Monday, February 9, 2009

Sekatan tidak menghalang ribuan rakyat ke rumah MB

Lantak lah berapa jumlah kehadiran rakyat Perak kerumah MB yang sah di Ipoh malam semalam. Utusan Malaysia dan TV 3 memang jenis bengab (ayat orang Perak) mathematik, tapi gambar-gambar ni menceritakan jumlah yang hadir ada lah ribuan rakyat Perak yang sayang pada MB yang sah ini.

Saya dan rombongan sudah merasai keseronokkan sepanjang lebuhraya menuju ke Ipoh dimana banyak dan mudah dikenali kederaan dari PR yang mesra dan membunyikan hon bila bertemu. Berhenti rehat di R&R Tapah lagi meriah.

Majlis yang di Pengerusikan oleh set poll MB AF Ust Misbahul Munir ini memang hebat. Ianya mengumpulkan Pidato Pakatan Rakyat yang dimulai oleh Presiden Trust Sdr Azmi yang akan menghantar reforandum rakyat kepada Sultan meminta di bubar DUN Perak.

Ketika YAB Dato Seri Hj Nizar Jamaluddin suasana menjadi panas dan pilu. Tidak pernah terbayang bahawa Perak memang beruntung mempunyai seorang MB yang berkaliber seperti beliau. Dalam pidato nya MB memaklumkan bahawa selepas ini beliau akan menyusun program untuk turun padang menemui rakyat diseluruh pelusuk negeri Perak bagai memberi penjelasan kepada rakyat tentang kemelut yang berlaku kerana lapuran media masa amat berat sebelah.

Selepas itu giliran Naib Pengerusi DAP berucap diikuti oleh YB Tuan Guru Hj Hadi Awang dan DS Anwar Ibrahim

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts