . Baru 5 hari beliau mengambil pucuk pimpinan , suara Ayahanda hampir sama banyak di dengar dari suara beliau. Sehingga kami kompius , siapa yang mengambil peralihan dari Pak Lah.

9. Biarlah DS Najib tentukan pasal Khairy, Tak payahlah hari hari Ayahanda berikan komen pasal Khairy yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi keputusan DS Najib. Perpatah Melayu ada berkata , Kalau betul Ayahanda benci biarlah berpada-pada , kita sesama umat islam. Sedangkan nabi lagi memaafkan. Tak perlulah Ayahanda menghebahkan orang ini rasuah , orang ini tidak baik , orang ini jahat , orang ini baik. Anak aku baik , anak orang jahat , menantu orang tuh jahat , menantu aku baik. Tidak ada sesiapa yang sempurna di dunia ini dan tuah kini membayar secara tunai. Takut nanti tuhan itu terbalikkan apa yang kita cakapkan .

10.Permintaan kami mudah saja, berihatlah Ayahanda, Tentu Ayahanda letih by now. Ketika Pak Lah sibuk sebagai PM , Ayahanda pun sibuk jua nak menjatuhkan Pak Lah. Pak Lah sudah berundur, beristirehatlah Ayahanda. Cukuplah kita sudah berpecah banyak kali, apa yang akan tinggal dalam UMNO nanti jika ini berterusan. Khairy juga ada penyokong. Kita berpecah pada semangat 46, kita berpecah semasa UMNO baru, ramai yang disingkir. Kita berpecah ketika Keadilan ditubuhkan, kita berpecah unoficial sewaktu kemelut Ayahanda dengan Pak lah, mampukah kita berpecah lagi, Kita ini sebenarnya sudah nazak. Ubat yang paling mujarab dan telah dikompromi olah Pak Lah adalah perubahan. Berubahlah kita.

Akhirkata , saya menyusun jari yang sepuluh, saya sedar siapalah saya mahu meulis kepada Ayahanda tetapi inilah akibat desakan hati dan nurani yang tidak tertahan lagi menunggukan perubahan dalam UMNO. Assalamualaikum.

daripada :
Mawarku Berduri.

http://www.walkdtalk09.blogspot.com

Friday, April 10, 2009

Mahathir tak setuju rampasan kuasa di Perak

Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi pendirian beliau yang tidak bersetuju dengan cara krisis politik Perak dikendalikan, sambil menolak tanggapan bahawa Barisan Nasioanl (BN) mahu menggulingkan kerajaan "kaum Cina" di negeri itu.

"Saya tidak bersetuju dengan cara soal (krisis politik) dikendalikan. BN dengan mudah boleh kembali mendapatkan (kerajaan negeri) Perak menerusi undi tidak yakin," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

Sebagai Tuan Penasihat kerajaan Malaysia pimpinan DS Najib pada ketika ini adalah diharapkan nasihat beliau ini diambil perhatian dan tindakan oleh para pemimipin Umno/BN. Kekalahan 100% yang dialami oleh Umno/BN pada semua siri PRK di Semenanjung menunjukkan bahawa jika sesuatu tidak dilakukan mulai sekarang UMNO/BN akan berada dihujung tanduk untuk terus menjadi pemerintah selepas PRU ke 13 nanti.

Kaedah terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan baru pimpinan DS Najib ialah dengan mengembalikan semula hak rakyat kepada rakyat. Oleh kerana Che Det tidak bersetuju dengan cara rampasan kuasa ini maka sebagai Penasihat, semua memanda menteri hendaklah mendengar nasihat beliau tanpa rasa berbelah bagi.

Kesimpulannya : bubarkan DUN Perak dan biarkan rakyat membuat pilihan kerajaan mana yang mereka mahu.

Harapan TGNA kepada Nga Kor Ming

Malaysiakini ~ Mursyidul am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan exco kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, Nga Kor Ming membaca ayat al-Quran semasa berceramah dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang minggu lalu sebagai percubaan mengenali Islam melalui pembacaan kitab suci itu.

Sehubungan itu, kata menteri besar Kelantan, beliau terharu dengan keluhan Nga yang juga ahli parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis, yang amat kesal "kerana apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang".

bukit gantang by election nga kor ming dap ceramah 310309 01Sebelum ini beberapa laporan polis dibuat terhadap Nga, termasuk Badan Bertindak Perpaduan Melayu, kerana didakwa mempersendakan Islam apabila setiausaha DAP Perak itu menggunakan ayat al-Quran dalam ceramahnya sewaktu kempen dalam pilihanraya kecil kerusi parlimen tersebut.

Dalam laporannya itu, presiden NGO Osman Abu Bakar mendakwa Nga mempersendakan Islam dengan menyebut ayat al-Quran daripada surah Al-A'raf untuk tujuan kempen dan menyebut kalimah tersebut secara tidak betul.

Beliau mendakwa Nga menyebut Surah Al-A'raf sebagai Al-Aurah dalam ceramah tersebut.

"Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati Yang Berhormat (Nga)," tegas Nik Aziz dalam surat terbukanya berhubung isu tersebut.

"Mudah-mudahan dengan sikap 'tidak mesra Umno' dan pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran bukan Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas," tambahnya.

Nik Aziz juga berkata beliau mempunyai impian bahawa dalam tempoh tidak berapa lama lagi.

"Mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi qari, ustaz, khatib dan imam di seluruh negara," tegasnya.

Menurutnya, Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul memusnahkan tamadun Islam di Kota Baghdad tetapi kerosakan tersebut sempat ditebus semula melalui cucunya Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.

zaid ibrahim book launch nik aziz anwar ibrahim pc 230309 02Maka Nik Aziz mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara ini melalui kaedah dan insiden yang hampir sama.

'Mudah-mudahan YB-lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

"Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana.

"Tajuk-tajuk seperti 'di mana tak kenanya Islam' atau 'apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam' bolehlah difikirkan," katanya.

Manakala anggota panel, tambahnya, boleh dipilih daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan juga pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas.

"Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid, surau, kuil, dewan-dewan perhimpunan, di universiti- universiti, baik di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) atau institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

"Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah SWT di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB (Nga). Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini.

"Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana," tambah tokoh PAS itu.

Thursday, April 9, 2009

Siapa selepas KJ.

1. Semasa PAU dia memang seorang pengamal rasuah tetapi dia bebas untuk bertanding calun KPU (Ketua Pemuda Umno). Akhir nya beliau menang bergaya mengalahkan Mukriz dan Khir Toyo.

2. Pada awalnya Najib berjanji untuk memilih semua Ketua yang menang dalam PAU menjadi menteri tetapi akhirnya dia tidak terpilih juga. Shahrizat dapat pula.

3. Pada masa ini semua anak bekas PM merangkap Presiden Umno ada jawatan dalam kabinet tetapi sebagai anak menantu bekas PM beliau tiada jawatan dalam kabinet bila pengumuman dibuat jam 3 petang tadi.

4. Tanpa jawatan Menteri Kabinet siapakah yang berani meramalkan bahawa dia akan dapat mengekalkan jawatan KPU 3 tahun akan datang ............

5. Siapa selepas KJ ...........

Rancang tingkat ekonomi kaum India

KOTA RAJA - Masalah keciciran kaum India dalam bidang ekonomi perlu diberi perhatian dan setiap pihak harus memainkan peranan secara efektif bagi mengatasi masalah berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar berkata, antara masalah yang sering dialami ialah ketiadaan maklumat yang tepat dan betul sehingga menyebabkan golongan berkenaan sering ketinggalan dalam bidang perniagaan.

Menurutnya, terdapat banyak peluang perniagaan yang disediakan oleh kerajaan negeri kepada kaum India, tetapi kurangnya pendedahan dan ilmu menyebabkan mereka terpinggir serta agak ketinggalan. “Komunikasi yang lemah membabitkan peniaga dengan agensi kerajaan dan tidak tahu saluran yang perlu digunakan bagi menjana perniagaan merupakan antara masalah yang dikenal pasti menjadi punca masyarakat India agak kurang maju dalam bidang keusahawanan.

“Perkara ini akan kita atasi melalui gerak kerja yang bersepadu membabitkan kerajaan negeri dan agensi yang terlibat bagi membantu mereka meningkatkan daya saing dalam dunia perniagaan kelak,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Keusahawanan anjuran Persatuan Peniaga India dengan kerjasama Majlis Perbandaran Klang (MPK), di sini.

Katanya, banyak peluang perniagaan dan bantuan disediakan oleh pelbagai agensi kerajaan, tetapi ramai kaum India tidak merebut peluang berkenaan. “Bagi mengatasi masalah itu, kerajaan negeri merancang beberapa siri seminar di peringkat negeri dan daerah untuk memberikan pendedahan kepada mereka cara mendapatkan pekerjaan dan mencipta peluang perniagaan.

“Malah dengan menyertai program sebegini, masyarakat India secara tidak langsung memperoleh maklumat dan pengetahuan berguna bagi menjayakan bidang perniagaan yang diceburi,” katanya.

Wednesday, April 8, 2009

Habuan utk petugas umno BG

Banyak pendapatan ahli umno sepanjang 9 hari kempen PRK, jumlahnya anda kiralah sendiri, mereka pasti claim penuh walau pun pada dasarnya pondok panas mereka banyak yang kosong siang dan malam sepanjang 4 hari terakhir saya berkempen disana. Umno tak berubah dan tak kan berubah dalam apa cara sekali pun. Mereka akan hanya bergerak bila bila disuap dengan wang. Wang, wang dan wang itulah UMNO.

Soalan ....

1. Berapa agaknya Umno habiskan wang untuk PRK diBukit Gantang ini?
2. Mengapa petugas Umno perlukan imbuhan untuk mereka bertugas?
3. Mengapa pimpinan Umno menabur wang dalam keadaan ekonomi meleset ini?
4. Mengapa Umno masih kalah dengan majoriti lebih besar setelah menghambur sekian banyak wang dalam PRK ini?
5. Dimana Umno mendapat banyak duit untuk pelaburan yang sia-sia ini?
6. Apa agak perasaan pimpinan, penyokong serta bloggers Umno bila kalah dalam PRK ini setelah menabur fitnah dan memaki hamun DS Nizar dan pimpinan PR semasa kempen berlangsung?
7. Marahkan mereka kepada pengundi yang 'SEMBAH DERHAKA' semasa memangkah DS Nizar dalam PRK ini, walhal sebahagian mereka telah menerima imbuhan dari Umno?

Saturday, April 4, 2009

Apa pasal Che Det masuk umno balik?

Mari kita sama-sama fikirkan mengapa Che Det sekejap duduk dalam Umno, sekejap keluar dari Umno, pernah disingkirkan dari Umno dan tadi masuk Umno balik. Memanglah dia ni dari jenis darah pekat 'biru', itu kita faham sangatlah. (menarik gambar ni, dari semua wanita yang kita lihat tak dak satu pun yang pakai tudung)

1. Kerana duitkah?
2. Kerana pangkatkah?
3. Kerana glamourkah?
4. Kerana nak jaga anak pinakkah?
5. Kerana apakah?

Che Det keluar masuk Umno

Che Det dan isteri, dikatakan akan masuk semula UMNO selewat-lewatnya esok.

Anak beliau Mukhriz berkata, borang untuk menyertai UMNO sudah diperoleh dan akan diisi oleh Dr. Mahathir dan Siti Hasmah pada bila-bila masa sahaja. "Borang sudah ada di rumah dan hanya menunggu masa untuk diisi.

Pada 19 Mei tahun lalu, Dr. Mahathir dalam satu ceramah di Alor Setar mengisytiharkan dirinya keluar daripada UMNO kerana hilang keyakinan terhadap parti itu.

....... Sebagai pencen PM sudah tentu Che Det punya banyak masa untuk menilai kepimpinan Najib sebagaimana beliau menilai kepimpinan Pak Lah sebelum ini yang akhirnya menyebabkan beliau keluar dari Umno menjadi orang yang tidak berparti tetapi di beri peranan oleh pihak tertentu untuk menjadi jurucakap parti juga sebenarnya.

Kalau dinilai melalalui tulisan-tulisan atau ucapan-ucapan dari pimpinan PR termasuk DSAI dan lain-lain amat jarang atau payah benar orang menyerang atau memburuk-burukkan Pak Lah sebagai PM. Pak Lah dilihat sebagai pemimpin sempurna dalam Umno. Sikapnya terutama kepada TGNA amat terpuji. Tidak pernah kedengaran ucapan beliau di PWTC dalam Mesyuarat Agung Umno yang mengutuk dan menghentam PAS.

