Monday, February 23, 2009

Asakan demi asakan kepada kerajaan rakyat

Asakan-asakan terhadap kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat akan "bertambah genting dalam bulan-bulan mendatang" selepas tuduhan terbaru berkaitan salah guna kuasa dalam isu sumbangan lembu dan penyelenggaraan kenderaan.

Tindakan ini menunjuk ada nya usaha secara bersepadu dari pihak tertentu untuk mengaibkan orang-orang tertentu, sewajarnyalah kita mengutuk dengan sekeras-kerasnya segala usaha menumbangkan kerajaan negeri dengan berselindung di sebalik isu-isu yang berkaitan dengan keamanahan pada hal langkah-langkah tersebut mempunyai agenda tersembunyi.

SPRM sepatutnya menyiasat segala aduan yang ada kaitannya dengan persoalan integriti dan keamanahan atas pinsip "without fear and favor" dan tidak mendakwa secara berpilih-pilih.

Marilah kita merakamkan rasa simpati terhadap apa yang dilalui Khalid Ibrahim bersama dengan keluarga khususnya yang berkaitan dengan pertuduhan salah guna kuasa seperti yang dilaporkan kelmarin. Sebagai pejuang PAS Selangor sentiasa berdiri di belakang Khalid untuk mewujudkan pentadbiran negeri yang telus, berintegriti dan bertanggungjawab.

"Adalah amat malang pertuduhan itu terkena kepada Tan Sri sendiri yang tidak jemu-jemu mengingatkan ahli Exconya supaya pada setiap ketika mengamalkan prinsip-prinsip ketelusan dan keamanahan itu. "Rakyat telah memilih parti-parti komponen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri Selangor dan menjadikannya negeri idaman, bersih, maju, beramanah dan berkebajikan,"

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts