Wednesday, February 25, 2009

Polis diminta siasat blog-blog

MP PAS Kota Raja minta Polis siasat blog-blog

23 Feb 2009 - Perbahasan Usul-Usul (membahaskan Ucapan titah Diraja)
Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih Ipoh Barat. Saya cuma ingin menyelit di sini bagaimana dengan alasan pengusaha-pengusaha tempatan bahawa mereka terpaksa mengambil buruh dari luar negara kerana pekerja-pekerja kita sendiri tidak komited dan mengadu bahawa bayaran gaji terlalu rendah. Hanya orang dari luar sahaja yang mahu menerima gaji serupa itu. Jadi sekiranya perkara ini tidak diatasi dan tidak ada dasar maka selama-lamanya kita akan menghadapi masalah ini. Terima kasih.

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Terima kasih. Itu soalan yang baik. Perkara ini kita telah timbulkan pada kerajaan. Dia mengalih, memberi alasan-alasan yang lain tetapi secara rasionalnya argument mereka yang lemah adalah ini. Tidak ada satu yang rasional kenapa sehingga kini kita tidak ada gaji minimum.

Tuan Yang di-Pertua , kalau kita ada gaji minimum ia akan mengakibatkan semua majikan memberi gaji minima sebelum satu pekerja diambil. Yang menjadi masalah sekarang adalah keutamaan adalah diberi kepada pekerja-pekerja asing. Pekerja-pekerja asing maklumlah Tuan Yang di-Pertua, mereka jarang jatuh sakit, tidak perlu pergi majlis kahwin, tidak perlu pergi macam-macam majlis. Dia tidak ada kena mengena dengan social activities di negara ini tetapi pekerja-pekerja kita lain, mereka perlu faham tetapi kerajaan telah membuat satu dasar yang salah.

Di sesi yang dulu satu pendirian, saya hairan dengan apa yang dikatakan oleh Menteri dalam jawapan beliau menyatakan bahawa pada masa sekarang bukanlah satu masa untuk mengadakan gaji minima kerana kegawatan ekonomi. What’s a laughing stock? Adakah ini satu alasan. Alasan sebelum itu mengatakan kita bukan lagi akan menjadi kompetitif . Itu yang
dikatakan oleh Perdana Menteri yang dahulu, serupa. Itu alasan dia. Ini semua tidak boleh guna pakai. Ini satu alasan-alasan yang tidak boleh diterima. Yang mustahak bottom line adalah kita perlu.

Dr. Siti Mariah binti Mahmud [Kota Raja]: Kota Raja dulu. Yang Berhormat Ipoh Timur. Yang Berhormat Ipoh Barat, minta maaf. Saya ingat tadi saya ingat kita ada sedikit persetujuan di sini, Yang Berhormat-Yang Berhormat daripada sebelah Barisan Nasional telah mengatakan mereka tidak setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan dalam blog itu yang berupa hasutan.

Jadi bolehkah kita bersetuju Yang Berhormat bahawa sekarang kita minta pihak polis untuk menyiasat blog ini dan mengambil tindakan di bawah akta hasutan? [Dewan riuh]

Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Sebenarnya, Ketua DAP Perak iaitu YB Wong Kaw War, telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis pada hari Sabtu, saya harap tindakan diambil. Bukan sahaja kepada penyokong-penyokong blog-blog macam ini tetapi juga perkaraperkara, pihak-pihak yang terlibat dalam perkara ini. [Ketawa]

Tuan Mohamed Azmin bin Ali [Gombak]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, dan juga Yang Berhormat Ipoh Barat. Tadi kita tengok Yang Berhormat Rompin bersungguh-sungguh marah kerana Yang Berhormat Ipoh Barat merujuk kepada satu artikel dalam blog dan didokong oleh penyokong kuat daripada Yang Berhormat Kota Belud. Akan tetapi Yang Berhormat Ipoh
Barat tahu atau tidak mengapa agaknya Yang Berhormat Rompin menarik diri daripada bertanding Naib Presiden? [Ketawa] Nanti-nanti dulu. Sebab…Seorang Ahli: Ada skandal kan?

Tuan Mohamed Azmin bin Ali (Gombak): Tidak, tidak. Don’t jump to the conclusion dengan izin. Sebab sebelum ini Yang Berhormat Rompin bersungguh-sungguh dan dia yakin sebab dia duduk di belakang Yang Berhormat Pekan dan dia boleh menang sebagai Naib Presiden. Akan tetapi tiba-tiba dia tarik diri. Apakah kerana ada tulisan-tulisan dalam blog? Kalau betul dia kata itu fitnah, itu tak betul kenapa dia tiba-tiba tarik diri kerana tulisan-tulisan dalam blog dan SMS yang berlegar yang dibuat oleh orang UMNO sendiri. Saya minta penjelasan.

[Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat]
Tuan M. Kula Segaran [Ipoh Barat]: Ini hendak bagi jawapan sangat susah ini, sebab ini saya tidak berapa arif dalam perkara ini. Akan tetapi saya rasa kita semua tahulah kalau ada itu benar atau tidak I don’t know. Okey saya alih ke lain, Tuan Yang di-Pertua. Ini mengenai kematian-kematian…

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Minta penjelasan. Bagi jalan?
Tuan Yang di-Pertua: Di mana, di mana ini?
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, terima kasih.
Tuan Yang di-Pertua: Sila-sila.
Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua, Ahli Yang Berhormat dari Rompin ada menyatakan kenapa ahli dari Yang Berhormat Ipoh Barat tidak sokong saya. Akan tetapi sebelum saya jawab itu, saya mahu jawapan daripada Ahli Yang Berhormat dari Rompin.

Kenapa sampai hari ini, sehingga hari ini tidak ada apa-apa tindakan diambil; ke atas Yang Berhormat itu atas pertuduhan dia ada mencabul kehormatan seorang, [Ketawa] seorang wanita? Satu laporan polis ada dibuat oleh wanita itu. Bolehkah saya dapat tahu kenapa ini dinafikan dan dipadamkan oleh Peguam Negara? Selepas itu saya jawab.

Tuan M. Manogaran [Telok Intan]: Termasuk kes raba-raba.
Tuan Yang di-Pertua: Ini Ahli Yang Berhormat, Ahli Yang Berhormat Ipoh Barat, dan Ahli Yang Berhormat Bukit Gelugor saya mohon kerjasama sekali lagi dalam perbahasan yang serius sebegini, tolonglah elakkan perkara-perkara yang agak sensitif. Perkara yang saya rasa tidak perlu untuk dilontarkan dan sedemikiannya berbahas secara baik biar agresif saya akan
benarkan. Terima kasih, silakan.

Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Ini saya minta ruling 36 (6) yang dengan apa itu Yang Berhormat Jelutong.
Beberapa Ahli: Bukan Yang Berhormat Jelutong. Yang Berhormat Bukit Gelugor.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Yang Berhormat Bukit Gelugor saya bertanya politik.

Tuan R. Karpal Singh [Bukit Gelugor]: Tuan Yang di-Pertua…
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Bagilah saya masa, saya ingat kalau boleh Yang Berhormat boleh bincang kemudian. Saya tidak ada masalah. Bila cakap politik kalau kita ada standard cerita hal politik. Saya boleh tuduh, hendak bawa saya cerita Ketua Pembangkang? Hendak saya bercerita sebar rahsia afidavit Gombak sendiri? [Dewan riuh]
Tuan Yang di-Pertua: Apalah…
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya tidak, tidak mahu ini bukan tempatnya. Saya boleh saya cukup fail-fail afidavit. Tapi, no, no, no. That’s too low, is too low terlalu rendah politik begitu.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Rompin, Rompin sudah, sudahlah.
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Too low politiknya. Kalau inilah politik di Malaysia…
Tuan M.Kula Segaran [Ipoh Barat]: Tuan Yang di-Pertua boleh saya…
Dato’ Dr. Haji Jamaludin bin Dato’ Mohd. Jarjis [Rompin]: Saya hairan mengapa Yang Berhormat daripada Bukit Gelugor, kita menghormati why you stood so low? Yang ada anak muda satu Malaysia mendengar, kalau inilah politik di negara kita, saya tidak tahu apa jadilah. Kita hendakkan juga Yang Berhormat walaupun kita berbeza dalam politik set the good
example, set the good example.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts