Friday, April 10, 2009

Mahathir tak setuju rampasan kuasa di Perak

Tun Dr. Mahathir Mohamad mengulangi pendirian beliau yang tidak bersetuju dengan cara krisis politik Perak dikendalikan, sambil menolak tanggapan bahawa Barisan Nasioanl (BN) mahu menggulingkan kerajaan "kaum Cina" di negeri itu.

"Saya tidak bersetuju dengan cara soal (krisis politik) dikendalikan. BN dengan mudah boleh kembali mendapatkan (kerajaan negeri) Perak menerusi undi tidak yakin," kata beliau dalam tulisan terbaru blognya.

Sebagai Tuan Penasihat kerajaan Malaysia pimpinan DS Najib pada ketika ini adalah diharapkan nasihat beliau ini diambil perhatian dan tindakan oleh para pemimipin Umno/BN. Kekalahan 100% yang dialami oleh Umno/BN pada semua siri PRK di Semenanjung menunjukkan bahawa jika sesuatu tidak dilakukan mulai sekarang UMNO/BN akan berada dihujung tanduk untuk terus menjadi pemerintah selepas PRU ke 13 nanti.

Kaedah terbaik untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan baru pimpinan DS Najib ialah dengan mengembalikan semula hak rakyat kepada rakyat. Oleh kerana Che Det tidak bersetuju dengan cara rampasan kuasa ini maka sebagai Penasihat, semua memanda menteri hendaklah mendengar nasihat beliau tanpa rasa berbelah bagi.

Kesimpulannya : bubarkan DUN Perak dan biarkan rakyat membuat pilihan kerajaan mana yang mereka mahu.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts