Friday, April 3, 2009

PM bebaskan 13 tahanan ISA serta merta

PM mengumumkan dalam Buletin Utama TV 3 sebentar tadi bahawa penggantungan Harakah dan Suara Keadilan ditarik balik dan seramai 13 orang tahanan ISA akan dibebaskan dan mengumumkan satu kajian akan dibuat terhadap akta tersebut selepas ini.

Ini berita baik untuk semua kita semua sebelum kita menerima berita yang lebih buruk pada masa akan datang.

4 comments:

  1. 'Suara Batang Ai'


    Sdr sendiri telah memahami bahawa saya tidak akan menyiarkan komen sdr yang menulis secara tidak sopan yang menunjuk akhlak sebenar org umno.

    Mari pula kita baca tulisan PENARIK BECA dalam tajuk 'Penghias Jendela dan Altantuya'

    Nak kata tak reti bahasa takut mengamuk pulak peminat-peminat Datuk Seri Najib Tun Razak. Orang tuntut mansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dia pi bebaskan 13 orang saja-saja nak buat penghias jendela. Setakat window dressing tak main la woi!!

    Dah jadi macam satu fesyen pulak puak ni. Bila naik, bebaskan tahanan ISA. Lepas tu, buru dan sumbat lebih ramai lagi di dalam tahanan. Orang tua-tua kata, taktik menipu takat sekali orang percaya la. Tapi kalau dah jadi amalan harian, siapa nak percaya?

    Apa pun, nama suami Laila tidak ada dalam senarai mereka yang dibebaskan. Barangkali kerana Laila dikehendaki membayar harga yang mahal kerana penglibatan aktifnya dalam Gerakan Mansuhkan ISA (GMI). Mungkin Laila dan anak-anak menaruh segala harapan bila mendengar 13 orang dibebaskan. Tetapi, alangkah hampanya mereka bila nama orang yang mereka nanti-nantikan tak ada dalam senarai.

    Baguslah dalam ucapan yang dah lama sungguh Najib gian nak menyampaikannya, banyak sungguh dicampak-campakkan entah apa-apa. Yang gian nak mengutipnya bolehlah kutip seperti kucing jalanan menerkam tulang ikan yang dicampak orang. Malangnya, ada yang tertinggal dalam ucapan itu.

    Rakyat Malaysia yang terpaksa menerima Najib sebagai Perdana Menteri masih menanti-nantikan penegasan suami Datin Seri Rosmah Mansor itu bahawa beliau akan menyaman akhbar Liberation dan semua media yang dijerit pekikkan sebagai memfitnahnya di tempat media-media itu diterbitkan seperti yang pernah dilakukan Tengku Razaleigh Hamzah (sudah-sudahlah berangan tu, Ku!).

    Selagi Najib tak saman media-media itu serta dibuktikan bahawa mereka memfitnahnya tanpa keraguan yang munasabah, seperti yang saya katakan sebelum ini, kita berada dalam keadaan tak berdaya - sama seperti tidak berdayanya Najib memisahkan nama Altantuya dari dirinya, kita juga tak berdaya memisahkan nama Altantuya dan Perdana Menteri keenam itu.

    ReplyDelete
  2. Sdr 'Suara Batang Ai'

    Menang-Menang ....

    Ok

    Saya minta maaf jika saya silap dalam menyatakan sesuatu dan saya maafkan sdr juga dunia akhirat.

    Sebagai pendokong/penyokong parti yg berlainan sudah tentu kita mempunyai pandangan yang berbeza tapi ianya bukan menjadi penghalang untuk kita menghulurkan salam ukhwah diantara satu sama lain.

    Salam persaudaraan .....
    ak-hukum fil Islam

    ReplyDelete
  3. SUNGAI PETANI: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak membebaskan 13 tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

    Katanya, kini kerajaan harus mengkaji semula akta berkenaan yang banyak menimbulkan kontroversi.

    "Kita menyambut baik pembebasan itu tetapi mahu akta itu dihapuskan terus kerana ia sering disalahgunakan oleh pihak tertentu," katanya ketika berucap pada majlis makan malam di Taman Ria di sini, malam tadi.

    ReplyDelete
  4. Salam mu ku sambut dengan hati yang terbuka dan penuh semangat keislaman yang tinggi. Saya rasa terharu atas kemaafan saudara. marilah kita jadi saudara yang mahukan kedamaian dalam Islam. Saya berpendapat, jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, tolonglah jangan sesekali benarkan Anwar jadi PM. Biarlah PAS jadi PM. Anwar terlalu kotor untuk jadi PM. Saya kritik PAS bukan saya tak sayang PAS. Tp saya nak lihat PAS berada dilandasan Islam yang sebenar. Kalau saya tak kritik PAS, siapa lagi nak kritik? UMNO pun saya hentam. Tapi saya amat benci keadilan. Sekian, salam hormat.

    Blog sebenar saya: waksapu@blogspot.com

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts