Thursday, February 5, 2009

Istiqamah dalam perjuangan


Bukit Naga - Dalam ucapan sempena malam Intifada Palestine malam tadi YB Dr Mariah sempat memapar kan berita terkini dari Perak tentang usaha yang tidak bermoral yang melibatkan rasuah politik dari pemerintah BN yang ditunjangi oleh Umno dalam usaha untuk mengambil alih pemerintahan dari kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau seterusnya mengingatkan kepada hadirin bahawa kita sebagai pejuang Islam mestilah Istiqamah dalam perjuangan ini seperti mana Istiqamah nya para pejuanga Palestine yang telah puluhan tahun berperang menentang yahudi tanpa rasa takut dan gentar sekali pun bersentakan batu berbanding tentera Israel Laknatullah yang dilengkapi dengan senjata moden.

Beliau percaya walau apa pun yang akan berlaku dalam beberapa jam akan datang ... segala perancangan manusia tidak akan dapat menandingi perancangan yang Allah telah tentukan. Justru beliau menyeru kepada seluruh penyokong dan pendokong agar terus Istiqamah dalam perjuangan ini.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts