Saturday, February 7, 2009

MB sahkan .... tiada katak juga dalam Pakatan Rakyat Selangor

07/02/2009 3:45pm
SHAH ALAM 7 Feb. — Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini melahirkan keyakinan bahawa tiada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat di Selangor yang akan melompat parti seperti yang berlaku di Perak.
Beliau berkata, tiga parti di bawah Pakatan Rakyat iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP memahami bahawa tindakan melompat parti hanya akan memberi kesan yang sangat buruk kepada parti dan Pakatan Rakyat. “Saya berpendapat, perkara ini (lompat ini) tidak akan berlaku dan kemungkinan untuk berlaku sangat sedikit.
“PKR, Pas dan DAP baru memahami bagaimana kita mesti jaga maruah ahli dan parti kita supaya tidak ada ADUN boleh lompat ke sana ke mari dan beri kesan yang sangat buruk kepada parti dan Pakatan Rakyat seperti yang berlaku di Perak,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sijil Simpanan Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) Ambank dan Kad Si Manja Tawas di kediaman rasminya di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts