Tuesday, March 17, 2009

SPRM tunggu apa lagi?

Rasuah dalam umno, Naib Presiden Umno Ali Rustam dan Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin didapati bersalah dalam dakwaan berkaitan politik wang yang membabitkan pemimpin dan anggota Umno.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tunggu apa lagi? tangkap kedua-duanya dan buat pendakwaan, simpan dulu mereka dalam lokap lepas tu dapatkan lapuran dan maklumat dari Lembaga Disiplin Umno dan terus dakwa mereka.

Pemimpin dan ahli umno yang sayangkan parti jangan tunggu lagi, kalau SPRM mahukan lapuran dibuat terhadap kedua-dua mereka terlebih dahulu buat cepat-cepat sikit.

Saya baca dalam akhbar, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Syukri Abdul, berkata pihaknya menunggu laporan daripada parti itu sebelum boleh mengambil tindakan selanjutnya.

"Kita memerlukan maklumat asas dan laporan daripada parti itu. Kita tidak boleh membuat dakwaan jika tiada laporan yang dibuat"

Persoalannya adakah parti umno akan membuat lapuran kepada SPRM?, kita tunggu dan lihat samaada parti ini serious untuk membenteras rasuah dalam parti mereka atau pun mereka sedang bersandiwara sambil mencantas orang Pak Lah.

Apakah ada konspirasi baru dalam umno?

3 comments:

  1. (Bulan Penuh 2012) - Sebentar tadi saya melayari Siasahdaily dan meninggalkan komen berikut:

    takziah kepada Ali Rustam,

    nampak tidak bernasib baik, dalam ramai2 yang berendam dalam tong taik, kamu seorang dituduh makan taik sampai kenyang.

    setiap musibah membawa jalan keluar untuk orang fasik bertaubat dan kembali ke jalan yang dinaungi Al-Haq.

    Ali Rustam disarankan bertaubat nasuha.

    Jangan bazirkan kepandaian anda berpolitik dan mentadbir.

    Mari masuk PAS dan kita tegakkan Islam di Melaka sebagaimana pucak masa gemilangnya dahulu.

    Untuk maklumat lanjut dan borang keahlian, silakan Ali Rustam ke http://www.pas.org.my/borang/keahlian/borang_ahli_pas.pdf

    ReplyDelete
  2. tahniah, tuan memang hebat, pelawaan kpd en ali kita tu entahlah, muka selamba je, dia ne jenis muka apa pun tak taulah .... al maklumlah jawatan KM Melaka masih ditangan.

    Orang Melaka macamane? Tak kan nak bior kan aje Bapa Rasuah jd KM

    ReplyDelete
  3. Tak pa,Umeno buat apa pun buleh.
    Kalau salah pun ada kaul & nas yg mengatakan buleh.

    Kalu haram pun cuma haram dikit.....

    Kita tengok drama selanjutnya selepas ni.... Kita tengok sapa yg kena.......

    ReplyDelete

Pandangan mungkin berbeza, komenlah dengan berhemah

Recent Posts ; Parlimen Kota Raja

Recent Post

Popular Posts