Berbeza dengan Che Det yang suka tangkap orang tanpa bicara dalam operasi Lalang, menggunakan peluang bercakap sebagai Presiden Umno hentam PAS hampir satu jam dalam PAU, kutuk macam-macam pada Pak Lah (macam dialah yang paling bagus dan sempurna walhal dalam PRU ke 10 baliau dan Najib hampir tersungkur)

Sikap Che Det yang always menyatakan hanya beliau yang paling sempurna, terbaik dan benar akan hanya menunggu masa sahaja untuk kita mendengar satu lagi berita bahawa Che Det 'Akan istihar keluar Umno' selepas menyertainya semula esok.

Friday, April 3, 2009

Nik Aziz hopes to Najib

The Kelantan government hopes that Datuk Seri Najib Razak, who will be sworn in as Malaysia's sixth prime minister today, will continue the friendly policy of his predecessor in dealings with the state.

Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat said the prime minister was like a parent to his children in the states. "Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) was friendly to the state government and gave many things to Kelantan. We hope Najib will follow in his footsteps.

"I will never forget that Pak Lah and Najib visited me when I was undergoing treatment at the National Heart Institute.

"Pak Lah also led me by the hand during the launching of the East Coast Economic Region as he knew that I was not well," he said here yesterday.

The menteri besar said there must be a strong relationship between the state and the federal governments.

"The new government must be seen as friendly and must show the spirit of democracy and federalism. We should not be treated like a stepchild." He was unhappy about the continued presence of the Federal Development Department (JPP) in the state.

"What is the purpose of the JPP as it is not found in other states? "It is as if we are an illegitimate government and not acceptable to the federal government," Nik Aziz said.

PM bebaskan 13 tahanan ISA serta merta

PM mengumumkan dalam Buletin Utama TV 3 sebentar tadi bahawa penggantungan Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik dan seramai 13 orang tahanan ISA akan dibebaskan dan mengumumkan satu kajian akan dibuat terhadap akta tersebut selepas ini.

Ini berita baik untuk semua kita semua sebelum kita menerima berita yang lebih buruk pada masa akan datang.

Thursday, April 2, 2009

Konvensyen KPP Kebangsaan 2009

Saya baru tiba di pejabat PAS Pusat daripada Parlimen Kota Raja, mempengerusikan mesyuarat Konvensyen Kelab Penyokong PAS dan Kelab Penyokong Muda PAS yang diadakan di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kota Raja iaitu YB Dr Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja. Pejabat beliau terletak di Taman Sentosa Perdana 2, Klang.

Inilah pertama kali saya sampai di sini. Sila klik http://p111kotaraja.blogspot.com/ untuk melihat aktiviti yang dilaksanakan di Parlimen Kota Raja.

Mesyuarat yang diadakan pada malam ini adalah berkaitan dengan program Konvensyen Kelab penyokong PAS dan Kelab Penyokong Muda PAS yang akan dilaksanakan di Parlimen Kota Raja pada 16 Mei 2009 yang akan datang.

Sebagai Pengarah program, saya telah hadir untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut serta ditemani oleh sdr Muslim Ismail (SU LPNDPPP), sdr Zahriezan (Timbalan Pengerusi LPNDPPP) dan Hajah Kamariah (SU LPN PAS Pusat).

Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan persiapan dan perbentangan yang telah dibuat oleh sdr Mohd Razif dan rakan-rakan daripada LPN PAS Kota Raja. Terasa sangat ringan tugas kami selaku jawatankuasa induk untuk melaksanakan tugas kami nanti.

Apapun, terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan.

Wednesday, April 1, 2009

Seperti yang dijangkakan

IPOH 1 April – Mahkamah Tinggi Ipoh memutuskan tiga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) bebas, Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Mohd. Osman Mohd. Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang), kekal sebagai wakil rakyat yang sah di kawasan masing-masing.

Ia diputuskan oleh Hakim Datuk Balia Yusof Wahi hari ini. – Bernama

Ada sesiapa yang pelik dengan keputusan ini pada ketika dan waktu ini?

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts