Monday, April 13, 2009

PAS Selangor bakal ada bangunan sendiri

SHAH ALAM - Pas Selangor akan mempunyai bangunan sendiri dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, hasrat membina bangunan sendiri berkonsepkan pusat sehenti itu juga menjadi misi parti sejak 10 tahun lalu dan yakin penyokong parti itu akan terus membantu dalam merealisasikannya.

"Kita sedang berusaha ke arah itu dan mengharapkan sumba-ngan ahli dan penyokong. "Kejayaan Pas Pusat memiliki bangunan sendiri bernilai RM7 juta di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur hasil sumbangan ahli, penyokong dan dana parti tanpa membuat pinjaman bank adalah model terbaik kepada Pas Selangor," katanya.

Menurut Dr Hasan, keperluan memiliki bangunan sendiri juga penting dalam menggerakkan pelbagai aktiviti parti secara berpusat dalam satu tempat yang lengkap dengan pejabat pengurusan sendiri.

"Kita cuba mencari satu lokasi strategik bagi tujuan ini dan insya-Allah bangunan ini akan dibangunkan dalam kawasan seluas 1.2 hingga 1.6 hektar dilengkapi ruang Dewan Ulama, Muslimat, Pemuda dan Wanita untuk melaksanakan aktiviti masing-masing.

"Kita juga merancang untuk menempatkan ruang lain untuk menjayakan program pendidikan, tarbiah, riadah dan operasi parti, malah kita merancang untuk menjadikannya sebagai pusat sehenti," katanya.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts