Sunday, May 3, 2009

Himpunan & Konvensyen Kelab Penyokong PAS Kebangsaan 2009

Alhamdulillah, berkat usaha yang dilakukan oleh Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Yang Berhormat AF Ustaz Mujahid Yusof Rawa, serta YB Dr Halimah Ali selaku Timbalan LPN PAS Pusat dan Jawatankuasa Penganjurnya akhirnya keputusan untuk mengadakan Konvensyen ini telah dimuktamadkan iaitu pada tarikh 30hb Mei 2009 bersamaan hari Sabtu bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Himpunan dan konvensyen kali pertama ini telah memilih Selangor khususnya Kota Raja sebagai tuan rumah. Sebagai tuan rumah Kota Raja telah menubuhkan Sekretariat dan Jawatankuasa Kecil Perlaksanaan. Alhamdulillah segala persiapan sedang rancak diatur untuk menerima kehadiran kira-kira 500 peserta kovensyen pada kali ini.

Perasmian Konvensyen akan dilakukan oleh YAB Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan merangkap Mursidur Am PAS Pusat. Dewan Serbaguna Majlis Daerah Klang (MDK) telah dipilih sebagai tempat berlansungnya Konvensyen pada kali ini.

Surat-surat jemputan kepada negeri-negeri untuk menghantar wakil ke konvensyen ini telah mula di hantar oleh Puan Hajjah Kamariah selaku Setiausaha LPN PAS Pusat. Diharap setiap negeri dapat memberikan respon yang segera kepada penganjur.

untuk maklumat lanjut sila hubungi Sdr. Khairul Faizi 019-7701830 (Pengarah Program), Pn Hajjah Kamariah 016-3226159 (Setiausaha LPN PAS Pusat) atau Mohd Razif Maslan 013-3610603 (Timb. Pengarah Program/Kota Raja).

Lapuran terkini persiapan program ini akan disiarkan dari semasa kesemasa.

3 comments:

  1. Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden

    Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.

    Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.

    Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.

    Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.

    Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.

    Kenapa ya?

    (Baca seterusnya di http://kisahbenar.wordpress.com)

    ReplyDelete
  2. Hey brother, mengapa pakai vest warna biru? Kan warna biru itu warna BN???

    ReplyDelete
  3. 30hb Konvensyen di Kota Raja, 31hb Pilihan Kecil Penanti, U kena minum Teh Tongkat Ali baru ada tenaga untuk menhadapi 2 program ini yang berjarak tidak kurang daripada 350 km!!! Ha Ha Ha!

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts