Saturday, February 28, 2009

Kebiadapan yang Melampau

Malaysiakini melaporkan Pemuda Umno tidak akan meminta maaf walaupun melakukan tindakan yang disifatkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh sebagai 'tidak betamadun, bodoh dan memalukan seluruh rakyat Malaysia.

Dalam kenyataan yang dilihat sebagai merestui tindakan yang disifatkan Dr Abdul Hamid sebagai tidak bertamadun, bodoh dan memalukan seluruh rakyat Malaysia itu, Ketua Pemuda Umno Datuk Hishammuddin Hussein berkata: "Tidak timbul isu minta maaf. Provokasi ini bukan kali pertama, dengan menuduhkan kita celaka, tuduh kita terlibat (menghantar) peluru (kepada Karpal) dan isu-isu membabit raja-raja melayu dan kedaulatannya.

"Kalau diheret ke mahkamah pun saya sanggup lakukan untuk memperjelaskan apa yang berlaku".

Dr Abdul Hamid menyifatkan tindakan Pemuda Umno itu tidak bertamadun kerana menghalang anggota Parlimen daripada menjalankan tugas mereka.

Tindakan tidak mahu meminta maaf ini merupakan satu tindakan yang amat memalukan tetapi tidak menghairan. Inilah sifat semula jadi Umno yang jadi tulang belakang pemerintahan negara ketika ini. Rakyat boleh menilai mulai sekarang bahawa Umno sudah menjadi semakin ganas sejak kebelakangan ini dengan mengadakan beberapa siri demontrasi termasuk jalanan yang dulunya di tentang oleh mereka.

Kita berharap semua rakyat tidak kira pemimpin atau pengikut dari parti mana sekali pun harus menjadi pemimpin yang baik dan boleh diteladani. untuk itu kembalilah kepada Islam.

No comments:

Post a Comment

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts